Perempuan dengan punggung besar cenderung lebih bijak dan sihat!

undefined

Kajian mendedahkan wanita punggung besar lebih sihat dan bijak berbanding wanita lain. Lepas ini tak perlulah malu jika punggung besar lepas bersalin! Hehehe...

Betul ke wanita punggung besar lebih bijak dan sihat?

Selepas mengandung dan bersalin, tubuh badan wanita biasanya akan berubah. Ketika inilah pinggang makin melebar dan punggung pun makin besar. Wanita punggung besar pasti akan risau dengan perubahan ini. 

Tapi anda tak perlu risau lagi sekarang kerana ada punggung yang besar dan lebar! Ini kerana sebuah kajian baru-baru ini telah membuktikan wanita dengan punggung besar cenderung lebih bijak dan sihat. 

Kajian tersebut dilakukan di Hospital Churchill, University Oxford dengan menganalisis data dari hampir 16,000 orang wanita.

wanita punggung besar

Hasil kajian mendapati wanita dengan bontot besar bukan saja lebih bijak, malah mereka juga mempunyai daya ketahanan badan untuk melawan penyakit kronik yang lebih tinggi!

Wanita punggung besar ternyata lebih sihat dan bijak!

Profesor Konstatinos Manolopoulous yang memimpin kajian ini berkata –

Memang ramai sudah tahu tentang kepentingan lemak dalam badan. Akan tetapi, kami baru mengetahui yang lemak di paha dan di sekitar punggung lebih banyak menyokong kesihatan. Lemak ini bersifat melindungi.”

Apa yang cuba disampaikan oleh profesor itu adalah perempuan yang memiliki punggung besar cenderung memiliki paras kolestrol dan tahap glukosa dalam badan yang lebih rendah.

Malah, paras lemak Omega-3 dalam badan wanita berpunggung besar juga terbukti lebih tinggi! Hal ini membuktikan lemak di bahagian bawah badan itu mampu berfungsi untuk menghalang penyakit jantung, diabetes dan obesiti.

wanita punggung besar

Kredit: Sankofa Online

Kelebihan wanita dengan punggung yang besar

Dinopectina, satu hormon anti bengkak dan anti kencing manis juga ditemui dalam badan wanita dengan punggung yang lebih besar. Hormon ini mampu mencegah penyakit kardiovaskular.

Pengkaji juga ada menulis dalam International Journal of Obesity untuk menambah pencerahan dan kajian tentang bagaimana lemak di bahagian bawah badan ini mampu melindungi kesihatan wanita.

Apatah lagi pelbagai kajian yang menggunakan wanita dari pelbagai peringkat usia dan bentuk badan sebagai subjek kajian telah menunjukkan hasil yang sama. 

Memiliki punggung yang besar membantu wanita meningkatkan hormon leptin. Hormon ini berfungsi mengendali nafsu makan dan mengatur berat badan.

Wanita dengan punggung besar mempunyai kelebihan di mana otak mereka akan berhenti memberi tindak balas pada hormon leptin, maka mereka tiada nafsu makan yang keterlaluan. 

wanita punggung besar

Bagaimana wanita punggung besar lebih bijak dari wanita lain?

Punggung yang besar terbentuk kerana lemak Omega-3 dalam badan berada dalam jumlah yang amat signifikan. Hal ini mendorong fungsi otak, memori dan kemampuan kognitif seseorang itu menjadi lebih baik. 

Maka, sebab itu wanita dengan punggung besar jauh lebih pintar dari wanita lain!

Sebuah penelitian yang diterbitkan di the Annals of Internal Medicine juga menyebut lelaki dan wanita yang cenderung memiliki lebihan lemak di bahagian bawah badan berisiko rendah untuk terkena penyakit kronik.

Bentuk tubuh badan seperti apple, pear, atau hour glass tidak kira, asalkan individu itu ada lebihan lemak di bahagian punggung.

Jadi mulai sekarang, para wanita, ibu-ibu dan kakak-kakak tak perlulah malu lagi jika bontot atau punggung kalian lebih besar berbanding kawan-kawan yang lain. 

Punggung besar ini bermaksud anda lebih sihat dan bijak dari mereka, yay!

 

 

 

 

 

Artikel diterjemah dari theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsuami-isteri-chubby-lebih-bahagia/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!