X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Awas! Minum Alkohol Masa Hamil Berisiko Sebabkan Kecacatan & Kematian Janin

8 min bacaan
Awas! Minum Alkohol Masa Hamil Berisiko Sebabkan Kecacatan & Kematian Janin

Minum alkohol masa hamil boleh jadi punca kecacatan janin. Lebih teruk lagi ibu hamil mungkin kehilangan bayinya.

Pengambilan alkohol semasa hamil memberi kesan negatif kepada bayi semasa dalam kandungan. Selain alkohol, merokok juga merupakan tabiat tidak sihat dan perlu dielakkan semasa hamil.

Kesan pengambilan alkohol akan menjejaskan pertumbuhan bayi semasa dalam kandungan yang mana lebih teruk ia boleh menyebabkan kematian janin. 

Dalam artikel ini, akan membincangkan kesan berbahaya minum alkohol semasa hamil.

▲▼Isi Kandungan

  • Selamatkah Minum Alkohol Semasa Hamil?
  • Bagaimana Minum Alkohol Pengaruhi Ibu Hamil
  • Bagaimana Alkohol Mudaratkan Bayi
  • Minum Alkohol Ganggu Psikologi Bayi
  • Apakah Penyakit Spektrum Alkohol Janin
  • Punca Penyakit Spektrum Alkohol Janin
  • Simptom: Penyakit Spektrum Alkohol Janin
  • Rawatan: Penyakit Spektrum Alkohol Janin
  • Cara Lindung Bayi Daripada Alkohol
  • Bagaimana Anda Boleh Mengelak Minum Semasa Hamil?

Minum Alkohol Semasa Hamil: Adakah Ia Selamat?

Menurut laporan, tiada jumlah alkohol yang diketahui selamat untuk diminum semasa hamil. Walaupun dengan kehamilan yang dirancang, kebanyakan wanita akan tidak menyedari bahawa mereka hamil pada bulan pertama, sementara mereka mungkin terus minum alkohol. Kesan pengambilan alkohol secara berlebihan jelas menjejaskan bayi dalam kandungan.

Minuman beralkohol mengandungi etanol, iaitu sebatian yang tergolong dalam kumpulan dadah yang boleh menindas fungsi sistem saraf pusat.

Ia boleh melambatkan tindakbalas fizikal dan mental peminumnya. Selain itu, etanol juga adalah dadah yang boleh mendatangkan kebergantungan atau ketagihan jika diambil setiap hari.

Selain itu, pengambilan alkohol semasa hamil terutamanya pada trimester pertama meningkatkan risiko bayi mengalami gangguan spektrum alkohol janin (FASD) sebanyak 12 kali ganda berbanding tidak minum langsung.

Menurut kajian, walaupun seorang wanita hamil hanya mengambil satu minuman beralkohol sehari, terdapat peningkatan risiko gangguan pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Minum semasa mengandung meningkatkan risiko anda untuk keguguran, kelahiran pramatang dan bayi berat lahir rendah. Ia juga boleh memberi kesan kepada bayi anda selepas dilahirkan.

Bagaimana Minum Alkohol Semasa Hamil Mempengaruhi Ibu?

alkohol

Kesannya mungkin lebih kuat pada ibu yang lebih berusia dalam kesihatan yang buruk, atau yang merokok atau menggunakan bahan lain.

Walaupun ia boleh membuatkan seseorang berasa gembira, menyenangkan dan mudah bergaul buat sementara waktu, minuman jangka panjang yang berlebihan atau kronik boleh menyebabkan pergantungan atau ketagihan alkohol, yang secara rasminya dirujuk sebagai gangguan penggunaan alkohol.

Alkohol mempunyai kesan pada badan dan juga minda. Malah minum sederhana boleh meningkatkan risiko keseluruhan kematian seseorang daripada pelbagai sebab, termasuk beberapa jenis kanser dan jenis penyakit kardiovaskular tertentu. 

Kesan alkohol pada fungsi kognitif dan psikomotor boleh mendatangkan akibat fizikal yang berbahaya dan boleh membawa maut. Ia juga boleh merendahkan pemikiran menjadikan anda lebih cenderung untuk membuat keputusan yang tergesa-gesa, tidak rasional atau tidak bertanggungjawab, yang boleh menyebabkan kehilangan kawalan yang membawa kepada keganasan atau kemalangan.

Penggunaan alkohol kronik juga dikaitkan dengan isu kesihatan kognitif dan mental yang lain, seperti masalah pembelajaran dan ingatan, serta memburukkan atau menyebabkan masalah kesihatan mental yang serius seperti kemurungan dan kebimbangan.

Bagaimanakah Alkohol Memudaratkan Bayi Belum Lahir?

alkohol

Foto: iStock

Pengambilan alkohol semasa hamil adalah tidak digalakkan. Minuman keras  boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Minum minuman keras semasa hamil memberi kesan pada bayi dan mengalami masalah seperti berikut:

#1.Berat lahir rendah

Berat bayi dilahirkan berisiko rendah daripada berat bayi yang normal. 

#2.Kelahiran pramatang

Apabila bayi anda dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan. Bayi pramatang mungkin mengalami masalah kesihatan yang serius semasa lahir dan kemudian dalam hidup.

#3.Keguguran

Keguguran pada usia kandungan sebelum minggu ke-20 kehamilan boleh berlaku. 

#4.Kematian bayi dalam kandungan

Selepas 20 minggu kehamilan, bayi boleh meninggal dalam kandungan jika ibu minum alkohol

#5. Gangguan spektrum alkohol janin, FSAD

FASD boleh menyebabkan pelbagai isu pada kanak-kanak, termasuk ketidakupayaan intelek dan perkembangan. Ini adalah isu tentang cara otak berfungsi yang boleh menyukarkan seseorang untuk belajar, berkomunikasi, menjaga dirinya atau bergaul dengan orang lain.

Mereka juga mungkin mengalami kesukaran atau kelewatan dalam perkembangan fizikal mereka. FASD biasanya kekal. Minum berlebihan iaitu mengambil empat atau lebih minuman dalam masa dua hingga tiga jam semasa hamil meningkatkan kemungkinan mempunyai anak dengan FASD. Minum berlebihan berlaku apabila anda 

Menurut satu kajian, meminum alkohol semasa mengandung boleh mendedahkan anak anda kepada 428 penyakit. Penyakit ini disenaraikan di bawah Fetal Alcohol Spectrum Disease (FASD), iaitu keadaan yang berlaku pada seseorang yang ibunya mengambil alkohol semasa mengandung.

Kajian yang diterbitkan dalam The Lancet Journal, mengenal pasti 428 keadaan penyakit yang berlaku menjejaskan hampir setiap sistem badan termasuk sistem saraf pusat (otak), pendengaran, penglihatan, peredaran darah, jantung, penghadaman dan sistem pernafasan. 

Minum Alkohol Semasa Mengandung Boleh Mengakibatkan Gangguan Psikologi Bayi

Dalam kajian baru yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, didapati bahawa kanak-kanak dengan FASD juga terjejas dengan gangguan psikologi termasuk kebimbangan, kemurungan dan juga keupayaan pembelajaran yang berkurangan.

Para penyelidik membuat pemerhatian berikut mengenai tiga jenis tingkah laku dalam kanak-kanak yang terjejas oleh FASD:

  • Tingkah laku dalaman seperti kebimbangan, kemurungan dan penarikan diri
  • Tingkah laku luaran seperti kenakalan 
  • Masalah lain termasuk masalah kemahiran sosial, perhatian dan proses pemikiran

Apakah Penyakit Spektrum Alkohol Janin

Wanita yang mengambil alkohol semasa mengandung boleh melahirkan anak dengan Fetal Alcohol Spectrum Diseases (FASD). Ia adalah istilah umum untuk beberapa siri gangguan yang bersifat fizikal dan psikologi. Setakat ini empat jenis FASD telah diiktiraf. Ini adalah:

  • Sindrom Alkohol Janin (FAS)
  • FAS separa
  • Kecacatan kelahiran yang berkaitan dengan alkohol
  • Kecacatan psikologi yang berkaitan dengan alkohol
  • Gangguan neurobehavior yang berkaitan dengan pendedahan alkohol pranatal

Walaupun kecacatan dalam semua kategori ini berbeza dalam tahap daripada satu orang ke orang yang lain, kesan keseluruhannya biasanya membawa maut. Walau bagaimanapun, FAS adalah yang paling teruk dan menyebabkan kerosakan serius kepada pendengaran, penglihatan, kekurangan perhatian dan keupayaan untuk belajar serta berkomunikasi seseorang.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Punca Penyakit Spektrum Alkohol Janin

alkohol

Apabila ibu hamil mengambil alkohol, sebahagian daripadanya berpindah dari plasenta ke janin. Badan bayi memproses alkohol ini secara berbeza daripada cara badan kita memecahkannya. Malah, alkohol tertumpu pada janin, menghalangnya daripada menerima nutrien penting.

Ingat bahawa meminum alkohol semasa hamil, terutamanya semasa trimester pertama adalah lebih merosakkan kerana pada masa itulah bayi anda sebenarnya memerlukan semua nutrien.

Walau bagaimanapun, kajian juga mencadangkan bahawa minum semasa mana-mana peringkat kehamilan boleh menjejaskan kesihatan bayi anda pada masa hadapan.

Simptom: Penyakit Spektrum Alkohol Janin

Memandangkan penyakit spektrum alkohol janin merangkumi pelbagai jenis gangguan, terdapat banyak simptom yang mungkin anda dapat lihat.

  • Bayi mungkin mempunyai kepala kecil
  • Bayi mungkin mempunyai mata yang lebar, rabung kecil di antara hidung dan bibir atasnya, bibir atas nipis dan ciri-ciri muka yang tidak normal.
  • Kanak-kanak itu mungkin mempunyai berat dan ketinggian di bawah purata
  • Kanak-kanak itu mungkin hiperaktif
  • Kanak-kanak mungkin kurang fokus dan kemahiran koordinasi yang lemah
  • Kanak-kanak itu mungkin lambat perkembangan dalam kemahiran sosial, pertuturan dan pemikiran
  • Kanak-kanak itu mungkin mempunyai kebolehan belajar yang lemah
  • Kanak-kanak itu mungkin mengalami masalah fizikal termasuk keadaan jantung, masalah hati, kecacatan buah pinggang dan anggota badan yang cacat

Sindrom ini adalah atas sebab yang jelas membawa maut kepada kanak-kanak. Tetapi ingat bahawa lebih awal ia didiagnosis, lebih baik rawatan yang anak anda boleh dapatkan.

Rawatan: Penyakit Spektrum Alkohol Janin

Walaupun penyakit spektrum alkohol janin tidak semestinya mempunyai rawatan tertentu, namun, gangguan individu boleh dirawat oleh pakar.

Pendidikan khas atau menjaga keperluan khas mereka juga boleh membantu. Sebagai contoh, ahli terapi pertuturan boleh membantu kanak-kanak kecil atau penyedia penjagaan khas boleh membantu kanak-kanak yang lebih tua menangani rutin harian.

Bagi ubat, anti-depresan, neuroleptik dan juga ubat anti-kecemasan boleh disyorkan oleh doktor jika perlu. Tetapi penyelesaian terbaik untuk menangani keseluruhan masalah adalah berhenti mengambil alkohol dan merokok, terutamanya sebelum merancang untuk hamil.

Bagaimana Anda Boleh Melindungi Bayi Anda Daripada Alkohol Semasa Hamil?

Jika anda tidak minum  semasa hamil, bayi anda tidak akan mengalami FASD atau sebarang masalah kesihatan berkaitan alkohol yang lain. Jangan minum jika anda hamil atau berfikir untuk hamil.

Sesetengah wanita hamil mungkin mengambil alkohol dan mempunyai bayi yang sihat. Sesetengah wanita mungkin mengambil sedikit  semasa hamil dan mempunyai bayi dengan masalah kesihatan yang serius.

Setiap kehamilan adalah unik. Alkohol mungkin lebih berbahaya kepada seorang bayi daripada yang lain. Cara terbaik untuk melindungi bayi anda daripada masalah berkaitan alkohol semasa kehamilan adalah dengan mengelakkan minum alkohol semasa hamil.

Bagaimana Anda Boleh Mengelak Minum Semasa Hamil?

Anda mungkin mahu minum minuman keras semasa hamil. Alkohol sering diminum sebagai sebahagian daripada aktiviti sosial seperti parti atau acara sukan. Anda mungkin terbiasa meminum segelas wain dengan makan malam atau pada penghujung hari yang panjang. Berhenti alkohol semasa kehamilan boleh menjadi sukar.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu anda berhenti minum:

  • Pertimbangkan apabila anda biasanya mengambil alkohol. Rancang untuk minum sesuatu yang lain, seperti minuman buah-buahan atau air. Untuk menjadikannya kelihatan lebih menyeronokkan, gunakan penyedut minuman yang menyeronokkan atau payung di dalam kaca.
  • Elakkan situasi atau tempat yang biasa anda minum, seperti pesta atau bar.
  • Keluarkan semua minuman beralkohol dari rumah anda.
  • Maklumkan pasangan anda, serta rakan dan keluarga anda, bahawa anda tidak akan minum semasa mengandung. Mohon bantuan dan sokongan mereka.

Jika anda memerlukan bantuan untuk berhenti minum, berbincang dengan doktor untuk rawatan selanjutnya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat!

Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Makanan Ini Dilarang Ketika Hamil! Tahan Rasa Mengidam Itu Ibu!

Baca juga: Amalkan Makanan Ini Ketika Hamil Jika Ibu Ingin Bayi Lahir Dengan Rambut Lebat Sihat

Baca juga: Pemakanan Ibu Hamil: 5 Tips Penting Untuk Jaga Diet Ketika Mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Amalia Azri

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Awas! Minum Alkohol Masa Hamil Berisiko Sebabkan Kecacatan & Kematian Janin
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham