Ereksi suami lemah dan zakar kadang-kadang susah tegang? Ini 5 cara apa isteri boleh buat

lead image

Zakar susah tegang boleh berlaku atas banyak sebab. Tapi jangan panik! Ini antara 5 perkara yang isteri patut buat untuk membantu suami dengan ereksi lemah.

Zakar susah tegang? Ya, ia boleh terjadi walaupun seorang suami itu sudah cukup bernafsu untuk berintiman. Tapi, apabila zakar susah tegang, ramai isteri yang akan menyalahkan diri mereka.

Mungkinkah zakar suami tidak menegang kerana diri ini tidak lagi seksi dan menarik? Sebenarnya tidak! Zakar susah tegang kerana banyak sebab. Sama ada sebab mati pucuk, terlalu stress atau kerana ubat-ubatan.

Tapi percayalah, apabila zakar suami susah menegang, mereka juga rasa serba salah. Jadi daripada anda menyalahkan diri anda, lebih baik anda buat 5 perkara ini untuk membantu suami.

Jika suami punya zakar susah tegang, ini apa anda patut buat...

  1. Jangan panik!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/1751400 595 .jpg Ereksi suami lemah dan zakar kadang kadang susah tegang? Ini 5 cara apa isteri boleh buat

Jika zakar susah tegang, perkara pertama yang anda suami isteri harus elak buat adalah panik. Panik takkan menyelesaikan masalah. Bertenang.

Ambil mood semula dan mula rangsang pasangan kembali. Tapi kalau zakar tersebut masih tidak boleh “naik”, jangan terus marah ya!

  1. Jangan salahkan diri anda

Satu lagi benda yang anda patut buat ialah jangan menyalahkan diri anda. Seperti yang kami jelaskan sebelum ini, ada banyak sebab mengapa zakar susah tegang atau sekejap menegang dan sekejap tidak.

Mungkin suami anda kepenatan, tertekan atau tiada mood untuk bersama. Jadi anda juga patutlah berhenti menyalahkan diri sendiri. Ia bukan bermaksud anda tidak lagi menarik di mata suami.

  1. Benarkan suami relaks sebentar

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/04/bercinta saat ada bayi 1 1.jpg Ereksi suami lemah dan zakar kadang kadang susah tegang? Ini 5 cara apa isteri boleh buat

Bagi suami rasa tenang dan selesa. Ketika ingin berasmara, suami mungkin memikirkan banyak benda seperti bagaimana ingin tahan lama di ranjang atau adakah isteri mereka akan puas dengan aksi ini.

Jadi untuk mengelak suami anda terlalu banyak berfikir, anda boleh meluahkan rasa “kepuasan” anda itu agar suami tahu apa yang anda rasa.

  1. Jangan marah di hadapan suami

Satu lagi, janganlah marah suami anda itu di hadapan mukanya pula, kan? Lebih-lebih lagi membincangkan hal ini di meja makan.

Tapi apa yang anda boleh buat ialah dengan menunjukkan kasih sayang kepada suami agar mereka faham anda bersama mereka dalam kesukaran yang dihadapi ini.

Barulah suami pun lebih berkeyakinan selepas itu!

  1. Beri suami masa dan ruang

Apa yang paling penting adalah memberi masa dan ruang kepada suami yang menghadapi masalah zakar susah tegang. Jangan membebel padanya. Biar suami anda dapatkan semua keyakinan dirinya.

Apa yang dia perlu sekarang adalah sokongan anda.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Your Tango

Baca juga:

7 Posisi Seks Yang Akan Buat Suami Tahan Lebih Lama Di Ranjang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!