Wah, anak lelaki kesayangan anda dah bersunat! Ramai juga ibu bapa yang memilih untuk membawa anak mereka berkhatan dari bayi. Selalunya, anak sunat bila besar kan? Sebelum itu, mari kita menyingkap apa maksud sunat.
Apa itu sunat?
Kredit: Pexels
Sunat adalah perbuatan ataupun prosedur untuk membuang kulit pada hujung bahagian kemaluan. Dalam Islam sendiri, sunat merupakan perkara yang dituntut dengan tujuan untuk membersihkan kemaluan.
Ibu bapa boleh memilih untuk menyunatkan anak lelaki seawal umur 7 hari ataupun sewaktu mereka sudah mula baligh. Kebanyakan ibu bapa memilih untuk menyunatkan anak mereka sewaktu anak mereka sudah meningkat besar.
Apa-apa pun ianya bergantung kepada ibu bapa. Sebab itulah, anda lihat musim cuti sekolah begitu rancak dengan kisah ibu bapa yang memilih untuk menyunatkan anak mereka pada waktu tersebut.
Tahukah anda mengenai sunat bayi perempuan?
Untuk pengetahuan anda, sunat sinonim untuk bayi lelaki tetapi tahukah anda bayi perempuan juga turut bersunat? Sunat atau khitan bagi bayi perempuan adalah cukup mudah dan tidak memerlukan sebarang jahitan. Proses sunat bayi perempuan adalah melibatkan pembuangan lebihan kulit pada bahagian klitoris dan ianya tidak menyakitkan. Untuk penyembuhan, ianya hanya mengambil masa 2 hingga 5 hari sahaja.
Kami pasti bahawa terdapat ramai ibu bapa yang memilih untuk menyunatkan anak mereka seawal bayi lagi terutamanya bagi bayi lelaki. Tidak kiralah apa jua pilihan anda untuk memilih sama ada anak anda perlu disunatkan sejak bayi ataupun sewaktu mereka besar. Ibu bapa perlu membuat persiapan dalam menjaga bayi selepas mereka bersunat. Oleh itu, ada beberapa perkara yang ibu bapa perlu ambil tahu mengenai keadaan bayi mereka selepas bersunat. Ingin tahu lebih lanjut? Jom kita baca!
Proses sunat bagi bayi lelaki
Kredit: Pexels
Dalam proses bersunat, doktor akan membuang kulit pada hujung kemaluan anak anda. Menerusi proses ini, kulit pada kepala zakar akan dibuang yang kemudiannya akan menunjukkan kepala zakar. Proses bersunat ini hanya akan mengeluarkan sedikit darah akibat pembuangan lebihan kulit dan seperti sunat bayi perempuan, ianya tidak memerlukan sebarang jahitan. Selepas kulit dibuang, bahagian hujung kemaluan akan dilapik dengan balutan. Anak anda akan sembuh dalam masa seminggu hingga ke 10 hari.
Untuk kanak-kanak lelaki yang mencapai umur baligh, prosedur yang sama diperlukan tetapi ianya lebih menyeluruh berbanding untuk proses sunat bayi lelaki. Pasti terdapat ibu bapa yang menyangkakan penjagaan untuk sunat bayi lelaki adalah rumit tetapi sebenarnya, ianya mudah sahaja.
Baca Juga: Ibu Kongsi Pengalaman Bawa Bayi Lelaki Sunat Seawal 2 Bulan, Lebih Senang Jaga Kata Mereka!
Panduan menjaga bayi selepas sunat
Ini dia cara mudah untuk anda menjaga bayi selepas bersunat.
#1 Jangan buka balutan
Selepas anda bawa anak anda pulang daripada bersunat, jangan sesekali buka balutan kerana lukanya masih baru. Sebaiknya tunggulah semalam ataupun 24 jam sebelum anda buka balutan. Jika anda nak mandikan anak anda pun, jangan buka balutan tersebut. Cukuplah sekadar membersihkan badannya dengan lap badannya sahaja.
#2 Tukar balutan
Anda perlu menukar balutan pada luka anak anda setiap kali anda menukar lampinnya selama 7 hari. Kebiasaannya, balutan akan terbuka setiap kali anak anda kencing, jadi anda boleh menukarkannya pada waktu tersebut. Kemaluan anak anda perlulah dibalut untuk mengelakkan kemaluan anda yang telah disunat bertemu dengan lampin kerana ia akan menyebabkan bayi anda tidak berasa selesa.
#3 Beri ubat menurut saranan doktor
Kredit: Pexels
Bergantung kepada doktor anda, doktor akan membekalkan ubat dan juga ubat sapu kepada anda. Setiap kali, anda menukar balutan, sapukan sekali ubat sapu untuk memastikan kawasan luka kering. Apa apa pun, ikut saranan doktor anda.
Jangan sesekali cuci kawasan luka dengan sabun ataupun dengan menggunakan tisu basah.
#4 Pastikan kawasan bersih
Ini paling penting sekali! Pastikan tidak ada sebarang kesan najis pada bahagian luka sewaktu anda mencuci atau menukar lampin anak anda. Jika ada, lapkan bahagian tersebut dengan lembut dengan menggunakan air suam dan biarkan bahagian tersebut kering. Pastikan juga ianya kering sebelum anda meletakkan balutan untuk mengelakkan sebarang iritasi pada kulit khatan bayi.
#5 Penjagaan sewaktu tidur
Pastikan bila anak anda tidur bahawa anak anda tidak meniarap. Anda juga harus memastikan bahawa anak anda tidur dalam keadaan terlentang dan juga tidak ada sebarang perkara yang mengganggu kawasan balutan. Berhati-hati sewaktu mengangkat bayi anda.
#6 Pantau keadaan luka
Kebiasaannya apabila anak anda sudah bersunat, bahagian hujung kemaluannya akan menjadi kemerahan. Ini memang normal! Jangan risau. Jika ada seperti cairan berwarna kuning atau sedikit darah, ia juga perkara biasa. Tetapi jika anak anda mempunyai simptom-simptom seperti berikut, sila bawa anak anda berjumpa dengan doktor segera.
- Kemerahan berterusan pada kemaluan selepas tempoh 5 atau 6 hari
- Pendarahan berterusan pada kemaluan
- Bau yang kurang menyenangkan
- Demam
- Bengkak
- Masalah untuk kencing
Sumber: whattoexpect
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: 7 tips agar sunat cepat sembuh untuk kanak-kanak lelaki – Perkongsian doktor
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!