Cara Untuk Tahu Sperma Suami Subur Atau Tak (Hanya Lihat Warnanya Saja!)

lead image

Dengan warna air mani saja, anda sudah boleh tahu sama ada pasangan subur atau tidak. Anda tahu apa warna air mani lelaki yang subur? Ini jawapannya...

Cubaan untuk hamil mungkin jadi satu cabaran buat sebilangan pasangan. Mulalah anda pun sibuk untuk mengetahui tanda-tanda kesuburan.

Tapi ini satu fakta penting yang anda perlu tahu: Masalah kesuburan boleh melanda kedua-dua pihak, sama ada isteri atau suami.

Isteri mungkin sudah sinonim “disalahkan” jika ada isu kesuburan, tapi sperma yang kuat dan sihat juga mampu meningkatkan peluang untuk hamil. Selalunya, topik tentang sperma ini agak “sensitif” untuk dibincang dengan suami.

Tapi jangan risau lagi, hari ini kami akan kongsi bagaimana ingin lihat warna air mani lelaki yang subur! Dengan hanya melihat warna ini, anda tahu sperma suami anda itu sihat.

Apa warna air mani lelaki yang subur?

src=https://asianparent assets sg.dexecure.net/wp content/uploads/sites/12/2018/12/theAsianparentSG 0312 1.jpg Cara Untuk Tahu Sperma Suami Subur Atau Tak (Hanya Lihat Warnanya Saja!)

Warna air mani suami memaparkan pelbagai info kesihatan secara semula jadi. Jika anda nak tahu bagaimana dengan kesihatan pasangan, cuba lihat warna spermanya.

1. Warna putih atau sedikit kelabu

Warna air mani lelaki yang subur dan normal adalah warna putih atau sedikit kelabu. Jika sperma suami anda warna ini, baguslah! Itu tandanya dia sihat. 

Teruskan gaya hidup yang seimbang agar kualiti sperma tersebut lebih meningkat.

2. Warna merah, pink, coklat atau oren

Ini mungkin petanda sakit hematopsermia, atau darah dalam air mani. Dalam sesetengah kes, warna ini mungkin terjadi kerana kecederaan akibat seks atau aksi melancap yang ganas/kuat.

Ia boleh hilang dalam masa beberapa hari. Akan tetapi, senario yang paling teruk boleh terjadi adalah kerana tekanan darah, STD seperti herpes, klamidia atau gonorrhea, ataupun jangkitan prostat!

Jika anda mengalami kesakitan di bahagian crotch, sila jumpa doktor dengan segera.

3. Warna kuning atau hijau

src=https://d2v9y0dukr6mq2.cloudfront.net/video/thumbnail/EbyCIUQPl/flying yellow liquid flow in slow motion syrup hqgblsc50 thumbnail full03.png Cara Untuk Tahu Sperma Suami Subur Atau Tak (Hanya Lihat Warnanya Saja!)

Warna air mani lelaki yang subur tidak akan bertukar kekuningan atau kehijauan. Jika sperma suami anda warna ini, ia mungkin kerana sisa air kencing bercampur dengan air mani.

Akan tetapi, ia juga boleh bermaksud tanda masalah kesihatan seperti jangkitan saluran kencing, jangkitan prostat atau STD. 

Sekiranya suami anda sakit selepas ejakulasi, sudah tiba masanya anda paksa dia berjumpa doktor.

4. Warna hitam

Selalunya, air mani berwarna hitam bermaksud kerana darah lama. Namun, ia juga mungkin disebabkan oleh kecederaan pada saraf tunjang anda.

Dapatkan nasihat doktor dengan segera. Ia mungkin jadi isu yang lebih serius.

Bagaimana ingin dapat warna air mani lelaki yang subur? 

Amalkan gaya hidup yang sihat

src=https://asianparent assets sg.dexecure.net/wp content/uploads/sites/12/2018/12/pexels photo 1292720.jpeg Cara Untuk Tahu Sperma Suami Subur Atau Tak (Hanya Lihat Warnanya Saja!)

Usia mungkin memainkan peranan dalam menghasilkan sperma yang sihat. Namun, tahukah anda yang lelaki boleh menghasilkan sperma hingga mereka berusia 80 tahun?

Walau bagaimanapun, kesihatan dan kualiti sperma akan berkurangan apabila anda menginjak usia 40 tahun ke atas. Ini antara amalan yang boleh anda lakukan bagi menjaga kualiti sperma anda:

  1. Pastikan suhu sejuk saja “di bawah” itu – Suhu yang terlalu panas akan mengganggu ekosistem penghasilan sperma yang berkualiti
  2. Makan dengan seimbangElakkan 8 makanan ini kerana ia akan membunuh sperma yang sihat dan power
  3. Berhenti merokok 
  4. Jangan boroi dan kekal bersenam – Kajian mendapati, lelaki yang aktif memiliki hormon testosteron yang lebih tinggi, bermaksud sperma yang lebih berkualiti!
  5. Bertenang – Bukan badan saja perlu sihat, minda anda juga kena buat benda yang sama. Stres akan membawa pelbagai masalah lain

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Nicholas Yong dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Air mani terbukti boleh merawat kemurungan isteri dan kukuhkan perkahwinan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!