X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Sendawakan Bayi Dengan Mudah & Berkesan, Ini Posisi Terbaik Ibu Boleh Cuba!

6 min bacaan
Cara Sendawakan Bayi Dengan Mudah & Berkesan, Ini Posisi Terbaik Ibu Boleh Cuba!

Sebaik menimang cahaya mata pertama tentu banyak perkara baru yang anda perlu ketahui bukan? Cara sendawakan bayi adalah salah satunya.

Sebaik menimang cahaya mata pertama tentu banyak perkara baru yang anda perlu ketahui bukan? Cara sendawakan bayi adalah salah satu daripadanya. Sebelum ini, anda mungkin tidak pernah terfikir pun ia antara perkara yang penting untuk ibu ayah tahu. 

Malah, cara sendawakan bayi baru lahir boleh dikatakan bukanlah satu perkara yang mudah. Kadang-kadang lepas menyusu bayi terus tidur, perlu ke sendawakan bayi ketika dia tidur? Dan kalau perlu, bagaimana pula caranya?

Banyak sebenarnya cara sendawakan bayi. Namun, mungkin agak sukar bagi ibu ayah baharu. Ada pelbagai cara yang diajar, nia termasuklah menegakkan badan bayi ke bahu anda dan tepuk-tepuk perlahan belakang mereka. 

Isi Kandungan

  • Mengapa Perlu Sendawakan Bayi?
  • Bila Perlu Sendawakan Bayi Anda?
  • Apakah Posisi Paling Baik dan Cara Sendawakan Bayi?
  • Tips Sendawakan Bayi
  • Jika Bayi Tidak Sendawa & Terus Tidur Apa Perlu Saya Buat?
  • Bila Anda Boleh Berhenti Sendawakan Bayi?
  • Tips Lain Untuk Buat Bayi Keluarkan Angin

Mengapa Perlu Sendawakan Bayi?

cara sendawakan bayi, cara sendawakan bayi baru lahir, sendawakan bayi

Apabila bayi menyusu, kemungkinan besar dia tertelan sedikit udara bersama-sama dengan susu ibu atau formula. Udara yang terperangkap dalam perut boleh memberi ilusi rasa kenyang serta menyebabkan bayi rasa kembung dan tidak selesa.

Menurut pakar, ini lebih kerap berlaku kepada bayi yang menyusu dengan botol, kerana mereka minum dengan lebih cepat.

Tetapi bayi yang minum susu ibu menelan udara juga, terutamanya jika ibu mempunyai susu yang banyak atau bayi itu sangat lapar dan ingin minum dengan cepat.

Bila Perlu Sendawakan Bayi Anda?

Akademi Pediaktrik Amerika (AAP) menyarankan ibu ayah untuk sendawakan bayi dengan kerap, walaupun si kecil tidak menunjukkan bahawa mereka tidak selesa atau mengeluarkan sebarang gas apabila anda sendawakan mereka. 

Jika anda menyusukan bayi, sendawakan anak anda sebelum menukar posisi payudara. Manakala, jika anda memberikan susu formula kepada bayi anda pula, anda boleh sendawakan si manja anda dalam selangan penyusuan. Mungkin setiap 2 hingga 3 auns bagi bayi baru lahir sehingga kira-kira 6 bulan. Selain itu, jangan lupa sendawakan juga bayi anda selepas mereka selesai menyusu ya!

Apakah Posisi Paling Baik dan Cara Sendawakan Bayi?

#1 Sandarkan pada bahu

Dukung bayi dengan tangan dan sandarkan bayi pada bahu. Tepuk belakang bayi secara perlahan-lahan sehingga bayi itu bersendawa.

#2 Cara meniarap

Tiarapkan bayi atas paha. Pegang bahagian dada dengan sebelah tangan kemudian tepuk dan urut belakang bayi dengan perlahan-lahan.

cara sendawakan bayi, cara sendawakan bayi baru lahir, sendawakan bayi

#3 Dudukkan bayi atas paha

Dudukkan bayi atas paha atau di pangkuan anda dan sokong bahagian bawah tulang rahang bayi tersebut dengan sebelah tangan. Tepuk atau urut belakang bayi dengan perlahan-lahan sehingga bayi sendawa.

Tips Sendawakan Bayi

Lindungi pakaian anda dengan kain apabila menyendawakan bayi. Selalu sediakan kain, atau bib dalam jangkauan tangan sekiranya bayi muntah.

Tepukan yang lembut atau gosokan biasanya boleh menyebabkan sendawa itu keluar, tetapi untuk sesetengah bayi mungkin tepukan yang kuat sedikit diperlukan.

Tumpukan tepukan anda pada bahagian kiri belakang bayi, kerana perut bayi terletak berdekatan situ.

Jika bayi merengek semasa menyusu, ini mungkin disebabkan oleh rasa tidak selesa daripada udara yang ditelan. Berhenti menyusu sebentar dan cuba sendawakan bayi dulu sebelum memberinya susu lagi.

Sekiranya bayi anda tidak bersendawa setelah beberapa minit, ubah posisi bayi dan cubalah buat bayi sendawa selama beberapa minit sebelum menyusu lagi. Sentiasa sendawakan bayi anda sebaik selepas menyusu. 

Jika Bayi Tidak Sendawa & Terus Tidur Apa Perlu Saya Buat?

Untuk mengelakkan susu kembali naik, dukung bayi anda dalam keadaan tegak setelah memberi minum susu selama 10 hingga 15 minit, atau lebih lama jika bayi anda terjeluak atau mengalami GERD serta asid refluks.

Tetapi jangan risau jika bayi anda kadang-kadang termuntah atau terjeluak. Ia akan melegakan perut mereka yang mungkin penuh dengan angin atau udara. 

Kadang-kala bayi anda mungkin terbangun kerana angin dalam perut mereka. Dengan mengangkat bayi anda untuk bersendawa mungkin akan membuatnya tidur semula.

Semasa bayi anda semakin membesar, jangan risau jika anak anda tidak bersendawa semasa atau selepas setiap kali makan. Biasanya, ini bermakna bayi anda telah belajar makan tanpa menelan lebihan udara.

Bayi dengan kolik kerap menangis kira-kira 3 jam atau lebih. Ini mungkin menandakan perut mereka berangin kerana menelan terlalu banyak udara semasa menangis dan ia menjadikan bayi menjadi lebih tidak selesa. Jadi ini membuatkan bayi anda sering cranky ketika menyusu.

Apa yang anda boleh lakukan adalah sentiasa tinggikan kepala bayi anda ketika menyusu dan selepas menyusu dukung bayi anda dengan posisi kepala di bahu anda. Ini dapat mengurangkan gas terperangkap di dalam badan bayi. 

Bila Anda Boleh Berhenti Sendawakan Bayi?

Tiada umur yang tertentu untuk berhenti sendawakan bayi. Tetapi apabila bayi anda semakin membesar dan sistem penghadaman mereka semakin baik, sendawa bukan lagi menjadi suatu keperluan.

Anda mungkin akan melihat perubahan ini apabila bayi berusia sekitar 4 hingga 6 bulan, iaitu apabila bayi anda mula makan makanan pejal. Walau bagaimanapun, jika anda perasan bayi anda masih mengeluarkan angin, maka teruskan sahaja sendawakan bayi anda sehingga anda rasa ia tidak diperlukan lagi. 

Tips Lain Untuk Buat Bayi Keluarkan Angin

cara sendawakan bayi, cara sendawakan bayi baru lahir, sendawakan bayi

Jika sendawa tidak membantu melegakan ketidakselesaan pada bayi anda, cuba posisi dan teknik lain untuk mengeluarkan gas.

Antaranya adalah ibu ayah boleh membantu membuat urutan bayi atau menolak kaki ke depan dan ke belakang apabila bayi berbaring. Selain itu, anda juga boleh membiarkan bayi berada di perut anda semasa dia terjaga untuk membantu mengeluarkan angin. 

Anda juga boleh cuba memeriksa punca gas atau angin berlebihan. Contohnya, jika anda menyusu, sesuatu dalam diet anda mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut bayi. Antaranya adalah bahan tenusu, keju atau ais krim.

Cara lain yang boleh anda cuba juga adalah dengan tidak terlalu menggoncangkan botol susu bayi anda sebelum memberikan terus kepada si kecil.

Ini kerana, goncangan tersebut boleh menambahkan banyak udara pada susu. Pemilihan puting botol susu yang sesuai dengan usia mereka juga penting ya! Dalam pada itu, anda juga mungkin boleh cuba menukar botol susu yang direka untuk mengurangkan jumlah udara di dalam botol.

Jika cara-cara di atas masih tidak membantu mengurangkan kelegaan pada bayi, mungkin anda boleh jumpa pakar kanak-kanak untuk dapatkan ubat tertentu yang disarankan oleh mereka.  

Semoga bermanfaat!

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
  1. Parents (Jan 12, 2022). How to Burp a Newborn Baby. www.parents.com/baby/care/burping/baby-burping-what-you-should-know/
  2. What to Expect (June 15, 2021). How to Burp Your Baby: Basics, Tips and Positions. www.whattoexpect.com/first-year/baby-care/how-to-burp-your-baby/

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Muntah Susu Selalu? Ini 5 Sebab Utama Yang Patut Anda Risau

Baca juga: Gripe Water Untuk Masalah Colic Dan Perut Kembung, Selamat Atau Tidak?

Baca juga: Penyakit Gerd Pada Bayi, Anak Menderita Kerana Muntah Kerap – Awas, Ibu Harus Ambil Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Cara Sendawakan Bayi Dengan Mudah & Berkesan, Ini Posisi Terbaik Ibu Boleh Cuba!
Kongsikan:
  • Bila Sepatutnya Sendawakan Bayi? Penting Untuk Ibu Bapa Tahu, Boleh Elak Bayi Tersedak

    Bila Sepatutnya Sendawakan Bayi? Penting Untuk Ibu Bapa Tahu, Boleh Elak Bayi Tersedak

  • Penting Sendawakan Bayi, Ibu Ayah Ini Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir

    Penting Sendawakan Bayi, Ibu Ayah Ini Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Bila Sepatutnya Sendawakan Bayi? Penting Untuk Ibu Bapa Tahu, Boleh Elak Bayi Tersedak

    Bila Sepatutnya Sendawakan Bayi? Penting Untuk Ibu Bapa Tahu, Boleh Elak Bayi Tersedak

  • Penting Sendawakan Bayi, Ibu Ayah Ini Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir

    Penting Sendawakan Bayi, Ibu Ayah Ini Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.