20 Tahun Mahu Anak, Wanita Ini Ditinggal Suami Selepas Bersalin

Suami tercinta meninggalkan wanita ini dengan alasan dia terlalu tua untuk mendengar bunyi tangisan bayi mereka yang baru lahir!

Mahu Anak Sejak 20 Tahun Dulu

Kasihan wanita malang ini. Ketika membaca kisahnya yang dikupas The Sun tempoh hari, saya terkesima. 

Atifa Ljajic yang berusia 60 tahun sudah lama ingin memiliki cahaya mata sendiri. Selepas 5 kali menjalani rawatan kesuburan, beliau akhirnya hamil!

20 tahun menanti untuk menimang anak sendiri, beliau akhirnya hamil walaupun doktor mengesahkan beberapa komplikasi akan berlaku kerana beliau lanjut usia.

Tapi, selepas bayi comel yang diberi nama Alina itu selamat dilahirkan, beliau tak menyangka suami tercinta mengambil keputusan untuk meninggalkannya!

Serif Nokic, 68 tahun terus meninggalkan mereka selepas Alina lahir di Novi Pazar.

Menurut lelaki tersebut, bayi baru lahir itu akan kerap menangis dan membuatkan dia berjaga di waktu malam. Ia tidak bagus untuk kesihatannya!

20 Tahun Mahu Anak, Wanita Ini Ditinggal Suami Selepas Bersalin

Kredit gambar: The Sun

Adakah dia sanggup meninggalkan isteri yang telah tua menjaga anak mereka seorang diri?

Ya! Malah, dia dipetik mengatakan –

“Dia (isteri) sudah dapat apa yang dia mahu (anak). Dia akan gembira.”

Masalah Kesihatan Mereka Berdua

Hakikatnya, Atifa juga mengalami beberapa masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi. Namun, beliau tidak mudah berputus asa untuk menjaga anaknya yang telah dikurniakan Tuhan ini.

Serif pula menghidap diabetes dan memiliki jantung yang lemah. 

Atifa telah ditahan di hospital selama 3 bulan sebelum beliau melahirkan bayi terbabit kerana risiko hamil ketika lanjut usia

Pada mulanya, Serif menyokong usaha Atifa untuk memiliki cahaya mata sendiri. Namun, keadaan kesihatannya mengakibatkan dia mengubah fikiran.

Oleh sebab itu, Serif mengambil keputusan untuk kembali ke Turki. Dia juga enggan mendaftarkan Alina sebagai anaknya. Maka, Alina tak akan memakai nama keluarga Serif.

Bayi Itu Akan Dijaga Dengan Penuh Kasih Sayang…

Atifa bertegas untuk memelihara anaknya dengan sendiri walaupun jika dia tak berkemampuan.

Beliau adalah seorang pesara yang pernah bekerja di kilang tekstil.

Walaubagaimanapun, beliau sebenarnya adalah sepupu kepada Rasim Ljajic, seorang Menteri Perdagangan dan Timbalan Perdana Menteri Serbia.

20 Tahun Mahu Anak, Wanita Ini Ditinggal Suami Selepas Bersalin

Kredit gambar: The Sun

Beliau dipetik mengatakan –

“Walau apa pun terjadi, walaupun Serif tinggalkan kami, saya akan tetap berjuang untuk membesarkan Alina sebaik mungkin. Saya sanggup demi anak saya.”

Sungguh kuat wanita istimewa ini! Mari doakan agar Alina dan Atifa sentiasa berada dalam lindungan Tuhan. 

Kesan Umur Ibu Kepada Kehamilan

Alina bertuah kerana dilahirkan dengan sempurna dan sihat. Walaubagaimanapun, Atifa masih bertarung hebat selama 3 bulan sebelum anak kecilnya lahir.

Kebanyakan wanita yang hamil ketika lanjut usia memang akan melahirkan anak yang sihat.

Tapi, kehamilan tersebut boleh memiliki risiko tinggi jika ibu terbabit mengalami beberapa masalah kesihatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

Keguguran dan kehamilan luar rahim lebih kerap berlaku pada wanita yang hamil ketika lanjut usia.

Komplikasi kehamilan seperti kelahiran pramatang, praeklampsia dan plasenta praevia juga kerap kali berlaku pada wanita dalam lingkungan usia 40 tahun ke atas.

Anda dinasihatkan untuk sentiasa berjumpa dengan doktor dan menjaga kesihatan anda ketika hamil. Semoga semuanya selamat saja!

Sumber rujukan: The Daily Mail, The Sun dan Baby Center

Kredit gambar: The Sun

Baca juga

Usia kehamilan yang paling ideal bagi wanita

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!