10 Benda Wajib Ada Dalam Beg Lampin Sebelum Ibu Keluar Rumah

10 Benda Wajib Ada Dalam Beg Lampin Sebelum Ibu Keluar Rumah

Beg lampin amat penting jika ibu-ibu nak keluar dengan si manja. Apa yang wajib ada dalam beg lampin untuk atasi semua keadaan? Ha... jom tengok senarai 10 barang ini!

Beg lampin jangan lupa bawa!

Beg lampin adalah satu beg yang paling penting anda kena bawa setiap kali keluar rumah dengan si manja. Wajib bawa, ya! Ini kalau tak bawa haish habislah...

Tapi apa benda yang wajib ada dalam satu beg lampin ni?

Ha... taraaa! Kami di theAsianparent dah tolong anda listkan semua 10 benda wajib ada dalam beg lampin anda.

Lepas ini tak ada lagi alasan anda tak bersedia untuk kejadian kecemasan, sebab semua benda dah ada dalam beg lampin ini! Hehe

Jom tengok apa 10 benda yang wajib ada dalam beg lampin?

1. Lampin

10 Benda Wajib Ada Dalam Beg Lampin Sebelum Ibu Keluar Rumah

Dah nama pun beg lampin, kan? Takkan tak bawa lampin! Hihi. Tapi berapa banyak lampin yang cukup?

Okay, anda boleh bawa 3 atau 4 helai lampin dalam beg. Tapi, sentiasa bawa extra satu juga tau! Ini untuk kes kecemasan.

Kaitan:

2. Tisu/tuala basah

Ada dua jenis tisu/tuala basah yang anda kena bawa setiap masa. Satu, tisu basah untuk lap punggung kalau baby poopoo. Satu lagi tisu antibakteria untuk lap semua benda selepas salin lampin.

3. Baju lebih

Penting tau bawa baju lebih dalam beg lampin! Bukan apa... kita tak tahu bila anak-anak akan bagi puppp kecemasan tiba-tiba waktu dekat luar.

Kalau bawa baju lebih, jika si manja muntah ke tak apa lah. Kalau anda nak keluar satu hari suntuk, lagi bagus bawa baju lebih!

4. Pelapik

10 Benda Wajib Ada Dalam Beg Lampin Sebelum Ibu Keluar Rumah

Pelapik selalunya diberi dalam beg lampin. Tapi kalau anda tak ada, bolehlah beli pelapik lembut yang senang nak lipat dan tak terlalu tebal.

Senang nak simpan dalam beg. Pelapik boleh digunakan waktu nak tukar lampin.

5. Kain untuk anak sendawa

Anda kena bawa satu kain bersih yang berfungsi dalam multipurpose.

Satu, kain itu boleh lap anak sendawa. Dua, ia boleh jadi cover untuk ibu yang bagi susu badan. Tiga, ia boleh jadi selimut untuk anak-anak.

Kaitan:

6. Minyak angin

Tak kiralah anda pakai minyak angin apa untuk mengurangkan kembung perut bayi atau sebagainya, jangan lupa bawa dalam beg lampin ya!

7. Hand sanitizer

Ini penting untuk memastikan bakteria dan kuman tak merebak pada anda dan si manja. Kena jaga kebersihan waktu tukar lampin atau ketika anda nak beri si manja makan.

Simpan siap-siap hand sanitizer atau tisu aktibakteria dalam beg, okay!

8. Makanan & minuman

Jangan lupa bawa botol susu, termos dan makanan untuk si manja pula! Nanti merengek-rengek dia kelaparan baru anda kelam-kabut. Haha

9. Barang permainan

10 Benda Wajib Ada Dalam Beg Lampin Sebelum Ibu Keluar Rumah

Anda wajib simpan satu barang permainan kegemaran anak-anak dalam beg lampin. Nanti, tak adalah anda kelam-kabut waktu dia buat perangai. 

Kalau anda merancang nak naik kemudahan awam atau nak berjalan jauh, janganlah lupa barang permainan anak-anak, okay!

10. Beg plastik

Ini penting untuk simpan lampin pakai buang. Takkan anda nak jadi ibu bapa yang buang lampin pakai buang di merata-rata tempat, kan?

Sediakan beg plastik supaya senang anda boleh buang lampin itu di tong sampah berdekatan. Jangan lupa ikat!

Kaitan:

Macam mana? Ada barang-barang lain yang anda rasa penting ada dalam beg lampin? Cuba kongsikan dengan kami!

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Megan Flatt

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner