Adalah perkara biasa jika bayi anda kerap muntah pada minggu-minggu awal kehidupan kerana sistem penghadaman mereka belum matang.
Tambahan pula bayi anda juga sedang belajar menyesuaikan diri dengan cara penyusuan.
Tapi bagaimana kita boleh membezakan sama ada bayi itu muntah atau hanya jeluak (mengeluarkan semula susu dengan jumlah yang sedikit)?
Bilakah ia dianggap normal dan bilakah ibu bapa perlu bergegas ke klinik untuk berjumpa doktor?
Beza antara muntah dan jeluak
Jika anda pernah nampak orang mabuk muntah teruk, sudah pasti anda tahu membezakan antara muntah dan jeluak!
Jadi apakah perbezaan antara muntah dan jeluak yang dialami bayi baru lahir?
Jeluak adalah susu yang dikeluarkan semula melalui mulut, dalam jumlah yang sedikit dan diikuti dengan sendawa.
Ini adalah perkara biasa yang selalu dialami bayi dibawah umur 1 tahun.
Manakala muntah adalah pengeluaran isi kandungan perut yang lebih kuat. Apabila seseorang muntah, otot abdomen dan diafragma akan meregang dengan kuat sambil otot perut dilonggarkan (tindakan refleks).
Mengapa bayi baru lahir muntah
Untuk beberapa bulan pertama, bayi mungkin akan jeluak atau muntah hampir setiap kali selepas menyusu.
Ini berlaku disebabkan injap esofagus ke perut bayi yang belum cukup matang untuk berfungsi dengan betul.
Injap itu akan matang apabila bayi anda kira-kira 4 – 5 bulan dan kekerapan berlaku jeluak sepatutnya berhenti apabila anak mencapai umur 1 tahun.
Sebab-sebab lain yang menyebabkan bayi baru lahir muntah termasuk:
- Mabuk kereta
- Masalah pencernaan
- Menangis berlebihan
- Batuk
- Selesema
- Jangkitan telinga
- Alahan makanan
- Jangkitan air kencing
Jika bayi anda sering jeluak, muntah atau batuk-batuk selepas menyusu sehingga lebih dari 5 kali sehari, doktor mungkin akan menyarankan ibu bapa menambahkan ejen penebalan susu.
Doktor juga mungkin akan memberi ubat antacid khas untuk bayi yang boleh dicampur kepada susu bayi.
Fungsi ubat antacid ini ialah untuk untuk meneutralkan asid dalam perut bayi anda.
Jangan meniarapkan bayi anda selepas susu
Penyebab bayi muntah
Berikut adalah beberapa sebab bayi selalu muntah yang ibu ayah perlu tahu:
1. Gangguan pencernaan
Bayi yang selalu muntah secara tiba-tiba mungkin mengalami gangguan pencernaan atau (Gastroenteritis). Yang disebabkan oleh virus. Biasanya bakteria ini terdapat daripada makanan dan air yang tercemar. Bayi akan mengalami muntah, kolik, perut kembung, diare dan sembelit. Sistem pencernaan bayi masih dalam tahap perkembangan. Oleh sebab itu, mereka sangat mudah dijangkiti. Jika masalah tersebut berlarutan dapatkan nasihat doktor.
Nota: Jangan lupa, pastikan ibu sendawakan bayi anda selepas makan atau minum susu untuk elakkan mereka memuntahkan semula makanan atau susu yang diminumnya
2. Alergi
Bayi sering muntah-muntah juga boleh disebabkan alergi pada makanan atau pada susu. Sebagai ibu anda perlu peka terhadap kandungan yang terdapat dalam susu formula bayi bagi sesetengah bayi mereka akan alergi terhadap protein yang berlebihan dalam susu yang diminumnya.
3. Makan atau minum terlalu cepat
Perut bayi yang baru lahir masih perlu masa untuk membiasakan makanan atau minuman yang masuk ke dalam perut mereka. Pada di awal usianya perut mereka masih berapa dalam proses perkembangan dan masih belajar untuk menyesuaikan diri dengan apa yang di makan dan minum.Oleh itu, jangan memaksa dan berikan mereka makan atau minum terlalu banyak dan terlalu cepat ia boleh mengakibatkan bayi muntah.
Nota: Bayi yang baru lahir perutnya boleh menerima sekurangnya 20 mililiter jika susu diberikan berlebihan dan terlalu banyak mereka akan memuntahkan semula
4. Masalah usus
Masalah usus atau apendistis yang menyebabkan usus membengkak juga menyebab bayi mengalami muntah. Mereka juga akan mengalami gejala lain seperti sakit perut. Sekiranya bayi anda kerap muntah dan menangis. Dapatkan pemeriksaan doktor untuk rawatan lebih lanjut jangan biarkan masalah ini berpanjangan.
5. Refleks muntah
Biasanyan bayi akan sensitif terhadap makanan yang mereka tidak suka. Jika terdapat campuran ubat-ubatan dalam susunya mereka akan cepat memuntahkan semula. Ibu ayah perlu mencari jalan atau cara lain supaya bayi anda tidak memuntahkan semula susu yang diminumnya.
6. Keracunan
Keracunan juga menyebabkan bayi muntah-muntah perhatikan mereka jika sering muntah, menangis dan hilang selera makan. Mungkin mereka mengalami keracunan. Jika bayi anda mengalami gejala seperti ini dapatkan segera pemeriksaan daripada doktor.
Tips mengurangkan muntah
Jika ibu bapa ingin mengurangkan kekerapan bayi jeluak atau muntah, berikut ada beberapa langkah mudah yang anda boleh cuba:
Langkah 1 – Setelah menyusu, dukung bayi anda secara menegak selama kira-kira 30 minit
Langkah 2 – Elak sebarang tekanan pada perut bayi selepas makan untuk 30 minit, contohnya carseat.
Langkah 3 – Kerapkan menyendawakan bayi anda untuk membuang angin di dalam perut.
Langkah 4 – Jangan biar anak bermain terlalu aktif selepas menyusu.
Bila ibu bapa perlu bimbang?
Jika anak menunjukkan tanda-tanda berikut, anda harus membawanya berjumpa doktor dengan segera:
- Mata yang kelihatan tenggelam
- Kurang daripada 5 lampin basah sehari
- Kulit, mulut, dan lidah yang kering
- Fontanelle yang tenggelam (bahagian lembut di kepalanya)
- Tidak mahu menyusu
- Muntah tanpa berhenti lebih dari 4-6 jam
- Cirit-birit sampai 6 kali dalam satu hari
- Pernafasan yang cepat
- Kulit yang sejuk dan berwarna kelabu
- Muntah hijau
Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD)
Dr Chua Mei Chien, seorang Perunding Kanan di Jabatan Neonatologi KKH, mengatakan ibu bapa tidak perlu bimbang jika bayi mereka jeluak atau mengeluarkan sedikit susu.
“Sekiranya bayi masih aktif, dengan berat badan yang baik dengan pemakanan dan pola tidur yang normal, ibu bapa tidak perlu bimbang.”
Walaubagaimanapun, jika bayi anda sering muntah, tidak mahu menyusu, kuat merengek dan menangis semasa atau selepas menyusu, suka membengkokkan badan ke belakang serta mempunyai berat badan yang kurang baik, ini adalah tanda-tanda Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD).
Bayi dengan GERD mungkin menunjukkan gejala berikut:
- Ketidakselesaan dan kesakitan
- Masalah pernafasan dalam apa jua bentuk (tercekik, batuk, atau pernafasan berdehis)
- Pneumonia disebabkan penyedutan kandungan perut ke dalam paru-paru
- Tidak berkembang dengan baik kerana tidak nutrien yang mencukupi
Sekiranya anda mendapati bayi anda mempunyai gejala-gejala ini, anda harus membawanya berjumpa pakar pediatrik untuk menentukan sama ada anak mempunyai GERD.
Muntah-muntah biasa dan jeluak akan berkurang dengan masa dan berhenti sebelum anak berusia 1 tahun.
Walau bagaimanapun, ikutlah naluri anda dan bawa anak untuk diperiksa jika anda mempunyai sebarang kebimbangan.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Bayi Muntah Susu Selalu? Ini 5 Sebab Utama Yang Patut Anda Risau
Baca juga: Bayi Muntah Menyembur, Normal Atau Bahaya? 6 Tanda Ibu Ayah Perlu Peka!
Baca juga: “Boleh Ke Bayi Saya Tersedak Susu Semasa Dia Tidur?”
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!