Apa Kegunaan Zinclofer? Berikut Fungsi, Kandungan dan Ubat
Hb rendah semasa hamil merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi wanita mengandung. Tetapi ada sesetengah ubat tidak serasi pula dengan anda, jadi ada tak alternatif lain ya?
Ramai ibu hamil yang bertanyakan soalan ini di aplikasi theAsianparent, dan mungkin ada yang keliru sama ada pengambilan folik asid masih diperlukan sekiranya jururawat memberikan Zincofer untuk dimakan.
Bahkan disebabkan kekeliruan ini, ada sesetengah ibu enggan mengambil ubat Zincofer. Eh, jangan begitu ibu-ibu semua. Pil ini mempunyai kelebihan tersendiri dan amat penting untuk penjagaan kandungan anda.
Apa Kegunaan Zincofer?
Suplemen yang biasanya digunkan untuk wanita hamil kerana kandungan zat besi, zink, dan vitamin B12 serta asid folik yang penting bagi pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Dalam artikel ini anda akan ketahui lebih lanjut tentang:
- Fungsi dan kandungan Zincofer
- Mengapa penting untuk ambil Zincofer?
- Ubat-ubatan untuk bantu tambah darah
Fungsi dan Kandungan Zincofer
Sekiranya anda diberi pil Zincofer untuk diamalkan sepanjang kehamilan, anda tidak perlu lagi mengambil asid folik ya ibu! Ini kerana Zincofer mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan sepanjang kehamilan, termasuklah asid folik.
Selain itu, Zincofer bertujuan bagi menaikkan kadar kepekatan darah pada ibu hamil, atau dalam bahasa ringkasnya, menaikkan HB. Tahap kepekatan darah yang baik sangat penting untuk perkembangan kehamilan yang sihat dan baik untuk tumbesaran janin.
Walau bagaimanapun, sesetengah ibu hamil mengalami ketidakselesaan selepas mengambil Zincofer seperti berasa mual, pening dan tidak cergas.
Ini menyebabkan wanita hamil mencari alternatif lain yang mempunyai khasiat yang sama, namun tidak memberikan kesan terhadap tubuh seperti Zincofer.
4 Pilihan Ubat Tambah Darah Untuk Wanita Hamil Selain Zincofer
Kami berharap penjelasan di atas telahpun menjelaskan apa kegunaan Zincofer. Tak perlulah lagi anda bertanya Zincofer untuk apa!
Jadi apakah pilihan lain yang mungkin dicadangkan oleh pakar? Berikut merupakan beberapa cadangan pilihan alternatif bagi ubat tambah darah bagi wanita hamil.
1 Obimin
Suplemen ini memiliki kandungan multivitamin dan mineral yang diperlukan tubuh sepanjang kehamilan dan juga semasa menyusukan anak. Berikut beberapa info tentang Obimin:
- Ambil bersama-sama makanan atau selepas makan untuk elak risiko gangguan pencernaan.
- Ikut dos yang betul seperti yang tertulis pada kotak, atau saranan doktor.
- Sebaiknya makan ubat pada masa yang sama setiap hari.
- Simpan di suhu yang sejuk antara 15°-25°C.
- Jangan gunakan suplemen ini bersamaan dengan suplemen sejenis dan dengan kandungan yang sama.
- Jaga pengambilan nutrisi dalam makanan selama masa kehamilan dan menyusui.
2 Iberet
Ubat ini adalah produk multivitamin dan besi yang digunakan untuk merawat atau mencegah kekurangan vitamin kerana diet yang tidak baik, penyakit tertentu, atau semasa kehamilan. Vitamin dan besi adalah penting untuk membina badan dan membantu menjaga kesihatan anda.
- Ambil ubat ini secara oral, sekali sehari atau seperti yang diarahkan.
- Jangan hancurkan atau kunyah ubat ini. Melakukannya boleh melepaskan semua ubat sekaligus, meningkatkan risiko kesan sampingan.
- Ubat ini lebih baik diambil pada perut kosong 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan.
- Ambil dengan segelas air penuh (8 auns atau 240 mililiter) melainkan doktor anda mengarahkan anda sebaliknya.
- Elakkan mengambil antacid, produk tenusu, teh, atau kopi dalam masa 2 jam sebelum atau selepas ubat ini kerana ia akan mengurangkan keberkesanannya.
- Jangan berbaring selama sekurang-kurangnya 10 minit selepas mengambil ubat ini.
3 Maltofer
Rawatan kekurangan zat besi tanpa anemia dan anemia kekurangan zat besi. Yang menariknya, maltofer juga rasa lebih sedap macam makan gua-gula!
- Dos dan tempoh terapi bergantung kepada tahap kekurangan zat besi.
- Rawatan anemia kekurangan zat besi dalam kehamilan: 200 mg hingga 300 mg (2-3 tablet) sehari sehingga normalisasi nilai hemoglobin dicapai.
- Selepas itu, terapi perlu diteruskan dengan 1 tablet setiap hari sekurang-kurangnya sehingga akhir kehamilan untuk menambah zat besi yang semakin meningkat semasa kehamilan.
- Dos boleh dibahagikan kepada dos berasingan atau boleh diambil sekaligus.
- Boleh dikunyah atau ditelan keseluruhan
- Boleh diambil semasa atau selepas makan.
4 Sangobion
Sangobion juga bermanfaat untuk mengatasi kurang darah atau anemia. Sebagai suplemen penambah darah, Sangobion berisi zat besi yang dapat mencegah dan mengatasi anemia.
- 2 jam sebelum dan sesudah makan Sangobion, elakkan pengambilan ubat antioksidan, susu, teh, atau kopi, kerana akan menganggu keberkesanannya.
- Sebaiknya diambil sebelum makan, kecuali sekiranya anda mungkin muntah selepas makan.
- Jangan berbaring sekurang-kurangnya 10 minit setelah makan ubat ini.
- Selain itu, amalkan makanan yang mengandung vitamin C, karena vitamin ini dapat meningkatkan penyerapan zat besi.
- Suplemen ini dapat terserap ke dalam susu ibu tetapi kandungan zat besi dalam susu tidak dipengaruhi oleh kadar zat besi dalam tubuh ibu.
- Produk Sangobion mengandungi gula jadi jika anda ada diabetes, berhati-hati dengan pengambilannya.
Namun harus diingat ya, sebelum bertukar ubat semasa kehamilan, pastikan anda mendapatkan nasihat dari doktor supaya ia dijamin bersesuaian dengan tahap kesihatan kehamilan anda.
Semoga bermanfaat!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 11 Makanan Ini Bantu Ibu Hamil Tambah Darah & Cegah Anemia!
Baca juga: Tak Sangka Latok Boleh Atasi Masalah Hb Rendah Pada Ibu Hamil, Ini Sebabnya!
Baca juga: Kenali Ubat Duphaston Bantu Wanita Hamil Dengan Endometriosis Yang Menjejaskan Kandungan