Seks dengan zakar suami yang kecil juga boleh "the bomb" jika anda buat ini

lead image

Zakar suami kecil dan anda tak puas? Cuba buat saranan pakar terapi ini. Suami juga boleh membantu dengan buat amalan berikut. Confirm isteri akan puas!

Masalah zakar suami kecil dalam rumah tangga

Ramai menganggap saiz zakar amat penting. Tetapi, tanggapan itu mungkin perlu dibuang sekarang. Zakar suami kecil bukan lagi satu masalah kalau anda suami isteri bijak mengendalinya. 

Bagaimana nak bijak mengendali hal zakar suami kecil ini? Kalau nak beritahu suami direct terus, pasti dia terasa pula. Bagi lelaki, mereka juga pasti risau zakar yang kecil tak mampu memuaskan nafsu isteri. Nanti apa pula kata isteri?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/157528a00b7924.img .jpg Seks dengan zakar suami yang kecil juga boleh "the bomb" jika anda buat ini

Kredit: xaluan.com

Sebenarnya, ada beberapa cara anda boleh mengatasi kesulitan atau ketidakpuasan ini. Elizabeth McGrath, seorang pakar terapi seks dari San Francisco ada berkongsi caranya di Daily Dot

Jom semak apakah cara-cara bijak yang disarankan pakar terapi tersebut!

Isteri boleh atasi keadaan zakar suami kecil dengan bijak

Menurut Elizabeth, setiap isteri yang tidak puas di ranjang kerana zakar suami kecil harus bijak mengalihkan perhatian mereka. Jangan fokus pada saiz zakar suami, sebaliknya fokus di mana titik-titik pleasure yang ada pada badan anda.

Contohnya mungkin anda gemar suami menggesel-geselkan zakarnya di belakang bontot anda atau menggeselkannya di labia (bibir vagina) sebelum dayungan dilakukan. Poin di sini adalah menggunakan zakar suami untuk “mencetuskan” rangsangan. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/small penis.jpg Seks dengan zakar suami yang kecil juga boleh "the bomb" jika anda buat ini

Ambil peluang ini untuk mencuba sesuatu yang baru. Tapi jangan lupa foreplay dan seks oral. Kedua-dua benda ini juga amat penting bukan sebagai pembuka aksi, tapi untuk memenuhi keinginan sepanjang aksi dijalankan di ranjang. 

Jika poin pertama adalah si isteri harus bijak mencetuskan rangsangan untuk diri sendiri melalui zakar suami, poin kedua pula adalah dengan meningkatkan cara untuk rasa puas

Anda dan suami boleh menggunakan sebarang permainan seks seperti vibrator, rings atau “extenders“. Kalau anda malu dan tertanya-tanya di mana nak beli barang permainan seks ini, cuba layari Lazada atau ia juga dijual di Watsons sebenarnya!

Zakar suami kecil adalah normal, tapi aksi di ranjang tak perlu normal

Satu lagi perkara penting yang harus setiap pasangan ingat adalah sebarang aksi yang anda cuba di ranjang tidak perlu normal. Anda boleh cuba pelbagai aksi dan pelbagai posisi.

Ada posisi seks dan petua suami tahan lama, ada posisi untuk nampak isteri lebih cantik dan ada posisi yang mudah untuk seks ketika hamil. Cuba saja mana-mana yang anda ingin dan nikmati kesedapan bagi setiap posisi. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/landscape 1445724546 g spots on penis 483612171.jpg Seks dengan zakar suami yang kecil juga boleh "the bomb" jika anda buat ini

Kredit: NetDoctor

Elizabeth juga menegaskan suami atau lelaki tidak harus malu jika mereka mempunyai zakar dengan saiz yang agak kecil. Hal ini kerana seks bukan memberi fokus tentang betapa besar saiz zakar tersebut.

Sebaliknya, seks adalah bagaimana pasangan rasa puas. 

Zakar suami kecil: Bagaimana nak puaskan isteri anda?

Nah, kami berikan tips tentang bagaimana suami masih boleh memuaskan isteri, walaupun zakar suami kecil pula. Cuba tips ini dan pasti hubungan seks kalian akan lebih hangat!

  1. Study sikit tentang badan wanita  – Tak kisahlah walaupun zakar suami kecil, tapi suami kena tahu bagaimana nak hit spot isteri. Belajar bahagian badan mana yang isteri suka dirangsang.
  2. Fokus – 2 inci awal pada vagina adalah bahagian paling sensitif, jadi walaupun zakar suami kecil, tapi jika suami bijak dan fokus pada 2 inci terawal ini, isteri pasti akan klimaks.
  3. Yakin – Tiada yang lebih seksi melainkan seorang suami yang yakin dengan permainannya di ranjang dan tahu apa dia nak. Pasti isteri akan tertarik dengan maskuliniti anda.

Macam mana, berani tak nak cuba malam nanti? Kami di theAsianparent Malaysia mengharapkan agar maklumat ini berguna untuk mana-mana pasangan suami isteri di luar sana.

Selamat mencuba malam nanti!

 

 

 

Sumber rujukan: New York Post, The Daily Dot, Men’s Health

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

8 Petua Untuk Pasangan Tahan Lebih Lama Di Ranjang