TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Sunat Atau Khatan Anak Lelaki Sesuai Dilakukan Seawal Usia Bayi, Ini Sebabnya

4 min bacaan
Sunat Atau Khatan Anak Lelaki Sesuai Dilakukan Seawal Usia Bayi, Ini Sebabnya

Sunat atau khatan bukan sekadar tuntutan agama, malah ada manfaatnya untuk kesihatan. Namun bilakah sebaiknya khatan dilakukan?

Sunat atau berkhatan adalah satu prosedur yang dilakukan bagi membuang lebihan kulit iaitu kulup atau tisu yang meliputi kepala zakar. Apabila kulit kulup ini dibuang, bahagian hujungnya akan terdedah. 

Ia bukan sekadar tuntutan agama semata-mata, malah menjadi ikutan negara lain kerana mempunyai banyak manfaatnya, baik dari agama mahupun kesihatan. 

Biasanya sunat dilakukan pada usia sekitar 12 tahun tetapi trend semasa mendapati bahawa lebih ramai ibu bapa memutuskan untuk anak berkhatan pada seawal usia bayi kerana lebih senang untuk dijaga dan tidak banyak ragamnya.

Isi Kandungan

  • Sebab anak lelaki perlu sunat untuk kesihatan
  • Berapa lama luka berkhatan sembuh
  • Teknik sunat 
  • Bila anak lelaki perlu sunat?

Sebab anak lelaki perlu sunat untuk kesihatan

sunat anak lelaki

Berikut adalah antara beberapa sebab kenapa anak lelaki perlu bersunat, iaitu:

  • Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing dan beberapa penyakit seksual berjangkit ketika dewasa
  • Perlindungan terhadap kanser zakar dan mengurangkan risiko kanser serviks pada pasangannya
  • Pencegahan balanitis (keradangan pada kulit kepala zakar) dan balanoposthitis (radang kulup dan kepala zakar)
  • Pencegahan phimosis (ketidakmampuan untuk menarik kembali kulup) dan paraphimosis (ketidakmampuan untuk mengembalikan kulup ke tempat semula)
  • Kemudahan menjadi kebersihan pada hujung zakar

Setelah selesai berkhatan, penting untuk ibu bapa tahu tentang cara penjagaan yang betul supaya luka cepat sembuh. 

Berapa lama luka berkhatan sembuh

Luka berkhatan sembuh sekitar 4 hingga 5 hari, tetapi ia bergantung kepada cara penjagaan selepas berkhatan. Dan boleh memakan tempoh yang lama antara 10 hingga 14 hari.

Namun, kebiasaannya benang jahitan akan terurai sendiri dalam tempoh 1 minggu. 

Teknik sunat 

Ada bermacam kaedah untuk melakukan sunat, antara teknik sunat yang menjadi pilihan adalah:

1. Dorsal slit atau Freehand 

Teknik ini merupakan teknik konvensional dan memerlukan jahitan. Alat yang digunakan untuk membuang kulup ialah gunting atau diathermy.

2. Clamp

Teknik sunat moden ini menggunakan peranti seperti Alisklamp, Ismailclamp, Smartklamp. Cara ini lebih cepat, mudah dan bersih.

Yang paling penting, teknik ini tidak memerlukan sebarang jahitan dan mudah dijaga.

3. Sutureless

Teknik ini masih jarang digunakan. Ia hanya menggunakan gam tisu dermabond tanpa perlu dijahit.

4. Gun stapler

Gabunagn teknik klamp dan jahitan. Tetapi, ia sangat jarang digunapakai. 

Bila anak lelaki perlu sunat?

sunat bayi

Di Malaysia pada umumnya, kebanyakan ibu bapa melaksanakan ritual sunat bagi anaknya ketika ia menginjak usia baligh atau ketika usia sekitar 12 tahun ke bawah.

Padahal, jika ibu bapa memutuskan untuk melakukan khitan pada anaknya, sebaiknya dilakukan ketika anak masih bayi. Kerana semakin besar kanak-kanak, semakin berisiko pula prosedur berkhatan yang dilakukan.

Prosedur sunat yang dilakukan pada bayi (biasanya pada 10 hari pertama selepas lahir) hanya memerlukan masa 5 hingga 10 minit. Sedangkan pada anak yang sudah besar, prosesnya boleh mencapai 1 jam.

Khatan pada anak yang sudah besar juga memberikan peningkatan beberapa risiko, seperti:

  • Rasa sakit dan nyeri yang lebih lama
  • Pendarahan dan jangkitan
  • Iritasi pada kepala zakar
  • Peningkatan risiko cystitis (radang pembukaan zakar) dan kecederaan zakar

Sementara, khatan yang dilakukan semasa bayi dapat mengelakkan kanak-kanak daripada trauma akan rasa sakit. Selain itu rawatan pasca sunat juga lebih mudah dilakukan kerana bayi baru lahir tidak terlalu banyak bergerak.

Namun, bukan bererti bayi tidak merasakan kesakitan selepas bersunat. Oleh itu, ibu bapa harus tetap menjaga kebersihan dan keselesaan di daerah kelamin bayi.

Biasanya doktor akan memberikan salap antibiotik untuk disapu pada zakar bayi tiap kali tukar lampin untuk 1 hingga 2 hari pertama selepas sunat.

Semoga  bermanfaat!

mStar, siraplimau

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sunat Bayi Perempuan Disaran Buat Lebih Awal, Cara Penjagaannya Mudah & Cepat Sembuh

Baca juga: Cara Penjagaan Selepas Berkhatan Bayi Lelaki & Perempuan, Luka Sunat Cepat Sembuh

Baca juga: Makanan Pantang Bersunat Yang Simple, Bantu Luka Anak Cepat Kering & Pulih

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Putri Fitria

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Sunat Atau Khatan Anak Lelaki Sesuai Dilakukan Seawal Usia Bayi, Ini Sebabnya
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham