TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya

3 min bacaan
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya

Usus bayi anda memainkan peranan penting dalam membantu membina benteng pertahanan yang kuat terhadap jangkitan. Baca artikel ini untuk info lanjut.

Semua ibu bapa inginkan anak-anak mereka membesar dengan sihat dan gembira. Jadi kita sentiasa mengambil langkah pencegahan dan proaktif dalam memastikan anak-anak bebas daripada sebarang jangkitan.

Namun begitu, pada awal pembelajaran mereka, sudah menjadi tabiat untuk mereka memegang sesuatu dan masukkannya ke dalam mulut. Dengan itu, ada kalanya mereka terdedah kepada bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan. 

Jadi, bagaimanakah kita sebagai ibu bapa menangani situasi seperti ini? Kita tidak mungkin dapat sentiasa mensanitasi setiap benda di hadapan mata dengan antiseptik atau tisu basah antibakteria. Sebenarnya, percaya atau tidak, salah satu cara yang dapat dilakukan untuk membina pertahanan semula jadi anak anda ialah dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus mereka.

Kid questions

Bagaimanakah usus bayi mempengaruhi sistem pertahanan badan semula jadinya?

Fakta: Usus merupakan rumah kepada 70% sel imuniti di dalam badan kita4 dan jutaan bakteria baik (mikrobiota usus yang sihat).1

Ya, usus — atau saluran gastrousus — merupakan organ imun terbesar dalam tubuh badan kita. Ia menjadi tuan rumah kepada ‘tentera kecil’ bayi anda yang terdiri daripada sel imun dan bakteria baik yang membantu pertahanan semula jadi bayi — iaitu keupayaan badan untuk mengenal pasti dan membunuh kuman jahat yang boleh menyebabkan jangkitan — agar berfungsi dengan baik untuk cara-cara berikut.

  • Mencegah jangkitan: Bakteria baik di dalam usus membina satu lapisan yang meliputi dinding usus. Lapisan ekstra ini bertindak sebagai penghadang terhadap bakteria yang membawa jangkitan, dengan cara menghalang bakteria jahat daripada membiak di dinding usus.Jadi, bayi anda terlindung daripada sebarang jangkitan.1
  • Membantu mengawal reaksi alahan: Sistem imun tubuh membantu mengenal pasti apa yang selamat dan tidak selamat di dalam tubuh bayi anda. Fungsi ini teramat penting dalam mengawal alahan.Biasanya, alahan terjadi apabila sistem imun bertindak hiperaktif terhadap bahan yang selamat, dan ini biasa terjadi kepada bayi kerana sistem imun mereka masih belum matang. Mikrobiota usus yang sihat menyokong perkembangan sistem imun supaya ianya tidak bertindak balas secara hiperaktif terhadap bahan yang selamat.1

Bagaimanakah anda boleh membantu bayi anda membina usus yang sihat?

Kesihatan usus yang sihat membantu menguatkan pertahanan semula jadi si manja. Namun, kesihatan usus yang sihat memerlukan profil bakteria yang bagus, yang penuh dengan bakteria baik untuk memastikan bayi anda sihat secara menyeluruh.

Tapi bagaimana caranya untuk menyokong pertumbuhan bakteria baik?

kid with vegetables


Diet yang kaya dengan prebiotik dan probiotik dapat menyokong kesihatan usus dan kesihatan bayi anda secara menyeluruh.1,2

Prebiotik ialah serat yang tidak dapat dihadam, yang terdapat di dalam makanan seperti pisang, beri dan bijiran penuh, namun boleh merangsang pertumbuhan dan aktiviti bakteria baik di dalam usus bayi anda.

Probiotik pula merupakan bakteria baik yang membantu mengawal keseimbangan mikroorganisma di dalam badan. 

Kajian saintifik menunjukkan bahawa gabungan probiotik dan prebiotik 9:1 GOS/IcFOS menyokong profil bakteria usus yang sihat di samping menyokong fungsi sistem pertahanan badan dan memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan otak.3

Usus yang sihat membentuk asas kepada kesihatan menyeluruh bayi anda. Membina kesihatan usus yang baik dari awal usia adalah sangat penting untuk bayi anda agar sistem pertahanan badannya menjadi lebih kuat, menyokong perkembangan otak dan fizikalnya berjalan lancar dan moodnya juga sentiasa terkawal.  

 

RUJUKAN:

  1. Cleveland Clinic. (2023, August 18). Gut microbiome. Cleveland Clinic. https://my.clevelandclinic.org/health/body/25201-gut-microbiome
  2. Stanford Medicine Children’s Health. (n.d.). 5 ways to boost your child’s gut health. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=5-ways-to-boost-your-childs-gut-health-197-29161
  3. Ansari, F., Neshat, M., Pourjafar, H., Jafari, S. M., Samakkhah, S. A., & Mirzakhani, E. (2023). The role of probiotics and prebiotics in modulating the gut-brain axis. Frontiers in Nutrition, 10, Article 1173660. https://doi.org/10.3389/fnut.2023.1173660

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Laurice Cedino

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham