Kebaikan Beri Si Manja Makan Yogurt & 2 Resepi Yogurt Anak Pasti Suka!

lead image

Yogurt apa yang sesuai untuk bayi? Dan... resepi apa yang best? Jom kita semak semuanya sekarang!

Memang bagus memberikan yogurt untuk bayi yang sudah menjangkau usia lapan bulan ke atas kerana ia mengandungi protein berkualiti tinggi, kalsium dan bakteria baik.

Namun begitu, pilihan yogurt untuk bayi haruslah kaya dengan lemak tanpa perasa tambahan lain kerana bayi tidak memerlukan gula.

Tapi jika si kecil kurang minat yogurt, anda boleh ganti dengan puri buah seperti pisang, epal, avocado dan lain-lain. 

Yogurt untuk bayi apa yang sesuai? 

yogurt untuk bayi, yogurt, resepi yogurt, yogurt untuk si manja, yogurt untuk si kecil, hidang yogurt buat anak, yogurt untuk anak, yogurt buat anak, resepi menarik yogurt, yogurt istimewa, khasiat yogurt, kelebihan makan yogurt

Kriteria yogurt yang sesuai untuk bayi adalah: 

  • Full fat
  • Plain yogurt 
  • Natural yogurt 

Contoh jenama yogurt untuk bayi yang sesuai seperti Farm Fresh Natural Yogurt, Sunglo Greek Yogurt Natural Full Cream, Farmers Union Greek Style Natural Yogurt dan lain-lain. 

Tapi yogurt yang tak sesuai untuk bayi adalah jenis low fat atau rendah lemak. Diingatkan juga, anda harus lihat terlebih dahulu label pada bekas yogurt sebelum beli

Bagi membantu anda menyediakan yogurt untuk bayi yang lebih menarik, kami sertakan sekali dua resepi mudah yang boleh anda cuba dari rumah. 

2 resepi yogurt untuk bayi 

#1. Fruits Barley Dessert 

yogurt untuk bayi, yogurt, resepi yogurt, yogurt untuk si manja, yogurt untuk si kecil, hidang yogurt buat anak, yogurt untuk anak, yogurt buat anak, resepi menarik yogurt, yogurt istimewa, khasiat yogurt, kelebihan makan yogurt

Kredit : Homemade Nutrition

Bahan-bahan: 

  • Serbuk barli 
  • 1/2 buah epal 
  • 1/2 biji kiwi 
  • 1 sudu besar yogurt asli 

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar kiwi dan epal supaya dijadikan puri 
  2. Campurkan dua sudu serbuk barli dengan air panas. Kemudian kacau rata. 
  3. Letakkan dua sudu barli yang siap dibancuh dalam bekas lain.
  4. Campurkan 1 sudu yogurt asli.
  5. Tambahkan dua sudu puri epal dan kiwi.
  6. Dessert siap buat si manja. 

#2. Creamy yogurt bersama pisang 

yogurt untuk bayi, yogurt, resepi yogurt, yogurt untuk si manja, yogurt untuk si kecil, hidang yogurt buat anak, yogurt untuk anak, yogurt buat anak, resepi menarik yogurt, yogurt istimewa, khasiat yogurt, kelebihan makan yogurt

Kredit : Medical news today

Bahan-bahan:

  • Pisang 
  • Yogurt asli
  • Air 

Cara-cara penyediaan: 

  1. Kisar atau lenyek pisang yang telah dipotong kecil.
  2. Campurkan pisang tadi bersama yogurt. 
  3. Masukkan juga sedikit air untuk lebih lembut.
  4. Creamy yogurt bersama pisang siap buat si kecil anda! 
Jadi apa tunggu lagi mama, siapkan yogurt untuk bayi yang cukup berkhasiat pada hari ini. Pastinya si kecil berselera menikmati hidangan itu. Sekaligus mendapat khasiat untuk perkembangannya setiap hari. Jangan lupa  share artikel ini dan tag pasangan anda! 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber : Baby Bambam Boutique , Dr Zubaidi , Saya bukan supermama

Baca juga:

7 Manfaat & Resepi Buah Naga Yang Sedap Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!

Written by

Nurul Halifah