X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sunat Bayi Perempuan Disaran Buat Lebih Awal, Cara Penjagaannya Mudah & Cepat Sembuh

4 min bacaan
Sunat Bayi Perempuan Disaran Buat Lebih Awal, Cara Penjagaannya Mudah & Cepat Sembuh

Sunat bayi perempuan adalah wajib mengikut mazhab Syafie. Kebanyakan doktor menyarankan ibu ayah sunat bayi seawal usia yang mungkin

Sebaik sahaja menimang cahaya mata perempuan, ibu ayah pasti tertanya-tanya bila waktu sesuai sunat bayi perempuan. Adakah perlu menunggu usianya mencapai tiga bulan atau sebelum dua tahun?

Menurut Pegawai Perubatan Poliklinik MyNur, Dr Phia Mujer menjelaskan tempoh yang paling sesuai untuk sunat bayi perempuan adalah selepas dilahirkan sehingga usianya dua tahun. Ada juga pendapat mengatakan ia sesuai dilakukan selepas bayi berusia 3 bulan.

Hukum sunat bayi perempuan

bayi perempuan sunat

Amalan bersunat atau khitan bayi perempuan sebenarnya sudah lama menjadi amalan masyarat dahulu termasuklah dalam kalangan bangsa Arab.

Pada zaman Rasulullah, amalan ini telah wujud dan Baginda mengiktiraf amalan khitan bayi perempuan.

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda dengan maksud:

“Nabi Ibrahim A.S berkhatan dengan menggunakan Qaddum (alat seperti kapak kecil) ketika umur baginda 80 tahun.”- (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan juga Muslim)

Hadis tersebut jelas menyatakan bahawa amalan khitan merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S.

Bagi yang mendakwa bayi perempuan sunat ini bukanlah suatu perkara wajib dalam Islam, ia sebenarnya kurang tepat. Hal ini kerana Rasulullah telah bersabda dengan maksud:

“Dan apabila bertemunya dua khitan (iaitu kemaluan lelaki dan juga kemaluan wanita), maka wajiblah untuk mandi.”

Dalam hadis ini, ia menunjukkan bahawa bukan kaum lelaki sahaja yang wajib berkhatan, tetapi juga kepada kaum perempuan.

Mazhab Syafie’ menjelaskan hukum yang paling masyhur berkenaan berkhitan bagi perempuan ini adalah wajib, dan ia juga telah diputuskan oleh Imam Syafie’ sendiri.

Kaedah atau cara sunat bayi perempuan

perempuan sunat

Berkhatan, berkhitan atau sunat perempuan adalah prosedur yang selamat, tidak menyakitkan dan tidak menjejaskan perkembangan bayi.

Namun bayi perempuan sunat dan bayi lelaki sunat adalah berbeza. Hal ini kerana prosesnya lebih mudah dan cepat. Ia hanya memotong sebahagian kecil selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris.

Prosesnya yang sedikit sahaja tidak mencacatkan atau mencederakan bayi.

Menurut Dr Phia, terdapat tiga cara yang biasa dilakukan oleh pakar perubatan untuk berkhitan iaitu menggunakan peralatan tajam seperti:

  • pisau
  • gunting
  • jarum disterilkan

Jelasnya, ketiga-tiga kaedah ini tidak mendatangkan kecederaan secara keterlaluan. Ia hanya memotong sebahagian kecil daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing, iaitu pada bahagian kelentit atau klitoris.

''Kaedah yang betul hanya membuang prepuce atau lebih kulit pada bahagian klitoris. Tiada jahitan dilakukan pada kemaluan, malah prosesnya sangat ringkas dan tidak sepatutnya menyakitkan,'' kata Dr. Phia.

Kebiasaannya, proses penyembuhan bayi perempuan sunat ini hanya mengambil masa dua hingga lima hari sahaja. Namun jika ibu ayah memilih teknik menggunakan pisau atau gunting, pemulihannya lebih cepat dan tiada kesukaran penjagaan luka.

Persediaan ibu ayah sebelum bayi perempuan sunat

sunat bayi perempuan

  1. Sebelum anda membawa bayi perempuan sunat, si manja hendaklah dalam keadaan sihat dan bebas jangkitan seperti demam, respiratori atau jangkitan di bahagian kemaluan
  2. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu mengenai kesesuaian umur dan keadaan kesihatan semasa. Sebaiknya, carilah doktor berpengalaman dan mahir mengendalikan proses ini
  3. Bawa beberapa keping lampin baharu. Biasanya klinik akan meminta ibu ayah memakaikan lampin baru sebelum mula sunat bayi perempuan.

Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa wajib hukumnya bagi lelaki dan perempuan sunat.

  • Bagi lelaki, bahagian kulit yang menutupi hasyafah (kepala zakar).
  • Bagi perempuan, bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris), yang seperti balung ayam jantan.
  • Bagi perempuan disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja, dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation
    yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris. Bahkan perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan berdasarkan pendapat Imam Shafie memutuskan berkhitan hukumnya wajib bagi perempuan. Tetapi sekiranya boleh membawa kemudaratan pada diri maka ia perlu dielakkan. 

Semoga bermanfaat!

Harian Metro, Mufti WP

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Himpunan Nama Bayi Perempuan Islam Bermula Huruf A Hingga F Yang Indah & Ringkas

Baca juga:  Bersalin Bayi Lelaki Terbukti Lebih Sakit Berbanding Bayi Perempuan! - Kajian

Baca juga:  Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Sunat Bayi Perempuan Disaran Buat Lebih Awal, Cara Penjagaannya Mudah & Cepat Sembuh
Kongsikan:
  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

    Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

  • Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

    Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

  • ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

    ''Tidak Semua Ibu Direzekikan Menyusu Badan,'' Uyaina Arshad Dedah Anak Ada Masalah Tongue Tie

  • Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

    Kandungan 9 Minggu, Organ Dalaman Janin Mula Membentuk, Ibu Kena Rajin Makan Vitamin Ya!

  • Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

    Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.