22 Perkara Wanita Bersalin Secara Pembedahan Caesarean Harus Elak Buat!

Jangan cuba untuk buat 22 perkara ini, kalau anda wanita yang bersalin dengan kaedah pembedahan caesarean, ya! Ia tidak bermanfaat.

Secara amnya, kaedah bersalin secara normal adalah lebih selamat berbanding pembedahan caesarean. Tapi, prosedur pembedahan adalah biasa, terutama jika kandungan mengalami beberapa masalah.

Sakit? Sakitnya usah cakap lah... Tapi, come on! Mana ada proses bersalin yang buat anda tersenyum dan ketawa?! Haha.

Saya masih ingat nasihat mak tentang bersalin secara pembedahan. Mak telah melahirkan saya dan kakak melalui kaedah ini. Nasihatnya - proses berpantang dan penjagaan harus lebih teliti!

Jadi apabila saya terbaca perkongsian Momjunction ini, saya mahu berkongsi dengan pembaca theAsianparent Malaysia.

Mari ketahui apa 22 perkara wanita bersalin secara pembedahan harus elak buat. Ia amat bermanfaat untuk penjagaan anda!

1. Membongkok ke bawah

No, no! Jangan cuba untuk tunduk atau membongkok ke bawah! Proses penyembuhan tak akan berjalan lancar. Minta tolong ahli keluarga, pasangan atau rakan untuk ambil apa-apa.

2. Bersin

Kalau anda tahu teknik untuk tahan bersin, atau bersin dengan perlahan, buat sekarang!

3. Batuk

Anda kena tahan batuk juga. (Gila ke tahan batuk?) Tapi, ya! Batuk akan beri tekanan pada perut.

4. dan... gelak!

Jangan gelak juga. Bila anda gelak, perut akan bergerak dan memberi tekanan pada abdomen anda. Sudahlah kesan incision belum sembuh... aduh!

5. Jangan tinggal bantal

Pastikan anda ada bantal untuk menyokong perut. Jangan tinggal!

6. Garu kulit di sekitar luka

Oh, no no! Jangan garu luka untuk mengelak jangkitan. Pakai pakaian yang longgar.

7. Makanan bergas

Makanan bergas akan mengakibatkan ketidakselesaan. Usus akan memberi tekanan pada luka anda. Elak dari makan brokoli, kubis, kubis bunga, timun, lada hijau dan jagung.

8. Makanan sukar untuk penghadaman

Ingat bagaimana sukar untuk berak? Ya, jangan makan lagi makanan yang boleh buat anda sembelit itu! Banyak minum air dan makan sayur-sayuran.

9. Gaduh dengan wanita bersalin secara normal

Chill, lah. Bersalin secara normal atau pembedahan, masing-masing demi anak tercinta kan?

10. Angkat benda barat

Big no no! Jangan cuba atau anda ingin kesan jahitan terbuka!

11. Seks...

Janganlah rakus sangat. Cuba selepas beberapa hari/bulan, ya? Kesan jahitan/luka anda harus sembuh dulu!

12. Naik tangga

Tak payah naik tangga, guna lif, okay?

13. Marah doktor pembedahan

Apalah sangat kangaroo punch pada perut anda itu. Demi anak, kan?

14. Menangis ketika mandi

Sabarlah. Anda wanita yang kuat! Lagipun, menangis akan buat kesan luka semakin sakit.

15. Lihat perut

Jangan cuba-cuba untuk tunduk dan tengok perut itu! Minta pasangan saja tengok.

16. Kawasan/permukaan lembap

Anda tak mahu tergelincir, kan?

17. Bergerak tanpa sokongan

Jangan pandai-pandai nak bergerak tanpa sokongan, ya! Minta bantuan!

18. Duduk secara tiba-tiba

Duduk akan memberi tekanan pada kesan luka. Jadi jangan duduk secara tiba-tiba. Perlahan-lahan...

19. Malu untuk meminta bantuan

Jangan malu untuk meminta bantuan. Semua orang tahu anda harus ditolong.

20. Ingin cepat sembuh

Sabar. Jangan kelam-kabut. Ada banyak lapisan pembedahan yang mungkin akan terkoyak! Auch

21. Fikir anda dipandang rendah

Tak payah fikir semua komen negatif! Apa yang pasti, anda sudah selamat bersalin pun. Tak ada siapa pandang rendah pada anda.

22. Bandingkan anak

Jangan bandingkan anak anda dengan anak yang bersalin secara normal. Tiada beza! Anak-anak itu suci dan kurniaan Tuhan!

Tahniah kerana anda telah melahirkan cahaya mata yang akan menjadi penyeri kehidupan. Semoga anda menjadi ibu bapa yang terbaik buat mereka.

Kredit gambar: Momjunction

Sumber rujukan: Baby Center, Momjunction, Stress Free Mommies, dan New Age Pregnancy

 

BACA JUGA: 10 Rahsia Apa Bayi Dalam Kandungan Buat Sepanjang Kehamilan