X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ramai Ibu Tidak Tahu, Sebenarnya Warna Najis Bayi Sentiasa Berubah!

9 min bacaan
Ramai Ibu Tidak Tahu, Sebenarnya Warna Najis Bayi Sentiasa Berubah!Ramai Ibu Tidak Tahu, Sebenarnya Warna Najis Bayi Sentiasa Berubah!

Warna najis dan tahap kesihatan bayi saling berkait. Sebab itu ibu wajib alert apa warna najis bayi. Barulah anda boleh tahu bayi sihat atau tidak!

Selepas mempunyai anak, setiap ibu dan ayah akan belajar cara membasuh najis. Tapi tahukah anda setiap warna najis bayi membawa maksud tertentu? Bagi ibu dan ayah jom kita ambil tahu tentang warna najis, adakah setiap warna itu normal atau sebaliknya?

Ada najis berwarna hijau, hitam, kelabu dan sebagainya. Jadi adalah penting setiap ibu dan ayah mengetahuinya kerana ia berperanan dalam membantu kita mengetahui tahap kesihatan bayi.

Najis Bayi Normal

kenali najis bayi, najis bayi, warna najis bayi, najis, najis si kecil, warna berak bayi, bayi berak, warna berak si kecil, warna tahi, jenis-jenis najis, najis, najis anak, warna najis anak, warna najis si manja, warna najis baby

Melalui warna najis bayi ibu boleh mengetahui tahap kesihatan si manja anda. Warna najis bayi yang pelbagai warna dan tekstur mengkin berubah mengikut diet pemakanannya, terutamanya pada tahun pertama kelahiran bayi. Walaupun mempunyai pelbagai warna dan tekstur pada najis bayi, ibu dan ayah tidak perlu risau terutamanya jika bayi sihat, menyusu dengan baik, aktif dan membuang air kencing yang mencukupi.

Najis bayi yang normal bergantung kepada pemakanan mereka. Untuk bayi yang minum susu ibu mereka lebih kerap membuang air besar (tetapi berbeza dari beberapa kali sehari hingga sekali dalam tujuh hari), najis selalunya berwarna oren kekuningan, lembek, cair dan kurang berbau. Manakala untuk bayi yang minum susu formula. mereka biasanya kurang membuang air besar ( satu atau dua kali sehari),najis warna coklat kekuningan atau coklat, lebih pejal dan berbau lebih kuat berbanding bayi yang minum susu ibu.

Jenis Najis Bayi

- Najis meconium. Bagi bayi yang baru lahir mereka seharusnya membuang air besar atau berak untuk pertama kali dalam tempoh 48 jam selepas tempoh kelahiran. Najis ini warna hitam-kehijauan, melekit dan kelihatan seperti tar. Najis jenis ini dipanggil meconium dan ia mengandungi cecair amniotik, sel kulit, mukus dan bahan lain yang bayi cerna semasa berada di dalam rahim ibu.

- Najis peralihan. Apabila bayi mula minum susu ibu dan dicernakan, meconium akan diganti kepada najis yang berwarna hijau gelap atau coklat, melekit tapi beransur-ansur menjadi lembek. Najis peralihan ini biasanya terjadi sekitar 2 hingga lima hari selepas tempoh kelahiran bayi.

- Najis bayi menyusu susu ibu. Bayi yang minum susu ibu, najis mereka lazimnya berbiji-biji seakan biji sawi, lembek dan berwarna seakan mustard cair, sedikit kehijauan atau coklat. Bayi yang menyusu susu ibu biasanya membuang air besar sekitar tiga kali sehari atau berbeza mengikut bayi. Ia terjadi sekitar lima hari selepas kelahiran bayi dan ia merupakan antara petanda bayi menyusu dengan baik.

- Najis bayi minum susu formula. Jika anda memberi bayi minum susu formula, najis mereka mungkin menjadi kuning atau warna sawa matang dengan sedikit najis warna hijau. Ia sedikit pejal berbanding dengan najis bayi yang minum susu ibu tetapi tidak pejal daripada mentega kacang. Bayi yang minum susu formula kurang membuang air besar, saiz najis agak besar dan agak berbau berbanding dengan bayi yang minum susu ibu. Najis ini biasanya terjadi sekitar dua minggu pertama selepas kelahiran.

- Najis bayi makan makanan pejal. Apabila bayi mula makan makanan pejal, najis mereka mungkin mempunyai pelbagai warna dan tekstur. Najis bayi biasanya warna coklat gelap atau warna najis coklat-kuning. Najis juga agak pejal atau lembek, mengandungi sedikit serpihan makanan bergantung kepada apa makanan yang dimakan oleh bayi dan najis mereka biasanya agak berbau.

Warna Najis dan Tahap Kesihatan

Najis Warna Putih

Najis yang berwarna putih adalah tidak normal dan ia mungkin petanda bahawa hati bayi anda tidak menghasilkan hempedu yang cukup untuk proses penghadaman. Ia adalah satu masalah yang serius dan harus dirujuk kepada doktor dengan segera.

Hempedu akan membuatkan najis berwarna coklat secara semulajadi. Kekurangan hempedu ini mungkin disebabkan oleh penyakit seperti hepatitis. Kadang kala, ia berpunca daripada sekatan oleh batu karang atau ketumbuhan pada saluran hempedu.

Najis Warna Kelabu Keputihan

Najis yang berwarna kelabu dan seakan-akan bercampur kapur juga mungkin petanda bahawa bayi mengalami masalah hempedu. Jenis najis ini sama seakan najis berwarna putih. Ia juga perlu dirujuk kepada doktor dengan segera. Sebaliknya jika najis warna kelabu gelap, ia mungkin terhasil daripada diet pemakanan dan adalah normal.

Najis Warna Merah

Ramai Ibu Tidak Tahu, Sebenarnya Warna Najis Bayi Sentiasa Berubah!

Kehadiran darah merah di dalam najis bayi anda mungkin petanda bahawa bayi mengalami alergik makanan contohnya seperti alergik terhadap produk tenusu. Selain itu ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria dan perlu mendapat rawatan doktor dengan segera.

Najis Warna Hijau Limau

warna najis dan tahap kesihatan, warna najis bayi, warna najis hitam, warna najis bayi kuning, warna najis bayi hijau, warna najis yang sihat

Najis jenis ini terjadi biasanya disebabkan oleh gangguan pencernaan. Salah satu puncanya adalah ketidakseimbangan dalam foremilk dan hindmilk. Foremilk ialah susu pertama yang bayi anda dapat apabila mereka mula menyusu, dan mengandungi protein yang tinggi. Selepas beberapa minit, bayi anda mengaktifkan susu belakang (hindmilk) yang mempunyai lebih banyak protein bersama dengan lebih banyak lemak dan Vitamin A dan E.

Oleh kerana foremilk mengandungi kurang lemak, bayi anda mungkin lebih lapar dan menyusu dengan lebih kerap jika tidak melekap selama 10 hingga 15 minit penuh. Masalah ini boleh dibaiki dengan memberikan bayi minum pada payudara yang sama dia minum pada sebelumnya.

Selain itu, najis berwarna hijau ini juga mungkin disebabkan oleh terdapat virus/ bakteria di dalam perut bayi. Jika ini berlaku, najis bayi juga akan jadi berbuih atau berlendir. Perut bayi juga kadangkala sensitif terhadap pemakanan ibu (selalunya produk tenusu). Menyingkirkan diet tertentu dari menu anda mungkin membantu mengatasi masalah ini.

Najis Warna Hitam

warna najis dan tahap kesihatan, warna najis bayi, warna najis hitam, warna najis bayi kuning, warna najis bayi hijau, warna najis yang sihat

Selepas melepasi tempoh najis meconium (najis pertama bayi sejurus kelahiran), jika najis bayi berwarna hitam ia mungkin disebabkan oleh perut/usus bayi anda yang terluka. Lihat najis dibawah lampu yang terang dan sekiranya ia berwarna hitam dan bukannya hijau pekat segeralah rujuk kepada doktor.

Tetapi sekiranya anda menyusukan bayi dan puting anda melecet dan berdarah, ia mungkin akan menyebabkan najis bayi terdapat bintik hitam kecil dan ia adalah normal. Ia adalah hasil daripada bayi mencerna sedikit darah anda dan tidak berbahaya.

Cara Memastikan Najis Bayi Normal

najis bayi kuning cair, warna najis bayi, najis bayi kuning, najis bayi berlendir, bajis bayi warna hijau kekuningan, petua hilangkan cirit birit bayi,berak cair macam air, najis bayi minum susu formula, bajis bayi minum susu ibu, malay

1. Kekerapan

Bayi minum susu ibu cenderung untuk membuang air besar dengan lebih kerap pada hari-hari awal selepas kelahiran, tetapi bayi yang disusukan juga boleh mengalami najis yang jarang. Jika bayi yang baru lahir tidak mengalami kesukaran semasa membuang air besar, tidak menyakitkan, dan najis mereka lembut ianya adalah bagus dan normal.

2. Jumlah

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Jumlah najis yang keluar juga berubah secara meluas. Biasanya bayi yang baru lahir kerap membuang air besar dan akan berkurang seiring pertambahan usia mereka. Untuk bayi yang baru lahir, jumlah najis biasanya dikaitkan secara langsung dengan jumlah susu ibu atau formula yang diambil oleh bayi. Apabila semakin meningkat usia bayi akan mula membuang sekali atau dua kali dalam sehari. Jika bayi membesar dengan baik, perut tidak menonjol, tidak mempunyai masalah untuk makan, dan berkembang secara normal, maka semuanya baik-baik saja.

Walau bagaimanapun, terdapat gangguan yang jarang berlaku yang boleh mengurangkan atau bahkan menghalang laluan normal najis. Jika selepas kelahiran pengeluaran najis pertama bayi yang sangat lambat boleh menunjukkan beberapa masalah perubatan. Sekiranya ini berlaku, pastikan anda bertanya kepada doktor bayi anda mengenainya.

3. Warna

Sekiranya najis bayi anda bukan warna merah, putih atau hitam ianya adalah normal. Najis bayi berwarna merah mungkin menandakan bahawa bayi anda mengalami alahan terhadap protien susu, masalah pendarahan pada dubur atau bayi mengalami buasir.

Najis berwarna putih atau najis kelihatan berkapur, menunjukkan bayi mengalami masalah pada hati dan tidak menghasilkan hempedu yang mencukupi untuk proses penghadaman.

Manakala najis warna hitam selepas tempoh najis meconium, menunjukkan darah yang lebih tua, seperti pendarahan dari esofagus atau bahkan darah yang ditelan dari puting ibu yang melecet semasa proses penyusuan.

4. Tekstur

Bayi yang minum susu ibu najis meraka biasanya lebih lembek berbanding bayi yang minum susu formula. Apabila bayi mencapai usia 6 bulan dan mula makan, najis mereka akan menjadi lebih pejal dan kadangkala terdapat serpihan kecil makanan yang dimakan.

Sekiranya najis bayi terlalu cair, berbuih atau berlendir ini mungkin disebabakan oleh bayi mengalami masalah jangkitan, alergik atau makanan tidak dihadam dengan baik.

Manakala jika najis bayi terlalu kering dan berbiji-biji seperti najis arnab/kambing ini mungkin petanda bayi anda terkena sembelit.

5. Bau

Bayi yang baru lahir biasanya najis mereka kurang berbau. Begitu juga dengan bayi yang minum susu ibu najis mereka kurang berbau berbanding dengan bayi yang minum susu formula. Apabila bayi mula makan makanan pejal najis mereka akan mula berbau lagi kuat seakan-akan najis orang dewasa.

Namun dalam sesetengah kes, najis yang sangat berbau busuk mungkin merupakan petunjuk penyerapan nutrien yang tidak mencukupi. Tetapi jika bayi membesar dengan baik dan warna najis dan konsistensi atau tekstur najis bayi adalah normal, maka ini mungkin normal.

Bila Patut Risau

Jika anda melihat najis bayi anda seperti ini sila bawa mereka berjumpa dengan doktor:

  • Najis Berair

Pada awal kelahiran adalah normal sekirannya najis bayi anda agak cair. Apa yang tidak normal ialah apabila ia keluar hijau atau kuning terang. Ia mungkin petanda bayi anda mengalami cirit birit dan harus dirawat dengan segera. Sekiranya cirit-birit tidak dirawat, ia boleh menyebabkan bayi mengalami dehidrasi dan boleh membahayakan kesihatan bayi.

  •  Najis Warna Merah

Jika bayi tidak makan sebarang makanan yang berwarna merah tetapi masih menghasilkan najis yang berwarna merah atau terdapat sedikit kehadiran darah dalam najis bayi, ia mungkin disebabkan oleh bayi mengalami alergik terhadap produk tenusu atau pendarahan rektum.

  • Lendir Dalam Najis

Jika najis bayi mengandungi lendir dan ada jaluran yang berwarna kehijauan, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan atau bayi anda alah terhadap sesuatu makanan.

  • Najis Warna Putih atau Najis Warna Kelabu Keputihan

Ia petanda bahawa hati bayi tidak menghasilkan hempedu yang cukup untuk proses pencernaan.

  • Najis Berbuih

Jika najis bayi kelihatan berbuih, ini menunjukkan bayi mengalami gangguan pencernaan kerana tidak mendapat bekalan hindmilk yang mencukupi. Susu yang yang keluar semasa awal proses menyusu (foremilk) mengandungi kalori yang rendah, manakala hindmilk susu yang akhir keluar mengandungi lebih banyak nutrisi yang diperlukan oleh bayi.

  • Bau Najis Sangat Busuk

Jika bayi hanya minum susu ibu yang masih belum makan makanan pejal berbau sangat busuk, ia mungkin disebabkan oleh bayi mengalami jangkitan.

  • Najis Yang Sangat Cair

Jika najis bayi terlalu cair dan merembes keluar dari lampin, ia mungkin disebabkan oleh bayi mengalami alergik, jangkitan usus, cirit-birit ataupun mengalami jangkitan rotavirus.

  • Muka Bayi Meneran Dengan Sukar

Jika bayi kelihatan agak sukar semasa proses membuang air besar atau bayi menangis, bayi anda mungkin mengalami sembelit atau mengalami masalah kolik.

  • Najis Kelihatan Seperti Batu Kerikil

Jika najis bayi sangat kering, kelihatan seperti batu kerikil atau najis arnab/kambing ia mungkin menunjukkan bahawa bayi anda mengalami masalah sembelit. Sekiranya tidak dirawat najis bayi juga mungkin akan mengandungi sedikit darah kerana dubur/rektum bayi yang terluka semasa proses membuang air besar. Menyusu dengan kerap atau tingkatkan pengambilan cecair mungkin boleh membantu mengatasi masalah ini.

Sumber:

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/expert-answers/baby-poop/faq-20057971

https://www.myupchar.com/en/childcare/baby-poop

https://momlovesbest.com/types-of-baby-poop

https://www.healthline.com/health/parenting/newborn-poop#1.-Frequency

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Warna Najis Bayi Berlendir Kuning, Adakah Ia Normal Atau Perlukah Ibu Risau?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Ramai Ibu Tidak Tahu, Sebenarnya Warna Najis Bayi Sentiasa Berubah!
Kongsikan:
  • Panduan Lengkap Warna Najis Bayi: Apa Yang Normal & Tak Normal?

    Panduan Lengkap Warna Najis Bayi: Apa Yang Normal & Tak Normal?

  • Kenali Warna Najis Bayi Dari Umur 0 Hingga 6 Bulan, Ia Beri Gambaran Tahap Kesihatan Si Manja

    Kenali Warna Najis Bayi Dari Umur 0 Hingga 6 Bulan, Ia Beri Gambaran Tahap Kesihatan Si Manja

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • Panduan Lengkap Warna Najis Bayi: Apa Yang Normal & Tak Normal?

    Panduan Lengkap Warna Najis Bayi: Apa Yang Normal & Tak Normal?

  • Kenali Warna Najis Bayi Dari Umur 0 Hingga 6 Bulan, Ia Beri Gambaran Tahap Kesihatan Si Manja

    Kenali Warna Najis Bayi Dari Umur 0 Hingga 6 Bulan, Ia Beri Gambaran Tahap Kesihatan Si Manja

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.