X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Sudah Ada Deria Sentuh Sejak Minggu Ke-8 Kehamilan, Adakah Mereka Boleh Rasa Sakit?

6 min bacaan
Bayi Sudah Ada Deria Sentuh Sejak Minggu Ke-8 Kehamilan, Adakah Mereka Boleh Rasa Sakit?

Deria sentuh bayi sebenarnya bermula dari dalam perut ibu seawal minggu ke-8 kehamilan berbanding deria-deria lain.

Tahukah anda? Sebelum bayi anda boleh menghidu, merasa, melihat atau mendengar, bayi sudah mempunyai deria sentuh yang baik. Deria sentuhan menjadi satu perkara atau alat yang paling awal untuk si kecil anda belajar mengenai dunia sekelilingnya. 

Sejak dari dalam rahim lagi, kulit merupakan organ deria janin pertama yang berkembang dan deria paling matang semasa dilahirkan. Malah, seawal enam hingga lapan minggu selepas janin menempel dalam rahim, janin memberi tindak balas kepada rangsangan kulitnya yang baharu terbentuk.

Selama 9 bulan di dalam perut si ibu, bayi dilindungi dalam rahim ibu yang selamat dan disebabkan itulah bayi terasa lebih selamat dan hangat ketika dibedung menggunakan kain selepas lahir. 

Isi Kandungan

  • Apakah Deria Sentuhan?
  • Apakah Deria Pertama yang Berkembang Pada Bayi dalam Kandungan?
  • Bilakah Janin Boleh Berasa Sakit?
  • Bagaimana untuk Menggalakkan Deria Sentuhan Bayi Anda?

Apakah Deria Sentuhan?

deria sentuh, reseptor kulit, deria sentuhan, rangsangan

Sebaik dilahirkan, sentuhan memainkan peranan penting bagi menenangkan bayi anda. Jadi, jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai deria sentuh bayi menerusi perkongsian pada artikel ini.

Untuk bayi anda merasai kehangatan badan anda, dia memerlukan apa yang dikenali sebagai sistem somatosensori. Pada asasnya, ia adalah rangkaian reseptor sentuhan yang tersebar di seluruh badan yang menyambung kembali ke otak melalui sel saraf.

Setiap reseptor kulit dicipta secara unik untuk merasai satu komponen sentuhan seperti suhu, tekanan atau kesakitan.

Bagi orang dewasa, hampir setiap bahagian badan mempunyai reseptor ini, termasuklah di bawah kulit jari bagi merasakan benda yang anda sentuh, di seluruh perut (yang membuatkan anda terasa sakit perut), serta di bibir dan lidah anda yang membantu anda merasa apa yang anda makan.

Jadi deria ini sebenarnya sudah berkembang sejak minggu ke-8 bayi dalam kandungan ibunya.

Apakah Deria Pertama yang Berkembang Pada Bayi dalam Kandungan?

Sentuhan merupakan deria pertama yang berkembang pada bayi anda sebelum deria bau, rasa, penglihatan dan pendengaran. Bahagian sistem somatosensori mula terbentuk hanya beberapa minggu selepas konsepsi.

Menjelang minggu ke-8 kehamilan, bayi anda telah mula mempunyai reseptor sentuhan di muka yang kebanyakannya pada bahagian bibir dan hidungnya, yang kemudiannya bersambung ke otaknya yang semakin membesar.

Dalam beberapa bulan akan datang, reseptor sentuhan mula terbentuk di seluruh badan, termasuk alat kelamin, tapak tangan dan tapak kakinya pada minggu ke-12 dan perut pada minggu ke-17. Menjelang minggu ke-32, setiap bahagian badan janin telah mendapat deria sentuhan.

Dengan merasakan rangsangan dalam rahim (contohnya, apabila bayi mula merasakan cecair amniotik di sekelilingnya), reseptor somatosensori akan membantu membangunkan keseluruhan sistem sarafnya. Ia termasuklah saraf tunjang otak dan juga sistem penghadaman.

Bilakah Janin Boleh Berasa Sakit?

Meskipun janin yang sedang berkembang dapat merasakan sentuhan ringan, dia bagaimanapun tidak berasa sakit seperti anda. Perkara itu memerlukan bukan sahaja reseptor sentuhan, tetapi juga molekul dan laluan yang diperlukan dalam otak untuk memproses isyarat sakit.

Sambungan saraf dan struktur otak yang diperlukan untuk merasakan kesakitan tidak berkembang sehingga sekurang-kurangnya minggu ke-24 kehamilan.

Walaupun janin anda sudah mempunyai struktur fizikal yang lengkap, namun ia bukan bermakna bahawa janin anda boleh mengalami kesakitan.

Litar saraf kompleks yang diperlukan untuk membezakan antara sentuhan biasa dan sentuhan yang menyakitkan tidak berkembang sehingga pada akhir trimester ketiga kandungan.

Penyelidik berpendapat bahawa janin mungkin berasa sakit pada masa yang sama sistem somatosensori menamatkan perkembangannya iaitu kira-kira minggu ke-29 atau minggu ke-30 kehamilan. 

Bagaimana untuk Menggalakkan Deria Sentuhan Bayi Anda?

Anda boleh membantu si manja anda mengembangkan deria sentuh mereka dengan beberapa cara yang mudah namun selamat. Antaranya adalah:

#1. Bermain 

deria sentuh, reseptor kulit, deria sentuhan, rangsangan

Bermain adalah sangat penting dan boleh membantu untuk pembelajaran dan perkembangan bayi anda. Bermain dengan mainan atau objek yang selamat untuk bayi boleh membantu merangsang perkembangan deria sentuh mereka sejak masih kecil.

Contohnya, si manja anda boleh mengenalpasti tekstur yang berbeza-beza seperti kasar, licin, keras atau lembut menerusi kaedah bermain dan menyentuh pelbagai objek.

Namun peringatan untuk ibu ayah juga, pastikan objek yang sering disentuh oleh si manja itu sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan kuman atau bakteria masuk ke dalam mulut mereka.

Bayi akan lebih gemar memasukkan permainan ke dalam mulutnya. Jadi lebih baik pastikan yang barang mainan mereka bersih dan selamat.  Jika bayi anda sudah semakin membesar, maka anda boleh perkenalkan pula permainan sentuhan seperti tanah liat, pasir atau air sesuai dengan usianya. 

#2. Galakkan bayi anda untuk menggenggam objek

Usah takut, galakkan sahaja bayi anda untuk menggenggam objek selagi ia masih selamat. Biarkan ia ada pada tangan mereka selama mana yang mereka mahu.

Pada mulanya, anda hanya boleh membuka tangan bayi anda dan membantu mengusapnya dengan tekstur yang berbeza. Semasa mereka semakin membesar, mereka akan mula pass objek dari tangan ke tangan mereka sendiri secara silih berganti. 

#3. Biarkan bayi menyentuh makanan mereka

deria sentuh, reseptor kulit, deria sentuhan, rangsangan

Biarkan bayi anda menyentuh dan bermain dengan makanan mereka dengan lebih kerap ketika mereka dalam fasa ingin membesar!

Melalui cara itu, bayi anda dapat mengetahui, merasa dan meneroka pelbagai tekstur yang ada pada makanan yang mereka makan. Apabila makanan sudah masuk ke dalam mulut, bayi anda akan terus meneroka menggunakan lidah mereka pula!

Mungkin kelihatan sedikit rumit untuk anda, namun percayalah bahawa ia baik untuk perkembangan otak bayi anda. Pada peringkat ini mungkin waktu makan akan menjadikan ibu ayah lebih penat kerana anak mungkin lebih suka buat sepah.

Namun ini semua adalah perkembangan baik untuk anak bagi merangsang pelbagai sensori mereka yang sedang berkembang. 

#4. Urutan

Urutan lembut kulit ke kulit boleh meningkatkan kasih sayang ibu ayah dan bayi serta membantu ketahanan emosi mereka. Ia bagus untuk semua bayi, termasuklah bayi pramatang dan bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang rendah. 

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi bermanfaat kepada anda khususnya yang pertama kali menjadi ibu ayah! Sebaiknya, sentiasa banyakkan sentuhan dengan bayi anda bagi merangsang perkembangan mereka dan membantu si manja anda membesar dengan baik dan penuh kasih sayang.

  1. What to Expect. (June 24, 2021). What a Baby Can Feel in Utero. www.whattoexpect.com/pregnancy/fetal-development/fetal-touch/
  2. Baby Center. (May 2, 2022). Your baby’s sense of touch. www.babycenter.com/baby/baby-development/baby-sensory-development-touch_10401108#articlesection4

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:Ini Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Selepas Bayi Lahir, No.3 Paling Penting

Baca juga: 13 Aktiviti Menarik Untuk Anak Dua Tahun, Baik Untuk Rangsang Minda & Sentuhan Si Manja

Baca juga: Mak Ayah Patut Risau Bila Anak Penggeli, Doktor Kongsi Cara Merangsang Deria Sentuhan

 
Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Athirah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Sudah Ada Deria Sentuh Sejak Minggu Ke-8 Kehamilan, Adakah Mereka Boleh Rasa Sakit?
Kongsikan:
  • Lagu Kanak Kanak/ Nursery Rhymes Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Si Manja

    Lagu Kanak Kanak/ Nursery Rhymes Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Si Manja

  • 38 Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir Unik & Amat Berguna, Sesuai Untuk Baby Boy Dan Girl

    38 Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir Unik & Amat Berguna, Sesuai Untuk Baby Boy Dan Girl

  • Kolik Bayi (Colic Baby): Punca Penyakit Kolik, Tanda Bayi Kolik & Cara Mengatasi

    Kolik Bayi (Colic Baby): Punca Penyakit Kolik, Tanda Bayi Kolik & Cara Mengatasi

  • Lagu Kanak Kanak/ Nursery Rhymes Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Si Manja

    Lagu Kanak Kanak/ Nursery Rhymes Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Si Manja

  • 38 Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir Unik & Amat Berguna, Sesuai Untuk Baby Boy Dan Girl

    38 Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir Unik & Amat Berguna, Sesuai Untuk Baby Boy Dan Girl

  • Kolik Bayi (Colic Baby): Punca Penyakit Kolik, Tanda Bayi Kolik & Cara Mengatasi

    Kolik Bayi (Colic Baby): Punca Penyakit Kolik, Tanda Bayi Kolik & Cara Mengatasi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham