Tips Untuk Menyendawakan Bayi Selepas Minum Susu

Bunyi yang paling mengembirakan di dunia, adalah bunyi bayi yang bersendawa dengan kuat apabila ibu bapa berjaya menyendawakan bayi mereka.
Pernahkah bayi anda merengek apabila ataupun selepas mereka minum susu? Ataupun enggan menyusu walaupun minum sedikit sahaja?
Mengapa saya perlu tahu cara menyendawakan bayi saya?
Apabila bayi menyusu, kemungkinan besar dia tertelan sedikit udara bersama-sama dengan susu ibu atau formula. Udara yang terperangkap dalam perut boleh memberi ilusi rasa kenyang serta menyebabkan bayi rasa kembung dan tidak selesa.
“Ini lebih kerap berlaku kepada bayi yang menyusu dengan botol, kerana mereka minum dengan lebih cepat,” kata Dr Landau. “Tetapi bayi yang minum susu payudara ibu menelan udara juga, terutamanya jika ibu mempunyai susu yang banyak atau bayi itu sangat lapar dan ingin minum dengan cepat.”
Apakah posisi paling baik dan cara menyendawakan bayi?
Sandarkan pada bahu – Dukung bayi dengan tangan dan sandarkan bayi pada bahu. Tepuk belakang bayi secara perlahan-lahan sehingga bayi itu bersendawa:

Sumber: Francesca Russell
Cara meniarap – Tiarapkan bayi atas paha. Pegang bahagian dada dengan sebelah tangan kemudian tepuk dan urut belakang bayi dengan perlahan-lahan:

Sumber: BabyCare Mag
Dudukan Bayi atas paha – Dudukan bayi atas paha atau di pangkuan anda dan sokong bahagian bawah tulang rahang bayi tersebut dengan sebelah tangan. Tepuk atau urut belakang bayi dengan perlahan-lahan sehingga bayi bersendawa.

Sumber: Pinterest
Tips untuk menyendawakan bayi
- Lindungi pakaian anda dengan kain apabila menyendawakan bayi
- Selalu sediakan kain, atau bib dalam jangkauan tangan sekiranya bayi muntah.
- Tepukan yang lembut atau gosokkan biasanya boleh menyebabkan sendawa itu keluar, tetapi untuk sesetengah bayi mungkin tepukan yang kuat sedikit diperlukan.
- Tumpukan tepukan anda pada bahagian kiri belakang bayi, kerana perut bayi terletak berdekatan situ.
- Jika bayi merengek semasa menyusu, ini mungkin disebabkan oleh rasa tidak selesa dari udara yang ditelan. Berhenti menyusu sebentar dan cuba sendawakan bayi dulu sebelum memberinya susu lagi.
Sumber: What To Expect, Parents
9 cara mandikan bayi 2 bulan ke atas dengan betul, barulah bayi selesa!
Adakah normal jika bayi saya selalu sedu? Apa saya boleh buat?
Sains Buktikan Isteri Yang Selalu Diurut Suami Lebih Ceria, Kurang Stres, Lebih Yakin!
Doktor Pediatrik Ini Kongsikan Cara Merangsang Anak Kecil Mula Bercakap, Jom Cuba Parents!