TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 cara jaga suami agar mereka tak curang diam-diam belakang anda

3 min bacaan
5 cara jaga suami agar mereka tak curang diam-diam belakang anda

Anda nak elak suami curang? Cuba buat 5 cara jaga suami ini. Pasti mereka akan lebih sayang anda, malah setia dalam perkahwinan!

Curang atau setia dalam perkahwinan itu sebenarnya satu pilihan. Walaupun setiap pasangan pasti akan melalui cabaran yang berbeza-beza, namun pasti semua isteri mahu tahu tips elak suami curang, kan?

Setiap suami isteri mahukan pasangan yang tetap setia dalam perkahwinan. Selepas berkahwin dengan pilihan hati, siapa yang mahu mahligai dibina retak dek curang, kan?

Berikut antara 5 cara yang disarankan pakar untuk isteri elak suami curang.

Elak suami curang #1: Jangan ingat suami tak akan curang

elak suami curang, suami curang apa tindakan istri, tips elak suami curang, suami curang,

Jangan terlalu yakin atau percaya yang suami takkan curang dengan anda. Ini sebab, menurut penulis Gretchan Rubin, jika anda tidak boleh menduga suami akan curang, ketika itulah suami akan lebih mudah tergoda!

Pakar psikologi Barry McCarthy juga bersetuju dengan kenyataan ini. Dalam sebuah artikel Psychology Today, penulis berikut mengatakan salah satu cara elak suami curang ialah dengan menerima kekurangan masing-masing.

Bahkan, anda kena percaya ada pasangan yang “nampak bahagia” juga boleh curang di belakang pasangannya!

Elak suami curang #2: Jauhi situasi yang bahaya

Jangan bermain dengan api, orang kata. Anda kena menjauhi situasi yang mampu menggoyahkan kesetiaan.

Kuncinya di sini ialah bersikap terbuka, bertimbang rasa, kenal diri sendiri dan mengakui kesalahan. Anda dan pasangan harus masing-masing bertanggungjawab ke atas perkara yang terjadi.

Nampak macam senang cakap je, tapi susah nak buat. Tapi belum cuba belum tahu!

Elak suami curang #3: Berkomunikasi dengan pasangan

elak suami curang, suami curang apa tindakan istri, tips elak suami curang, suami curang,

Anda dan pasangan wajib meluahkan segala rasa hati atau buah fikiran. Ini mampu merapatkan hubungan kalian berdua.

Menurut pakar psikologi Leslie Becker Phelps, berkomunikasi secara terbuka dengan pasangan akan menyelesaikan pergaduhan mahupun konflik dengan lebih bijak.

Ini sebab biasanya, suami yang curang memberi alasan mereka rasa tidak dihargai atau tidak didengar.

Elak suami curang #4: Jangan suka mengatur pasangan

Menurut kajian dalam Journal of Personality and Social Psychology, semakin anda mengawal pasangan, semakin mereka cenderung untuk curang.

Ini disebabkan oleh membatasi dan mengatur keinginan pasangan akan meningkatkan rasa mereka “dikurung” lalu membuatkan mereka ingin curang.

Anda boleh menetapkan batas atau had, tapi jangan sampai mengatur pasangan dari A hingga Z. Bahaya itu!

Elak suami curang #5: Puaskan pasangan dari segi hubungan seks

elak suami curang, suami curang apa tindakan istri, tips elak suami curang, suami curang,

Jangan ambil mudah dengan teknik sentuhan anda. Berpelukan, memberi ciuman dan mandi bersama terbukti mampu menjaga hubungan perkahwinan dengan lebih baik.

Malah menurut pakar psikologi, David J. Ley, kejujuran amat penting dalam hubungan seks. Keintiman pasangan pula bukan hanya di tempat tidur saja.

Sebenarnya, kalau melibatkan seks, anda dan pasangan wajib berkomunikasi. Mencintai seseorang memang mudah, tapi mahu memuaskan nafsu mereka memerlukan pemahaman yang lebih mendalam.

Semoga 5 tips elak suami curang ini mampu menjanjikan keharmonian dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda!

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Wiggle Boks, Kotak Keperluan Bayi Yang WAJIB Dimiliki Semua Ibu Bapa Sibuk!
Wiggle Boks, Kotak Keperluan Bayi Yang WAJIB Dimiliki Semua Ibu Bapa Sibuk!
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
A Celebration For All Moms - Super Brand Day Special!
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Tesco Malaysia Lancar Program 'Kembali Teguh' Bagi Membantu Murid-Murid Kembali Ke Sekolah
Tesco Malaysia Lancar Program 'Kembali Teguh' Bagi Membantu Murid-Murid Kembali Ke Sekolah

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ditulis oleh Adinda; diterjemah dengan kebenaran theAsianparent Indonesia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-suami-curang-perempuan-simpanan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • 5 cara jaga suami agar mereka tak curang diam-diam belakang anda
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham