TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

8 min bacaan
Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Pelincir untuk wanita menopause berasaskan air atau silikon meningkatkan kelembapan, mengurangkan geseran, menjadikan hubungan seks selesa

Salah satu masalah biasa yang dialami oleh wanita menopause adalah vagina kering (vaginal dryness). Kekeringan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan, sakit ketika melakukan hubungan intim, dan seterusnya menjejaskan hubungan suami isteri serta kesejahteraan emosi wanita. Justeru ada beberapa jenis pelincir untuk wanita menopause yang boleh anda cuba di rumah.

Isi Kandungan

  • Mengapa Wanita Menopause Perlukan Pelincir?
  • Jenis-Jenis Pelincir Untuk Wanita Menopause
  • Cara Memilih Pelincir Yang Sesuai Untuk Wanita Menopause
  • Cara Menggunakan Pelincir Dengan Betul
  • Kepentingan Pelincir Untuk Wanita Menopause
  • Tips Membuatkan Wanita Mencapai Orgasma 

Mengapa Wanita Menopause Perlukan Pelincir?

Menopause adalah satu fasa penting dalam kehidupan wanita yang menandakan berakhirnya kitaran haid dan kesuburan. Ia biasanya berlaku pada usia antara 45 hingga 55 tahun dan disebabkan oleh penurunan hormon estrogen dalam badan.

Walaupun menopause adalah proses semula jadi, ia membawa pelbagai perubahan fizikal dan emosi yang boleh menjejaskan kualiti hidup wanita, termasuk aspek seksual.

Berikut beberapa sebab kenapa wanita menopause perlukan pelincir:

1. Penurunan Hormon Estrogen

Estrogen adalah hormon penting yang membantu menjaga kelembapan dan keanjalan tisu faraj. Semasa menopause, paras estrogen menurun secara drastik, menyebabkan lapisan faraj menjadi lebih nipis dan kering. Ini menyebabkan rasa gatal, terbakar, dan sakit ketika melakukan hubungan seks.

2. Kekeringan Faraj dan Ketidakselesaan Seksual

Kekeringan faraj bukan sahaja menjejaskan aktiviti seksual, malah boleh menyebabkan ketidakselesaan dalam aktiviti harian seperti berjalan atau memakai pakaian ketat. Pelincir membantu mengurangkan geseran dan mengembalikan kelembapan semula jadi faraj, sekali gus mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan.

3. Menjaga Kesihatan Faraj

Kekurangan pelinciran juga meningkatkan risiko jangkitan faraj dan kerengsaan kulit. Pelincir yang sesuai membantu mengekalkan pH faraj yang sihat dan mencegah keradangan serta jangkitan.

Jenis-Jenis Pelincir Untuk Wanita Menopause

Terdapat pelbagai jenis pelincir yang tersedia di pasaran, dan pilihan yang tepat bergantung pada keperluan individu serta sensitiviti kulit. Berikut adalah beberapa jenis pelincir yang sering digunakan oleh wanita menopause:

1. Pelincir Untuk Wanita Menopause Berasaskan Air

Pelincir berasaskan air ialah pilihan paling popular dan selamat untuk wanita menopause. Ia diformulasi tanpa minyak dan sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk faraj yang sensitif akibat penurunan hormon estrogen.

Pelincir ini tidak mengandungi bahan yang boleh merosakkan kondom atau alat bantu seks, menjadikannya pilihan ideal untuk kegunaan bersama pasangan. Ia juga sangat mudah dibersihkan, hanya guna air dan sedikit sabun.

Namun begitu, kerana ia cepat kering, anda mungkin perlu sapukan semula semasa hubungan intim jika terasa kembali kering.

2. Pelincir Berasaskan Silikon

Pelincir jenis ini mempunyai tekstur yang lebih licin dan tahan lebih lama berbanding pelincir berasaskan air. Ia tidak menyerap ke dalam kulit dengan cepat, jadi ia kekal melembap untuk tempoh yang panjang tanpa perlu disapu semula berkali-kali.

Ini amat membantu bagi wanita menopause yang mengalami kekeringan faraj yang lebih serius. Tambahan pula, ia sesuai digunakan ketika mandi atau dalam kolam kerana sifatnya yang kalis air.

Namun, pelincir ini sedikit sukar dibersihkan dan tidak sesuai digunakan bersama alat seks yang juga diperbuat daripada silikon kerana boleh merosakkan permukaan alat tersebut.

3. Pelincir Berasaskan Minyak

Pelincir berasaskan minyak seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun, atau minyak bayi kadangkala digunakan secara semula jadi untuk melembapkan faraj. Ia memberikan pelinciran yang tebal dan tahan lama, menjadikannya sesuai untuk urutan sensual atau mereka yang mahu kelembapan berpanjangan.

Namun, penggunaannya perlu berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan iritasi atau reaksi alergi bagi sesetengah wanita. Selain itu, pelincir jenis ini tidak selamat digunakan bersama kondom lateks kerana boleh menyebabkan kondom bocor dan meningkatkan risiko jangkitan.

Ia juga agak susah dibersihkan, dan jika tidak dicuci dengan betul, boleh mengundang jangkitan yis atau bakteria.

4. Jangan Guna Jeli Petroleum Sebagai Pelincir

Walaupun jeli petroleum seperti Vaseline popular digunakan untuk tujuan melembapkan kulit kering, ia tidak sesuai untuk digunakan sebagai pelincir faraj. Ini kerana jeli petroleum boleh merosakkan kondom, menyumbat liang pori, dan mengganggu keseimbangan pH faraj.

Ia juga boleh kekal di dalam faraj untuk tempoh yang lama, menjadikannya tempat pembiakan bakteria yang boleh membawa kepada jangkitan. Selain itu, ia amat sukar dibersihkan dan boleh meninggalkan rasa tidak selesa selepas hubungan intim.

Untuk keselesaan dan keselamatan, pilih pelincir yang dirumus khas untuk kegunaan faraj sahaja.

Cara Memilih Pelincir Yang Sesuai Untuk Wanita Menopause

  1. Pilih pelincir yang hypoallergenic dan bebas dari pewangi atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi. Wanita menopause biasanya mempunyai faraj yang lebih sensitif.

  2. Baca label dengan teliti, pastikan produk itu selamat dan disahkan oleh kementerian kesihatan.

  3. Gunakan pelincir berasaskan air jika anda mempunyai kulit yang sangat sensitif.

  4. Jika ingin pelincir tahan lama, pilih yang berasaskan silikon, tetapi perlu ingat kebersihan dan kesesuaian dengan alat seks.

  5. Elakkan pelincir berasaskan minyak jika menggunakan kondom.

Cara Menggunakan Pelincir Dengan Betul

  1. Sapukan pelincir secukupnya pada bahagian faraj atau alat seks sebelum melakukan hubungan intim

  2. Tambah pelincir jika rasa kering semasa aktiviti seksual berlangsung

  3. Gunakan pelincir setiap kali melakukan hubungan seks untuk mengelakkan ketidakselesaan

  4. Bersihkan kawasan faraj selepas penggunaan pelincir untuk mengelakkan jangkitan

    Stories Rakan Kongsi
    Have you heard of the Durian Generation? Here’s how not to raise a brat
    Have you heard of the Durian Generation? Here’s how not to raise a brat
    6 Questions To Ask Your Doctor About Your Child’s Poop Habits
    6 Questions To Ask Your Doctor About Your Child’s Poop Habits
    Here Are How Two Doctors Raise Their Child To Be Resilient
    Here Are How Two Doctors Raise Their Child To Be Resilient
    Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!
    Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!

Kepentingan Pelincir Untuk Wanita Menopause

Berikut beberapa kebaikan menggunakan pelincir untuk wanita menopause:

1. Mengurangkan Rasa Sakit Ketika Seks

Pelincir membantu mengurangkan geseran, mengelakkan rasa sakit dan luka, sekaligus membolehkan wanita menikmati hubungan intim dengan lebih selesa.

2. Memperbaiki Kualiti Hidup Seksual

Dengan mengatasi masalah kekeringan, wanita menopause boleh terus mengekalkan keintiman dengan pasangan, yang sangat penting untuk kesihatan emosi dan hubungan.

3. Meningkatkan Keyakinan Diri

Masalah kekeringan faraj boleh menyebabkan wanita rasa malu atau rendah diri. Pelincir membantu mengurangkan masalah ini dan memberi rasa yakin semasa berintim.

4. Mencegah Jangkitan dan Iritasi

Pelincir yang sesuai membantu menjaga pH faraj dan mengelakkan keradangan serta jangkitan yang boleh berlaku akibat kekeringan.

Tips Membuatkan Wanita Mencapai Orgasma 

Berikut beberapa tips tambahan untuk membuatkan wanita mencapai orgasma:

1. Berikan Rangsangan Terus

Ramai wanita memerlukan rangsangan yang lebih langsung dan fokus pada klitoris, kerana ini adalah pusat kepekaan utama bagi kebanyakan wanita.

Rangsangan yang konsisten dan tepat pada kawasan ini membantu meningkatkan aliran darah ke tisu, mengaktifkan saraf, dan membina keghairahan yang diperlukan untuk mencapai orgasme. Berbanding rangsangan yang berselerak atau terlalu ringan, sentuhan yang tepat dan berterusan lebih efektif merangsang tubuh wanita secara fizikal dan emosi.

2. Foreplay Lebih Lama

Foreplay bukan sekadar pemanasan; ia adalah masa untuk tubuh wanita ‘bersiap sedia’ secara fizikal dan mental. Foreplay yang mengambil masa lebih lama memberi peluang kepada tubuh meningkatkan peredaran darah ke alat kelamin, melembapkan faraj, dan mengaktifkan pusat-pusat kenikmatan.

Lebih lama foreplay juga memberi ruang untuk pasangan saling mengenal dan menyesuaikan sentuhan, sehingga meningkatkan keterikatan emosi dan mengurangkan tekanan atau rasa tergesa-gesa yang boleh mengganggu kepuasan.

Berikut tip foreplay suami isteri:

  • Sentuhan lembut di bahagian leher, bahu, dan belakang
  • Ucapkan kata-kata manis dan pujian
  • Fokus pada bahagian sensitif seperti telinga, leher, pergelangan tangan
  • Variasikan jenis ciuman (lembut, hangat, playful)
  • Urut dengan minyak wangi atau losyen
  • Cipta suasana romantik dengan lampu redup dan muzik lembut
  • berkomunikasi dan tanya pasangan apa yang disukai
  • Bisikkan kata-kata manja di telinga

3. Bilik Sejuk Dan Selesa

Suhu persekitaran boleh memberi kesan besar pada keselesaan dan fokus semasa hubungan intim. Bilik yang terlalu panas atau lembap boleh menyebabkan badan berpeluh, rasa tidak selesa, dan gangguan fokus pada rangsangan seksual. Sebaliknya, suhu bilik yang sejuk dan nyaman membantu badan kekal segar dan relaks.

Ini membolehkan wanita lebih fokus pada sensasi dan menikmati pengalaman dengan tenang tanpa rasa terganggu oleh keadaan fizikal yang tidak selesa.

4. Senaman Otot Pelvis (Kegel)

Senaman Kegel membantu menguatkan otot dasar pelvis yang menyokong organ-organ reproduktif dan meningkatkan peredaran darah ke kawasan intim.

Otot yang lebih kuat bukan sahaja memberikan kawalan yang lebih baik semasa hubungan intim tetapi juga meningkatkan sensasi dan respons seksual, sekaligus memudahkan wanita mencapai orgasme dengan lebih mudah dan intens.

5. Variasi Posisi Seksual

Mencuba pelbagai posisi semasa hubungan intim boleh membantu mencari sudut dan tekanan yang paling sesuai untuk merangsang titik-titik sensitif wanita seperti G-spot atau klitoris. Variasi ini bukan sahaja mengelakkan kebosanan tetapi juga meningkatkan peluang wanita mencapai orgasme kerana setiap posisi memberikan sensasi yang berbeza dan boleh disesuaikan mengikut keselesaan dan keinginan.

6. Relaksasi dan Fokus Sepenuhnya

Mengekalkan ketenangan dan memberi fokus penuh kepada perasaan dan rangsangan yang dialami tanpa terganggu oleh fikiran lain sangat penting. Tekanan, kebimbangan, atau gangguan mental boleh menghalang wanita daripada mencapai orgasme.

Oleh itu, mencipta suasana yang tenang, bebas dari gangguan, dan mengamalkan teknik pernafasan dalam atau meditasi boleh membantu wanita lebih relaks dan menikmati setiap detik, sekali gus memudahkan pencapaian orgasme.

Kesimpulannya, menopause bukan pengakhiran kepada kehidupan seksual yang memuaskan. Dengan penggunaan pelincir untuk wanita menopause yang tepat dan langkah-langkah kesihatan yang sesuai, anda boleh terus menikmati hubungan intim dengan selesa dan bahagia.

Pelincir membantu mengatasi masalah kekeringan faraj yang biasa berlaku akibat penurunan hormon estrogen, sekaligus meningkatkan kualiti hidup dan keyakinan diri.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Mayo Clinic, Hello Benofide

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  Tanda Menopause/ Putus Haid: Usia Wanita Monopos, Simptom & Tips Penting

Baca juga:  8 Sebab Mengapa Wanita Boleh Putus Haid Lebih Awal Dan Cara Mengelaknya

Baca juga:  Andropaus Gejala Menopause Kaum Lelaki

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

    Isteri Provider Tidak Berkira Dengan Suami & Anak-Anak, Mereka Cuma Ingin Bahagia & Dihargai

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham