Apabila menyentuh soal penyusuan, pastinya rata-rata memiliki pendapat yang berbeza mengenai kebaikan susu yang diberikan kepada bayi.
Tambahan pula dengan pelbagai virus baru, pasti ibu ayah risau dan tidak selesa terutama ibu ayah baru pertama kali.
Kami di theAsianparent Malaysia ada di sini untuk huraikan kebaikan susu ibu yang perlu anda tahu.
Kebaikan susu ibu
Gejala Coronavirus akan menjadi kurang berbahaya kepada bayi yang menerima susu badan.
Namun, bagi golongan ibu yang disyaki mengalami simptom ini, ketahanan tubuh boleh terjejas kerana serangan virus yang kuat.
Manakala, bayi yang menerima kebaikan susu ibu mendapat perlindungan yang lebih dan sekaligus mencegah dari sebarang penyakit.
Bukan itu sahaja, kelebihan susu ibu turut menjadi sebagai ”rawatan” semulajadi untuk melawan kewujudan penyakit untuk suatu jangka masa yang lama.
Walau bagaimanapun, sekiranya ibu mengalami jangkitan pernafasan, bayi turut berisiko untuk dijangkiti melalui bekalan susu ibu dan sentuhan terhadap bayi.
#1. Kadar kematian lelaki dan wanita
Menurut laporan terbaharu mencadangkan bahawa estrogen dan mereka yang memiliki kromosom X kedua memainkan peranan dalam penurunan kadar kematian bagi wanita.
Dalam pada itu, golongan lelaki adalah adalah yang paling ramai mencatatkan rekod kematian berbanding wanita.
Ujian makmal pada tikus yang dijangkiti SARS turut menunjukkan bahawa tikus betina mati lebih cepat ketika penghasilan estrogen terganggu dan ovarinya dikeluarkan.
Namun, tikus jantan tidak mengalami masalah sekiranya organ testosteron disekat.
Penyelidik dari Universiti Johns Hopkins, Sabra Klein menjelaskan bahawa mereka mendapati kebanyakan masalah pernafasan terjadi kepada kaum lelaki.
”Biarpun jumlah wanita dan lelaki yang dijangkiti lebih kurang sama, namun kadar kematian akibat penyakit ini adalah jauh lebih tinggi terhadap lelaki,” katanya.
credit to sources
Tambahnya, boleh dikatakan bahawa 2.8 peratus terjadi pada lelaki, tetapi hanya 1.7 peratus sahaja pada golongan wanita. Hal ini kerana sistem imunisasi wanita dapat mengelakkan sebarang serangan virus.
Tambahan pula, tindak balas imun terhadap vaksin adalah lebih kuat pada wanita berbanding lelaki. Malah ia melindungi daripada jangkitan penyakit baru.
Namun, menurut pakar dari Institut Kesihatan Nasional AS di New York Times, Janine Clayton, sistem imunisasi yang berfungsi dengan baik turut memiliki kemudaratan.
Sistem ketahanan tubuh yang bertindak balas dengan begitu kuat dalam kebanyakan kes akan menyebabkan penyakit autoimun seperti arthritis rheumatoid (radang sendi) dan lupus (sistem imun dalam badan akan menyerang tisu serta organ yang sihat).
#2. Mencegah kanser rahim dan payudara
Menurut kajian yang dijalankan oleh The Lancet Series, jurnal kesihatan atas talian membuktikan amalan menyusukan bayi boleh menyelamatkan nyawa si kecil.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam penyelidikannya turut mencatatkan penurunan kes kematian kanak-kanak.
Tidak hanya memberikan manfaat kepada bayi sahaja, amalan menyusukan bayi ini juga mencatatkan penurunan kadar serangan kanser rahim dan payudara dalam kalangan ibu.
Kadar penyusuan ibu terkini mencegah hampir 20 000 kematian daripada kanser payudara setiap tahun. Jumlah ini mungkin boleh meningkat sekali ganda lagi sekiranya anda mengamalkan pemberian susu badan kepada bayi.
Bukan itu sahaja, ia turut mampu menyelamatkan nyawa lebih 820 000 kanak-kanak dalam tempoh penyelidikan selama satu tahun.
Daripada jumlah itu, laporan kajian mendapati sembilan daripada 10 kanak-kanak berkenaan adalah bayi yang berumur bawah enam bulan.
Kelebihan susu ibu yang diberikan secara kerap mampu mencegah hampir separuh risiko serangan cirit-birit dan satu pertiga daripada jangkitan pernafasan.
#3. Pengurangan kes kematian mengejut
credit to sources
Kelebihan susu ibu turut mampu menurunkan kadar kematian kanak-kanak sehingga 36 peratus kematian mengejut dalam kalangan bayi.
Kajian turut mendapati amalan penyusuan ibu menurun sehingga 60 peratus penyakit paling kerap ditemui dalam kalangan bayi pramatang iaitu penyakit usus.
Selain itu, sekiranya kanak-kanak menyusu dalam tempoh yang lama, mereka terhindar dari masalah berat badan berlebihan.
Jenis susu ibu – kolostrum, hindmilk, foremilk
Kebaikan susu ibu bukan sahaja dari segi nutrisi makanan tetapi untuk ketahanan badan. Disamping itu, proses penyusuan dapat merapatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan bayi. Setiap ibu pasti mahukan bayi anda mendapat nutrisi yang terbaik untuk perkembangan tumbesarannya. Oleh itu, sangat penting terutama ibu baru mengetahui jenis susu ibu untuk membantu proses penyusuan. Ketahui lebih lanjut mengenai perbezaan jenis susu ibu.
Susu ibu terbahagi kepada 2 jenis utama, iaitu kolostrum dan susu matang. Di bawah kategori susu matang, terdapat dua sub kategori: foremilk dan hindmilk.
#Kolostrum
Susu yang terhasil daripada ibu selepas tiga hari kelahiran. Kolostrum adalah jenis susu ibu yang kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin A dan mineral. Kajian mendapati kolostrum membantu melindung bayi dari jangkitan dan memudahkan proses pembuangan air besar bayi. Oleh kerana ia bersifat laksatif, kolostrum dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium yang merupakan faktor utama terjadinya jaundis. Selain itu, kolostrum membantu mematangkan usus dan mengurangkan alergik kepada bayi.
#Foremilk (susu awal)
Merupakan susu awal yang terhasil semasa proses awal penyusuan. Kebiasaanya ia lebih bersifat cair dan mengandungi banyak air. Kandungan laktosa yang tinggi memberikan tenaga dan perkembangan otak serta membantu menghilangkan dahaga bayi. Jangan risau jika susu cair dan kurang pekat.
#Hindmilk (susu akhir)
Hindmilk dikenali sebagai susu akhir. Warnanya agak kekuningan dan lebih pekat berpandang susu foremilk. Susu hindmilk kaya dengan serat, kalori serta lemak tinggi. Ia berfungsi sebagai memberi tenaga, membantu tumbesaran dan membuat bayi berasa kenyang.
Nota: Kedua-dua jenis susu ini adalah penting untuk bayi. Foremilk dengan kandungan air dan laktosa yang tinggi adalah penting untuk tenaga, perkembangan otak bayi serta membantu menghilangkan rasa dahaga bayi manakala hindmilk membantu proses tumbesaran dan menjadikan bayi berasa kenyang.
Kesan tidak memberi bayi susu ibu
Bahaya jika bayi tidak diberikan susu ibu. Berikut adalah kesan yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar:
1. Obesiti
Bayi akan lebih cenderung mengalami masalah obesiti jika terlalu awal minum susu formula. Selain itu, bayi akan mengalami masalah alergik dan kolik jika susu formula tidak sesuai.
2. Jangkitan salur pencernaan
Susu formula lebih cenderung bayi untuk mengalami sembelit kerana bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar atau cirit birit. Disebabkan itu, doktor akan menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air supaya mengelakkan bayi dahaga. Mengurangan susu turut menjejaskan nutrien yang sepatutnya diterima oleh bayi dan menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
3. Diabetes
Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak. Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes
Nota: Susu formula juga ada kebaikan kepada ibu, sebagai contoh bebas membuat apa-apa dan tidak terikat untuk membuat aktiviti ketika bayi sedang menyusu kerana sesiapa sahaja boleh memberikan susu kepada bayi. Frekuensi penyusuan kurang kerana penghadaman susu yang perlahan, bayi akan tidur lebih lama.
Sumber: Express.co.uk, Berita Harian
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comangka-kematian
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!