Ini pentingnya 1000 hari pertama kehidupan bayi - Parents wajib tahu ini!

Ada beberapa faktor yang sangat penting dalam 1000 hari pertama kehidupan anak. Ia bermula saat dalam kandungan sehingga usianya dua tahun. Adakah anda tahu tentangnya?

Apabila menjadi seorang ibu, tentunya kita ingin melihat anak berkembang dan membesar dengan sempurna seperti kanak-kanak yang lain. Sebab itu 1000 hari pertama kehidupan anak adalah sangat penting.

Kalau nak tahu, 1000 hari pertama kehidupan si kecil itu dikira bermula sejak dalam kandungan iaitu 280 hari sehinggalah dua tahun usia anak bersamaan 720 hari.

Ramai ahli perubatan mengatakan ini adalah masa emas bagi pertumbuhan anak yang baik dan penting.

Kenapa 1000 hari pertama kehidupan anak itu sangat penting?

1000 hari pertama kehidupan, 1000 hari pertama dalam kehidupan anak, 1000 hari pertama, 1000 hari pertama dalam kehidupan bayi, hari pertama dalam kehidupan anak, hari pertama dalam kehidupan, hari pertama dalam kehidupan seorang anak, hari pertama dalam hidup Kredit gambar: Alo Dokter

Menurut Dr Natia Anjasari dari Brawijaya Women and Children Hospital, selama 280 hari dalam kandungan, janin akan mengalami pembentukan otak sehingga anak mencapai umur dua tahun.

Anak itu akan mengalami pertumbuhan otak yang pesat dan semua organ tubuhnya akan bersatu bagi pertumbuhan yang baik dan sihat.

“Dalam fasa ini akan adanya pembentukan organ tubuh, mematangkan sistem pencernaan, perkembangan kognitif dan kecerdasan serta sistem imun tubuh.

2 perkara yang menentukan perkembangan 1000 hari pertama kehidupan anak

Selain genetik, perkara lain yang boleh menentukan perkembangan anak adalah nutrisi dan rangsangan.

#1 1000 hari pertama kehidupan anak: Nutrisi

1000 hari pertama kehidupan, 1000 hari pertama dalam kehidupan anak, 1000 hari pertama, 1000 hari pertama dalam kehidupan bayi, hari pertama dalam kehidupan anak, hari pertama dalam kehidupan, hari pertama dalam kehidupan seorang anak, hari pertama dalam hidup Kredit gambar: Aneka Info Unik

World Health Organization menyatakan, tiga keperluan nutrisi pada anak adalah seperti:

Setelah masuk ke usia dua tahun, otak anak akan mencapai 50%. Kombinasi nutrisi dan stimulasi sejak kecil dianggap mempengaruhi perkembangan otak anak dan pembentukan sel otak menjadi matang.

Nutrisi yang paling penting ialah DHA, AA, zat besi, asam amino dan Choline (sejenis vitamin B). Selain itu, kebersihan dan kelengkapan makanan harus dijaga sebaiknya.

#2 1000 hari pertama kehidupan anak: Rangsangan berdasarkan umurnya

Rangsangan atau stimulasi harus dimulakan sejak anak dilahirkan lagi supaya pembentukan otak si kecil semakin kuat dan banyak sel tumbuh dengan sempurna.

Menurut Dr. Natia, jika seseorang anak mendapat nutrisi, stimulasi dan kasih sayang yang cukup, ia dapat merangsangkan tumbesaran otak yang lebih baik.

Menitik beratkan kebersihan di awal 1000 hari pertama kehidupan anak

1000 hari pertama kehidupan, 1000 hari pertama dalam kehidupan anak, 1000 hari pertama, 1000 hari pertama dalam kehidupan bayi, hari pertama dalam kehidupan anak, hari pertama dalam kehidupan, hari pertama dalam kehidupan seorang anak, hari pertama dalam hidup Kredit Gambar: Five Ways Towell being.org

Dalam masa 1000 hari pertama kehidupan anak ini, perlindungan dan kebersihan secara menyeluruh amat diperlukan.

Jika bayi kurang mendapat nutrisi dan stimulasi, si kecil berisiko mengalami gangguan pertumbuhan yang tidak seimbang.

Kebersihan yang tidak terjaga juga boleh menyebabkan anak sakit. Ia sekaligus membuatkan anak mengalami penyakit yang serius.

Sebab itu, ibu bapa atau orang sekeliling harus membiasakan diri mencuci tangan sebelum menyentuh kulit bayi.

Bukan itu sahaja, ketika menyediakan makanan bayi juga harus memastikan peralatan yang digunakan betul-betul bersih. Selain itu, sediakan makanan yang dijamin bersih sepenuhnya.

Namun begitu, bila anak sudah pandai merangkak, mereka biasanya akan suka masukkan benda ke dalam mulut. Tapi tak usah halang kerana itu adalah salah satu fasa belajar yang normal.

Apa yang penting pastikan anda selalu membuang kotoran di rumah dan kerap basuh tangan anak.

Akhir sekali penjagaan dalam tempoh 1000 hari kehidupan pertama anak ini adalah sentiasa tukar lampin anak sekiranya sudah penuh dengan najis.

Jangan sampai punggung si kecil kemerah-merahan kerana lambat menukar lampinnya.

Justeru, sayangilah anak kecil anda dan didiklah dia menjadi insan yang berguna di masa hadapannya nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Azhan.co

Sumber: Penulis asal Aulia Trisna. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!