Wanita Licik Tipu 12 Lelaki Di Facebook Dan Bawa Lari 3 Juta Duit Mas Kahwin

Licik sungguh wanita ini menipu di Facebook hingga 12 lelaki terpedaya dan 3 juta duit mas kahwin lesap! Hati-hati, banyak penipu di Facebook sebenarnya.

Wanita tipu 12 lelaki di Facebook

Bangkok: Seorang wanita didakwa atas tuduhan sengaja berkahwin dengan sekurang-kurangnya 12 lelaki dan membawa lari semua duit mas kahwin.

Channel News Asia melaporkan wanita itu bernama Jariyaporn Buayai, 32 tahun.

Modus operandi dia menipu sungguh licik! Dia telah menipu dan mencari mangsa dari Facebook. Kemudian, dia akan menggoda mangsa hingga mereka mula menjalinkan hubungan serius.

wanita menipu di Facebook

Kredit: Facebook

Apabila hubungan dia dan mangsa sudah semakin erat, dia akan menceritakan tentang perniagaan “bertukar buah” dan meminta mangsa menjadi penyumbang dalam perniagaan itu.

Selepas itu, tawaran seks akan diberi bagi “mengikat” mangsa-mangsa terbabit. Mereka akan berkahwin dan wanita ini akan lari dengan mas kahwin yang diterima.

Wanita tipu lelaki ini ada suami yang sah!

Yang lebih mengejutkan, ketika ditahan di Tambon Kratumlom, Thailand – wanita ini berniat untuk melarikan diri bersama suaminya yang sah!

Suami tersebut bernama Kittisak Tantiwatkul, 33 tahun. Bangkok Post mendedahkan mereka berdua mempunyai rekod jenayah dan amat dikehendaki pihak polis atas pelbagai waran

wanita menipu di Facebook

Kredit: Bangkok Post

Malah, kebijaksanaan wanita ini menipu mangsa sungguh mengagumkan! Dia akan menggunakan nama akaun bank lain, demi menyembunyikan identiti sebenarnya. 

Di Thailand, untuk buka akaun di bank, individu perlu membawa kad pengenalan.

Jariyaporn ada satu kad pengenalan milik kawannya. Kad itu digunakan untuk setup akaun bank dan akaun Facebook baru.

Teknik menipu mangsa di Facebook

Salah seorang mangsa, Prasarn Thiamyaem, 32 tahun berkongsi dengan pihak berita bagaimana dia terjatuh dalam perangkap licik wanita ini. 

Dia mengenali Jariyaporn pada Februari 2015 lalu apabila bertukar “Likes” di Facebook. Kemudian, mereka semakin rapat dan berbincang tentang perniagaan buah. 

Jariyaporn meminta Prasarn menjadi investor dalam perniagaan tersebut. Prasarn pun memberi 200,000 baht ($8,100) sebagai pinjaman. 

Mereka kemudiannya melakukan seks dan Jariyaporn mengaku dia hamil. Mereka kemudian berkahwin pada November 2015 dan Jariyaporn menerima 200,000 baht lagi sebagai mas kahwin.

Namun selepas 4 hari, wanita itu “cabut lari” mengatakan dia perlu melawat kampungnya

wanita menipu di Facebook

Kredit: The Business Times

Kemudian, dia mengaku keguguran dan meminta mangsa jangan mengganggunya lagi. 

5 saman dikeluarkan untuk mencari Jariyaporn atas kesalahan penipuan dan penyelewengan. Polis menganggarkan penipuan ini telah berjaya memperoleh hampir 3 juta baht.

Kes penipuan di Facebook

Sebelum ini, seorang wanita di Perth Australia kehilangan hampir $300,000 apabila “jatuh cinta” pada satu akaun Facebook yang palsu.

Malah menurut laporan, Facebook adalah pilihan utama untuk scammers atau penipu yang ingin mencari mangsa.

Teknologi sekarang memudahkan kes penipuan dan penyelewengan terjadi di media sosial. Hampir 200,000 penipuan berjaya dikesan tahun lepas, dengan jumlah kerugian mencecah hampir $300 juta.

wanita menipu di Facebook

Kredit: Valley News Live

Antara dua penipuan yang paling terkenal adalah 

  • penipuan dating atau pencintaan
  • penipuan trader penipu

30% mangsa penipuan dating atau bercinta dilaporkan ditipu melalui Facebook. Mereka kemudiannya diperdaya untuk mengeluarkan duit masing-masing.

Bagaimana mengelak penipu di Facebook

Kes penipuan yang semakin meningkat amat merisaukan. Oleh itu, ini adalah tip bagaimana anda boleh mengelak ditipu di Facebook.

Mangsa tak kenal lelaki atau perempuan. Semua orang boleh terkena! Jadi, amalkan langkah berikut:

  1. Sentiasa pertimbangkan sesiapa yang tak dikenali dan datang menghampiri anda adalah scam.
  2. Hati-hati ketika berkongsi gambar atau video di media sosial
  3. Buat pencarian jika gambar anda pernah dicuri atau digunakan di media sosial lain
  4. Sentiasa waspada dengan kes “minta duit”
  5. Jangan hantar duit atau maklumat kad kredit dan akaun bank pada orang yang tak dikenali
  6. Jika nak berjumpa dengan rakan dari Facebook, beritahu orang lain
  7. Hati-hati dengan maklumat peribadi yang anda kongsi di media sosial.

Semoga kejadian ini boleh dielak. Hati-hati ibu bapa semua.

Sumber rujukan: Bangkok Post, Channel News Asia dan ABC Net

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comwedding-planner-penipu/

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!