TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

7 min bacaan
Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa cuba sehabis baik untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan anak-anak tersayang, daripada mengawasi waktu skrin mereka sehinggalah memastikan mereka memakan sayur-sayuran secukupnya. Namun, ada satu ancaman tersembunyi yang boleh memusnahkan segala usaha kita hanya dalam beberapa hari: denggi.

Sering kali dianggap hanya demam panas yang memerlukan cuti sakit untuk beberapa hari, denggi sebenarnya mengakibatkan kesan yang lebih daripada ketidakselesaan. Denggi boleh mengganggu ketenteraman keluarga dari segi mental, kewangan dan emosi. Seperti mana komik The Woke Salaryman mengingatkan kita, gaya hidup kita masa kini yang semakin individualistik mungkin menyukarkan usaha bagi menyelesaikan masalah yang memerlukan usaha kolektif—seperti pencegahan denggi.

Denggi: Kebimbangan Yang Semakin Meningkat di Asia, termasuk Malaysia

Denggi telah menjadi salah satu ancaman kesihatan yang paling serius pada zaman ini. Ianya telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 ancaman kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan merupakan penyakit bawaan vektor yang paling meluas di seluruh dunia. Perubahan iklim dan urbanisasi telah menyemarakkan lagi penyebaran denggi di Asia, yang meletakkan 1.3 bilion orang berisiko di rantau ini.

Di Malaysia tahun ini, data Minggu ke-19 Epidemiologi (11 Mei 2025) mencatatkan sebanyak 2,338 kes denggi dengan satu kematian. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan pada tahun 2025 sebanyak 57,220 kes, berbanding 41,175 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2023. Selain itu, terdapat 40 kematian akibat komplikasi demam denggi pada tahun 2025, berbanding 26 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.

Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

Impak Sampingan Denggi Yang Membebankan Keluarga

Selain gejala fizikal, denggi juga memberikan impak yang pelbagai seperti:

  • Ibu bapa terpaksa mengambil cuti, kadang kala tanpa gaji
  • Kanak-kanak cuti sakit dari sekolah, biasanya semasa kalendar akademik yang penting
  • Keluarga berdepan perbelanjaan perubatan, walaupun dengan adanya insuran kesihatan
  • Sistem penjagaan kesihatan menjadi terbeban ketika penularan berlaku

Menurut analisis terhadap beban ekonomi Malaysia akibat denggi, jumlah kos denggi dianggarkan mencecah USD 68.9 juta antara 2012 dan 2019.

Perlu diambil perhatian bahawa kos tidak langsung—seperti kehilangan produktiviti akibat penyakit atau penjagaan—merangkumi 67% daripada jumlah tersebut. Ini termasuk:

  • Hilang gaji kerana cuti sakit
  • Prestasi kerja menurun
  • Mengambil cuti untuk menjaga kanak-kanak yang sakit atau saudara-mara yang lebih tua
  • Pemulihan kesihatan jangka panjang

“Gigitan membunuh” denggi terhadap situasi kewangan selalunya tidak kelihatan dari mata kasar, namun impaknya ternyata amat menyakitkan.

Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

Sempena Hari Denggi ASEAN, kerjasama serantau United Against Dengue telah dilancarkan bagi memperkukuh usaha pencegahan dan pengurusan denggi.

Bersatu Membanteras Denggi: Menyokong Pendekatan Bersepadu WHO untuk Kawalan Denggi

Bagi membanteras ancaman denggi global yang kian meningkat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pendekatan komprehensif yang tertumpu kepada pengurangan penularan, kemasukan ke hospital dan kematian. Antara strategi utama termasuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, pengesanan dan rawatan awal, pendidikan awam, penglibatan komuniti, dan vaksinasi secara tersasar di kawasan berisiko tinggi. Usaha ini menjurus ke arah matlamat WHO untuk mencapai sifar kematian akibat denggi menjelang 2030.

Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

Kerjasama ini disusun berdasarkan tiga tonggak strategik: “Educate”(Mendidik), “Advocate” (Advokasi), dan “Support (Menyokong)

Bagi menyokong visi ini, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) APAC dan Takeda telah melancarkan kolaborasi United Against Dengue. Sejajar dengan usaha bersepadu WHO, inisiatif ini memberi tumpuan kepada tiga tonggak kritikal:

  • “Educate” – Membina komuniti yang berdaya tahan dan sentiasa bersiap-siaga menerusi pendidikan penyakit yang berkesan dan persediaan awal. Usaha-usaha yang dijalankan termasuk kempen kesedaran komuniti, latihan sukarelawan menerusi kit Kawalan Epidemik untuk Sukarelawan (Epidemic Control from Volunteers (ECV)), dan promosi kebersihan melalui penglibatan komuniti. Selain itu, sistem pemantauan yang ditambah baik dan protokol tindakan awal juga akan diperkenalkan untuk membimbing tindak balas komuniti dan memperbaiki hasil setiap usaha yang dijalankan.
  • “Advocate” – Memastikan kemampanan langkah pencegahan menerusi usaha dasar dan penglibatan pihak berkepentingan. Ini termasuk bekerja secara rapat dengan penggubal dasar, persatuan perubatan, dan organisasi komuniti untuk menyokong usaha mengintegrasi pencengahan, pengurusan dan pengawalan denggi menjadi strategi nasional. Usaha menyelaraskan pihak-pihak berkepentingan dalam sektor kesihatan awam serantau dan nasional juga akan diutamakan bagi menyepadukan tindakan dan mengutuhkan kemampanan sistem kesihatan untuk kesan jangka panjang.
  • “Support” – Memberikan khidmat bantuan dan penjagaan kepada komuniti dan individu yang terkesan akibat denggi.

Usaha-usaha ini mewakili fokus awal inisiatif ini dan bukannya secara menyeluruh. Usaha tambahan akan diperkenalkan selaras dengan tindak balas berterusan UAD terhadap keperluan komuniti yang berkembang dan peluang untuk memberi impak yang lebih besar.

Apa Yang Kita Telah Hilang Di Sebalik Kehidupan Moden

Dengan pendidikan sebagai salah satu tonggak utama dalam United Against Dengue, sebuah komik dengan visual yang menarik dan kandungan yang dekat di hati telah diterbitkan melalui kolaborasi bersama The Woke Salaryman yang mencerminkan satu pandangan utama: kehidupan moden telah menjadikan kita lebih terasing dan kurang bekerjasama.

Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

Dengan pendidikan sebagai tonggak strategik dalam pengurusan denggi, sebuah komik yang mudah difahami dan menarik telah diperkenalkan sebagai kandungan pendidikan denggi serantau yang pertama di bawah kerjasama United Against Dengue.

Pada zaman dahulu, kehidupan di kampung banyak bergantung kepada sokongan bersama. Jika atap jiran kita bocor atau ada pokok yang mengancam keselamatan penduduk, komuniti sekampung akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Namun pada hari ini, ramai antara kita yang tidak tahu menahu tentang jiran sekeliling. Hubungan sosial yang terputus sebegini memberi kesan terhadap cara kita berdepan dengan cabaran–seperti denggi. Seperti mana yang tertulis di dalam komik ini:

“Kehidupan bandar moden hanya memberikan ilusi sara dirii. Realitinya, ketersalinghubungan kita lebih kuat berbanding sebelum ini.”

Di kawasan bandar yang berdepan peningkatan penyakit bawaan nyamuk, mencegah wabak adalah tanggungjawab kolektif. Apabila seseorang membuang sampah, mengotorkan koridor, atau meninggalkan baldi berisi air tidak bertutup, mereka mungkin melihatnya sebagai “ruang mereka sendiri”—tetapi kesan sampingannya boleh mengakibatkan wabak denggi di seluruh bangunan.

Pendidikan Inovatif: Hebatnya Kuasa Penceritaan

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini

Bagaimana Institusi Keluarga Boleh Bertindak Sekarang

Anak-anak anda telah pun diajar meminta pertolongan dengan sopan dan mengucapkan “terima kasih”, melintas jalan raya dengan selamat, dan memakan sayur-sayuran. Apa kata kita tambahkan maklumat tentang pencegahan denggi juga dalam senarai didikan mereka?

Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

Ini antara yang anda boleh lakukan:

  • Sentiasa buang air jernih yang bertakung (termasuklah air yang bertakung di dalam piring pasu bunga kerana nyamuk boleh membiak di dalam sesudu kecil air pun)
  • Semak makluman kluster dari portal rasmi iDengue untuk mengetahui sama ada kawasan anda berisiko tinggi
  • Gunakan ubat nyamuk dan skrin, terutamanya pada awal pagi dan petang
  • Baca dan kongsi komik United Against Dengue dengan anak-anak dan jiran-jiran anda
  • Sertai gotong-royong komuniti atau berbincang dengan wakil rakyat anda tentang langkah pencegahan denggi tempatan

Lakukanlah segala yang termampu, kerana apabila berkaitan denggi, tiada sesiapa yang akan terselamat melainkan setiap orang mengambil tindakan.

United Against Denggi merupakan kerjasama antara Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) dan Takeda. Ketahui lebih lanjut melalui https://www.ifrc.org/article/ifrc-and-takeda-initiate-united-against-dengue-alliance-combat-escalating-threat-mosquito .

Rujukan: 

https://www.who.int/southeastasia/health-topics/dengue-and-severe-dengue

https://www.thestar.com.my/news/nation/2025/01/28/dengue-cases-drop-in-malaysia-but-deaths-rise-by-17-says-ahmad-zahid#:~:text=%22This%20year%20(2025)%2C,in%20deaths%2C%22%20he%20stated 

https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1201971222005057

https://idengue.mysa.gov.my/ 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

chamlixian

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia
Kongsikan:
  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Lahir Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Lahir Normal?

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham