X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Alami Masalah Kekurangan Platelet, Gadis Ini Terpaksa Menopause Seawal Usia 19 Tahun

4 min bacaan
Alami Masalah Kekurangan Platelet, Gadis Ini Terpaksa Menopause Seawal Usia 19 Tahun

Tanda menopause sering terjadi pada kebanyakan wanita berusia 50 tahun ke atas. Namun ia boleh terjadi lebih awal kerana sebab-sebab tertentu

Tanda menopause pada wanita kebiasaannya terjadi ketika usia antara 45 hingga 55 tahun. Ia menandakan bahawa berakhirnya kitaran menstruasi haid yang semula jadi dan ovari wanita berhenti menghasilkan hormon progesteron serta estrogen.

Menopause sememangnya berlaku kepada semua wanita dewasa. Namun setiap orang mengalaminya dengan cara yang berbeza.

Tanda menopause pada wanita dengan usia terlalu muda

Jika sebelum ini kita sering terdengar bahawa gejala menopause sering terjadi pada wanita lebih berusia. Namun berbeza bagi gadis ini yang diibaratkan satu dalam sejuta apabia disahkan mengalami menopause sewaktu usia 19 tahun.

Gadis berkenaan, Corrine Bass berkongsikan kisah yang dilaluinya dalam Hastag Our Stories. Dia berdepan masalah kesihatan dan menghidap Anemia Aplastik melibatkan kegagalan fungsi utama sumsum tulang.

anemia aplastik

credit to sources

Menurut Corrine, tubuh badan seorang manusia yang normal boleh menghasilkan kira-kira 150,000 sehingga 400,000 platelet. Akan tetapi dirinya cuma memiliki sekitar 6,000 sahaja.

”Ketika usia 16 tahun, saya menyedari kedua-dua kaki dipenuhi dengan bintik-bintik merah. Ia sungguh menakutkan. Kemudian saya membuat temu janji dengan doktor. Beliau mengatakan platelet saya hanyalah 6,000. Ia adalah sangat sedikit berbanding manusia normal yang lain.” katanya.

Platelet adalah garisan sel yang dihasilkan oleh badan di bahagian sumsum tulang. Ia berfungsi untuk membekukan darah. Jika anda terjatuh, platelet akan membantu proses pembekuan darah dengan cepat. Selain itu ia juga dapat menyembuhkan luka pada mana-mana bahagian anggota badan.

”Saya mengalami kekurangan platelet. Disebabkan itu di bawah kulit saya kelihatan seperti berdarah. Doktor telah melakukan biopsi tulang sumsum dan mendapati selurariti sumsum tulang saya hanyalah lima peratus.”

”Ia bermakna tubuh saya tidak menghasilkan sel darah merah, sel darah putih atau platelet yang baharu.” jelasnya.

Tidak sangka alami tanda menopause yang lebih awal

menopause awal

Disebabkan masalah ini juga petugas kesihatan telah mengesahkan Corrine menghidap anemia aplastik. 

”Perkara yang paling saya tidak jangkakan berlaku adalah tanda menopause. Ketika usia 19 tahun, platelet saya adalah sangat rendah. Doktor benar-benar terpaksa menghentikan segera sebarang pendarahan yang berlaku.”

”Selain itu saya juga merasai kepanasan melampau sehingga terpaksa bangun setiap malam. Badan banyak keluarkan peluh sehingga saya menukar katil hospital dan keseluruhan pakaian untuk beberapa kali dalam satu malam.” katanya.

Pemindahan sumsum tulang Corrine dijadualkan pada 2 Februari 2017. Dua minggu sebelum itu dia telah menjalani kemoterapi.

Dengan pemindahan sumsum tulang ini, pesakit pada asasnya membina sistem imunisasi baharu daripada penderma yang sesuai.

Turut mengalami masalah yang sama, Jacalyn Kelly juga berkongsikan beberapa siri rawatan yang terpaksa dilaluinya sebelum membuat pemindahan sumsum tulang.

Disebabkan prosedur berkenaan boleh menjejaskan tahap kesuburan, dia telah membuat keputusan melakukan rawatan egg extraction terlebih dahulu sebagai persediaan awal.

Setelah pemindahan dibuat, mereka kembali pulih seperti biasa dan ia seakan-akan diberikan peluang kedua bagi meneruskan hidup. Perkara penting yang difokuskan adalah bagaimana kedua-dua wanita ini tabah dan kekal positif ketika melalui fasa kesukaran tersebut.

Tanda menopause pada wanita: Kenali masalah anemia aplastik

Anemia aplastik adalah keadaan yang terjadi ketika tubuh berhenti menghasilkan sel darah baru mencukupi. Ia boleh membuatkan tubuh menjadi penat dan cenderung kepada jangkitan disebabkan oleh pendarahan tidak terkawal.

Ia boleh terjadi secara tiba-tiba tanpa mengira usia. Rawatan yang diperlukan termasuklah ubat-ubatan, transfusi darah atau pemindahan sumsum tulang.

Risiko Anemia Aplastik pada wanita

menopause awal pada wanita

credit to sources

Terdapat dua jenis anemia aplastik iaitu anemia aplastik yang didapat (acquired aplastik anemia) dan anemia aplastik yang diturunkan (inherited aplastic anemia).

Antara risiko apabila seseorang menghidap Anemia Aplastik ialah:

  • Memiliki kelainan sistem imunisasi
  • Terdedah kepada zat kimia berbahaya
  • Risiko kanser
  • Terpaksa menjalani terapi radiasi atau kemoterapi

Setiap jenis sel darah memiliki fungsi khusus di dalam tubuh. Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Manakala sel darah putih bertindak melawan jangkitan kuman dan platelet untuk mencegah pendarahan. Pelbagai keluhan yang  timbul pada penghidap aplastik. Ia berbeza-beza bergantung pada jenis sel darah apa yang mengalami kekurangan.

Sumber: Kisah Dunia, Halo doc

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 8 Sebab Mengapa Wanita Boleh Putus Haid Lebih Awal Dan Cara Mengelaknya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Alami Masalah Kekurangan Platelet, Gadis Ini Terpaksa Menopause Seawal Usia 19 Tahun
Kongsikan:
  • Ujian Darah Ketika Hamil Perlu Dilakukan Bagi Mengenal Pasti Bayi Kecil & Yang Berisiko Lahir Mati. Take Note, Ibu-ibu!

    Ujian Darah Ketika Hamil Perlu Dilakukan Bagi Mengenal Pasti Bayi Kecil & Yang Berisiko Lahir Mati. Take Note, Ibu-ibu!

  • Alamak, Kenapa Keluar Darah Selepas Bersama? Tapi Tak Hamil @ Period, Apa Maksudnya Itu?

    Alamak, Kenapa Keluar Darah Selepas Bersama? Tapi Tak Hamil @ Period, Apa Maksudnya Itu?

  • Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Kena Cuba Salah Satu 8 Petua Tradisional Ini!

    Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Kena Cuba Salah Satu 8 Petua Tradisional Ini!

  • Ujian Darah Ketika Hamil Perlu Dilakukan Bagi Mengenal Pasti Bayi Kecil & Yang Berisiko Lahir Mati. Take Note, Ibu-ibu!

    Ujian Darah Ketika Hamil Perlu Dilakukan Bagi Mengenal Pasti Bayi Kecil & Yang Berisiko Lahir Mati. Take Note, Ibu-ibu!

  • Alamak, Kenapa Keluar Darah Selepas Bersama? Tapi Tak Hamil @ Period, Apa Maksudnya Itu?

    Alamak, Kenapa Keluar Darah Selepas Bersama? Tapi Tak Hamil @ Period, Apa Maksudnya Itu?

  • Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Kena Cuba Salah Satu 8 Petua Tradisional Ini!

    Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Kena Cuba Salah Satu 8 Petua Tradisional Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.