3 Tahun Wanita Sabar, Suaminya Curang
Ini pula, cerita seorang isteri yang cuba berbaik dengan wanita simpanan suaminya sampai sanggup belanja makan dan memberi duit kepada wanita simpanan suaminya dengan harapan si suami akan berubah.
Video Nadia Nordin yang membelasah suaminya yang curang dengan kawan baiknya yang bogel telah menjadi viral dan ramai mengecami perbuatan Nadia yang bertentangan dengan adab sosial masyarakat.
Ini kerana dia tidak dapat mengawal kemarahannya sampai si mangsa terpaksa menerima 15 jahitan di kepala.
Nadia dikecam kerana terlalu marah dan beremosi sampai mencederakan suami dan kawannya.
Pengguna- pengguna laman sosial juga telah “menyerang” tindakan Nadia dan ramai telah menyeru pihak berkuasa PDRM untuk mengambil tindakan.
Ramai pengguna laman sosial juga telah “menasihati” Nadia untuk mengawal perasaan beliau dan beliau tidak patut, sama sekali memukul suami beliau.
Walau apapun, suami masih suami dan suami haruslah dihormati.
Tetapi, sebagai seorang isteri, beliau berhak berasa marah dan kecewa. Ini adalah respons yang biasa. Anda rasa sakit hati, menyalahkan diri sendiri dan semestinya ingin membalas dendam.
Lagi Satu Kisah Isteri Bersabar dengan Suami Curang
Ini pula, cerita seorang isteri yang cuba berbaik dengan wanita simpanan suaminya sampai sanggup belanja makan dan memberi duit kepada wanita simpanan suaminya dengan harapan si suami akan berubah.
Setiap orang ada batasannya, isteri ini telah dianiaya oleh suaminya sendiri, yang mendorongnya untuk “berkawan” dengan wanita simpanan suaminya hanyalah dengan harapan yang suaminya akan insaf, berubah dan balik ke sisinya.
Beliau tidak sanggup membelasah wanita-wanita simpanan suaminya. Dalam status Facebook beliau, beliau telah menceritakan bagaimana beliau belanja Kiki (Wanita simpanan suaminya) McDonald’s dan juga bagi duit kerana dia takde duit.
Wanita simpanan ini, Kiki, telah tidur dengan suaminya di atas katil perkahwinan mereka di depan gambar perkahwinan mereka!
Erin (wanita simpanan suami) juga yang telah beliau diamkan.
Sepanjang masa suaminya berlaku curang sehingga sanggup ke katil perkahwinan mereka, beliau hanya bersabar, diam dan nangis.
Beliau telah cuba mempertahankan perkahwinan beliau untuk 3 tahun.
Beliau juga bersabar apabila suaminya mencuri dan gadai cincin, gelang dan subang emas beliau.
Tidak cukup dengan itu, beliau juga bersabar semasa suaminya mencuri duitnya dari ATM, dan beliau terpaksa balik ke kampung sehelai sepinggan.
Kenapa beliau sanggup mendiamkan diri dan bersabar?
Sampai masih sanggup menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Mengemas rumah, picit kepala si suami, memasak, buat air, dan cium tangan suami yang telah memukulnya.
Inilah contoh betapa sayangnya seorang isteri terhadap suaminya.
Akhirnya, selepas 3 tahun, beliau telah memutuskan untuk bercerai dari suaminya. Cerita beliau harus diambil sebagai pengajaran.
Reaksi wanita yang dicurangi haruslah difahami, mereka berhak untuk marah kerana telah dikecewakan oleh orang yang disayangi.
Rujukan: Nurul Adeline Daud dan Oh Bulan
Gambar dari laman Facebook Nurul Adeline Daud