Wanita Terberanak Tepi Jalan Terkejut Bayi Keluar Sebaik Saja Dia Membuka Seluar

Kasihan melihat bayi baru lahir ini terdampar atas jalan yang kotor tanpa diberi sebarang bantuan apabila ibunya terberanak tiba-tiba. Apa ibu hamil perlu buat jika dalam situasi ini?

Ada lagi kes wanita hamil bersalin di tepi jalan! Kali ini, ibu hamil terbabit tiba-tiba bersalin di tepi jalan yang sangat sibuk dengan membuka seluarnya saja.

Selepas seluarnya dibuka, bayi itu terus terjatuh keluar! Ngerinya.

Lagi kes beranak tiba-tiba tepi jalan

Yang paling menyedihkan, bayi baru lahir itu terjatuh dan tiada sesiapa menyambut beliau. Malah, ibu mangsa juga kelihatan agak terkejut dan kaget dengan situasi itu.

Dia kemudiannya disuruh duduk bercangkuk. Namun, pertolongan tidak juga diberikan pada ibu tersebut dan bayinya yang terdampar di atas jalan yang kotor.

Lihat video di bawah tentang bagaimana kejadian ini boleh berlaku.

Amaran: Video mungkin tidak sesuai untuk semua penonton kerana kandungan grafik yang agak keterlaluan. Tonton video atas risiko sendiri.

https://www.mirror.co.uk/news/uk-news/woman-unexpectedly-gives-birth-standing-11230734

Orang ramai turut terkejut

Kejadian ini berlaku di China. Orang ramai kedengaran menjerit-jerit memberi arahan pada wanita itu, namun tiada tindakan diambil.

Nasib baiklah ada seorang wanita tua yang memberikan kadbod untuk dijadikan pelapik, dan bayi baru lahir itu kelihatan bergerak-gerak dengan sedikit.

Ini bukan kali pertama kejadian seperti demikian berlaku di China. Dan seperti menjadi satu kebiasaan apabila berlaku kecemasan sebegini orang ramai hanya melihat dan takut untuk memberi bantuan.

Sebelum ini, seorang wanita hamil tiba-tiba bersalin di tepi jalan ketika sedang membeli barangan dapur.

Nasib baiklah ada yang membantunya! Wanita itu kemudiannya selamba balik ke rumah dengan membawa bayi baru lahir itu dan barangan dapurnya.

Apa perlu dibuat jika tiba-tiba bersalin secara kecemasan?

Kita tak boleh menentukan bila bayi boleh tiba-tiba “terkeluar“. Tapi, ada 75,000 kes kematian ibu dan anak berlaku setiap tahun akibat proses bersalin secara kecemasan yang tidak bersih.

Kebersihan amat penting, terutamanya jika berlaku proses bersalin secara kecemasan.

Sebagai seorang ibu, anda perlu melakukan beberapa perkara ini jika terbersalin secara tiba-tiba:

  1. Telefon nombor kecemasan/suami
  2. Bawa bertenang
  3. Cuci tangan, kawasan faraj dan paha
  4. Ambil alas plastik dan kain bersih untuk melapik bayi/ibu
  5. Berbaring ke sebelah kiri untuk mengurangkan tekanan 
  6. Beri sokongan pada kepala bayi
  7. JANGAN POTONG TALI PUSAT BAYI
  8. Cuba rangsang pernafasan bayi dengan mengurut lembut hidungnya.

Ingat, kebersihan adalah kunci utama dalam kes seperti ini. Pastikan tangan, permukaan untuk bersalin, perineum, alat pemotong tali pusat dan alat pengikat tali pusat berada dalam keadaan bersih.

Tempat yang bersih mampu mengelak jangkitan yang boleh mengancam nyawa.

Semoga kita mengambil ikhtibar daripada kejadian ini. 

Sumber rujukan: I Am Parit Buntar dan Mirror

Kredit gambar: I Am Parit Buntar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Ibu Bersalin Dalam Kereta, Bayi Itu Dapat Hadiah Trip Percuma Dari Grab Seumur Hidup

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!