Watson meluahkan rasa kecewa serta berang selepas menonton rancangan tersebut

lead image

Watson meluahkan rasa kecewa serta berang selepas menonton rancangan tersebut apabila seorang pengacara lelaki mengejek nama mendiang bapanya yang juga bekas anggota polis dengan bunyi binatang.

Baru-baru ini, isu hangat tentang tindakan biadap pengacara rancangan komedi terbitan sebuah syarikat televisyen swasta yang telah menyamakan nama mendiang bapa bekas pelari pecut kebangsaan, Watson Nyambek dengan binatang.

Watson meluahkan rasa kecewa serta berang selepas menonton rancangan tersebut apabila seorang pengacara lelaki mengejek nama mendiang bapanya yang juga bekas anggota polis dengan bunyi binatang.
 
Menurut beliau, walaupun permohonan maaf sudah dibuat secara terbuka, namun laporan polis tidak akan ditarik balik memandangkan kesalahan dilakukan pihak terbabit adalah sukar baginya memaafkan.
 
Watson berkata, beliau tetap akan meneruskan tindakan undang-undang dan tidak akan berunding walaupun pihak televisyen swasta berkenaan berhasrat bersemuka dengannya di sini.

Beliau juga menyuarakan hasrat memfailkan saman malu terhadap syarikat televisyen swasta tersebut dan akan mencari peguam yang bersedia membantunya.

Hal ini telah mengaibkan dirinya dan keluarganya dan beliau merasakan tindakan tegas harus di ambil. Watson, 41, yang kini merupakan jurulatih sukan sepenuh masa telah membuat laporan polis supaya siasatan dijalankan terhdapa stesen televisyen, penerbit dan pengacara rancangan tersebut.

Di media sosial, hal ini heboh dikongsikan oleh ramai pihak. Ada yang mengatakan Watson terlampau ego hingga ingin mengambil tindakan undang-undang. Namun tidak kurang juga ramai yang menyokong tindakan Watson.

Tetapi, sebagai seorang ibu, saya berpendapat, budaya mengejek nama sama ada sendiri atau keluarga adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Sejak dari kecil lagi memang budaya mengejek nama bapa terutamanya banyak terjadi. Tidak seronok bukan, apabila nama yang mempunyai makna baik diejek menjadi bahan ketawa orang.

Apakah peranan ibu bapa?

Peranan ibu bapa sangat penting dalam menghentikan 'budaya' mengejek nama. Apa yang boleh dilakukan kita?

  • memupuk panggilan nama penuh di rumah. Beritahu mereka tentang setiap nama mempunyai maksud dan apabila seseorang memanggil dengan nama yang betul, mereka mendoakan dengan maksud nama itu.
  • menegur jika mereka mengejek orang lain sama ada keluarga atau orang lain. Terangkan secara baik mengapa perbuatan itu tidak wajar.
  • tidak membuat perkara yang anda larang dihadapan mereka. Mereka akan mencontohi perbuatan anda. Jika anda melarang namun masih menunjukan contoh yang kurang baik, mereka akan mengikut perbuatan berbanding ajaran anda.
  • tidak menggalakkan mereka menonton rancangan yang tidak berfaedah. Banyak yang dapat kita lihat sekarang rancangan menggalakan lawak murahan dan tidak berfaedah.

Mungkin pengaruh rakan sebaya boleh membuatkan mereka cenderung untuk sama-sama mengejek, namun, jika sudah dipupuk sedari kecil mereka akan memilih untuk mengelak dari mengikut.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!