Inilah wajah-wajah di sebalik syarikat Tickled Media. Kami adalah sebuah pasukan yang terbentuk dari beberapa orang dengan latar belakang budaya dan pendidikan yang berbeza, namun dengan satu tujuan, iaitu: menjadi sahabat baik buat para ibu di setiap perjalanan mereka.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!


HR/OPS

Ira 'Izzati Lee

Finance and Admin Manager

Graduan ekonomi ini memulakan perjalanan kerjayanya dari tahun 2015. Kini bekerja sebagai Pengurus Akaun dan Admin di Tickled Media Sdn Bhd, dia suka menghabiskan waktu lapangnya dengan melihat video haiwan di platform sosial media dan bermain permainan video atas talian. Tiada apa yang lebih menggembirakan Ira selain mendengar lagu dari penyanyi kegemarannya, Taylor Swift.



Management

Roshni Mahtani

CEO/Founder

Selain mengusahakan the Asianparent, laman web keibubapaan nombor 1 Asia, Roshni juga adalah Pengasas Bersama Rangkaian Pengasas Wanita, Ahli Lembaga TiE Singapura, dan Mentor di JFDI. Beliau juga adalah Pengeluar Eksekutif "Untouchable: Children of God", sebuah dokumentari tentang pemerdagangan kanak-kanak di India.

Carla Perlas

Regional Head of Content

Carla mempunyai pengalaman selama lebih daripada 15 tahun dalam bidang media cetak, media digital, penerbitan buku dan pendidikan. Beliau mempunyai 2 anak perempuan yang kini berusia 5 dan 3 tahun.

Serina Sue Ibrahim

Deputy Country Manager

Sebelum Tickled Media, Serina seorang COO kepada media start up, dengan pengalaman dalam bidang komunikasi digital, dan penyelesaian masalah berdasarkan data. Serina juga merupakan alumni dari Rocket Internet, Zalora Malaysia dan Khazanah Nasional. Ketika bersama Khazanah Nasional, Serina banyak berhubung dengan pelanggan dari sektor awam mahupun swasta. Kini, Serina memiliki seorang anak, dan gemar mengembara bersama keluarganya, sambil menikmati keseronokan mengembara bersama "anak kecil" yang aktif.

Jatin Detwani

Senior Vice President, Commercial Finance & Corporate Strategy



Sales

Lum Wai Fong

Head of Brand Solutions

Wai Fong suka melakukan sukan aktif dan menggemari makanan. Beliau amat berminat untuk merekabentuk semula brand solution, dengan pendekatan cara tradisional, malah teknologi. Wai Fong menggemari humor dan secawan bir.

Chan Jue Xin

Campaign Executive

Jue Xin adalah graduan psikologi dari universiti tempatan yang gemar meneroka dunia digital. Kini bekerja sebagai Eksekutif Kempen bagi membantu klien mencapai matlamat pemasaran digital mereka. Tiada apa yang lebih menggembirakan Jue Xin selain sebotol jus hijau.



PR

Denny Rozaidi

PR & Communication Manager

Denny Rozaidi selaku Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Tickled Media, mempunyai latar belakang dalam bidang pemasaran, media sosial, produksi dan acara. Beliau menyertai pasukan Tickled Media Malaysia dari aplikasi siaran langsung Astro; Tamago sebagai Pengurus Genre dan sebelum itu dari agensi pemasaran Jenerrea Sdn Bhd sebagai Pengurus Pemasaran.



Insights

Loo Jo Lin

Senior Insights Specialist

Dengan 8 tahun pengalaman dalam bidang FMCG/ industri penyelidikan pasaran, Jo Lin kini bekerja sebagai pakar pemahaman untuk theAsianparent Malaysia. Selain cintanya terhadap nombor, Jo Lin juga menyukai kopi beserta pencuci mulut.

Alya Mustafa

Junior Insight Specialist

Tidak ada ilmu berkaitan parenting tetapi ingin belajar mengenainya sebagai satu ilmu yang baru. Tidak boleh menjalani kehidupan seperti biasa tanpa earphone kerana beliau sangat suka mendengar lagu.



Content

Ayu Idris

Head of Content

Berpengalaman bekerja bersama Johnson&Johnson dan LEGO, Ayu adalah penulis retro yang menggemari perkataan. Sebagai gatekeeper kepada kandungan, Ayu menggilap dan menggubah artikel untuk bacaan. Jika tidak menulis, Ayu menghabiskan masa membina perpustakaan mininya.

Sarah Voon

App Content & Marketing Manager

Sarah Voon adalah alumni Ketua Kandungan untuk theAsianparent Singapura, sebelum beliau mengambil alih tugasan sebagai Pengurus Pemasaran App di Malaysia. Sarah memiliki 7 tahun pengalaman dalam bidang editorial. Jika tidak bekerja keras demi Tickled Media, Sarah menguruskan blog makanan dan travelnya di www.foodievstheworld.com.

Dayangku Nur Haslina

Social Media Manager

Berhenti seketika dari bidang Interactive Multimedia Design, Dayang kini berusaha menyusun kata-kata motivasi dan idea. Ketika tidak sibuk berkongsi tips di laman sosial, si kaki wayang ini juga meluangkan masanya dengan fotografi dan beriadah bersama keluarga tercinta.

Nurul Halifah Hamiruddin

Content Producer

Halifah berpengalaman bekerja di akhbar dan majalah sebagai wartawan. Dunia penulisan merupakan cita-citanya sejak kecil. Jika punya masa lapang dan tidak sibuk menulis, dia suka menghabiskan masa bersama anak dan suami untuk pergi bercuti atau pulang ke kampung halaman.

Rabiatul Adawiyah Abdul Rahman

Content Producer

Ibu kepada 2 puteri ini mula jatuh cinta pada dunia penulisan sejak usia belasan tahun. Baginya, setiap karya boleh membawa perubahan kepada dunia, walau sekecil mana pun impaknya. Berpengalaman sebagai penulis skrip, kini Beto lebih selesa menulis artikel sambil mendengar muzik kegemarannya, oldies!

Hidayah Huslan

App Content Producer

Graduan Komunikasi dan Kewartawanan yang meminati penulisan dan karya seni ini berpengalaman menulis selama tiga tahun. Ibu kepada seorang anak lelaki ini juga sangat menggemari 'perkataan'. Gemar mengembara dan mula meminati fotografi, Hidayah menghabiskan masa lapang menonton filem dan menguruskan rumahtangga.



Baca artikel dix