X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 Sebab Tabiat Merokok Ketika Mengandung Amat Membahayakan Diri Ibu & Janin

4 min bacaan
5 Sebab Tabiat Merokok Ketika Mengandung Amat Membahayakan Diri Ibu & Janin

Tahukah anda bahawa gaya hidup tidak sihat seperti menghisap rokok ketika mengandung boleh menjejaskan kesihatan diri dan janin dalam kandungan?

Gaya hidup tidak sihat seperti tabiat merokok amat ditegah sama sekali kerana ia mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan terhadap diri sendiri dan orang sekeliling. Ia bukanlah rahsia lagi bahawa merokok membahayakan kesihatan tubuh kerana mampu merosakkan organ dalaman secara amnya.

Sekiranya anda sedang mengandung, tabiat merokok secara berterusan ini boleh mendatangkan kesan negatif terutama sekali dalam proses tumbesaran janin dalam kandungan.

Gaya hidup tidak sihat ketika hamil beri kesan buruk terhadap ibu dan bayi

gaya hidup ketika hamil

credit to sources

Jika ibu merupakan perokok dan tidak melepaskan kebiasaan ini setelah mengetahui diri sudah berbadan dua, anda bukan sahaja membahayakan kesihatan diri, tetapi juga bayi dalam kandungan.

Setiap satu batang rokok memiliki lebih daripada 7,000 bahan kimia yang boleh merosakkan sel dalam badan.

Ketika ibu hamil tidak berhenti melakukan tabiat ini, bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam rokok akan masuk ke dalam salur darah dan mencemarkan kandungan cecair darah.

Kemudiannya, ia akan meresap ke bahagian uri (plasenta) melalui salur-salur darah. Bayi memiliki hubungan terus dengan darah ibu dan bahan-bahan kimia toksin dari rokok ini akan meresap kepada bayi. Tidak kira berapa banyak batang rokok yang dihisap sehari, ia tetap memberikan kesan negatif terhadap janin.

Ini yang bakal berlaku sekiranya ibu hamil terus memilih untuk mengamalkan gaya hidup tidak sihat ini:

#1. Risiko keguguran dan kelahiran mati

Salah satu kesan yang paling dahsyat adalah anda mungkin akan kehilangan bayi yang dikandung sama ada disebabkan oleh keguguran atau kelahiran mati. Dalam hal ini jika ibu mengandung terus merokok, besar kemungkinan kedua-duanya akan terdedah dengan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam rokok seperti Nikotin (racun serangga), Ammonia (Pencuci tandas), Tar, Benzena dan Formaldehida.

#2. Kehamilan ektopik

Kehamilan ektopik ini terjadi apabila telur yang disenyawakan akan tersekat pada bahagian tiub fallopio dan tidak dapat berkembang. Kandungan nikotin dalam sebatang rokok boleh menyebabkan keadaan ini terjadi.

#3. Plasenta previa

merokok ketika mengandung

credit to sources

Pada kehamilan normal, plasenta biasanya akan berada di atas rahim bagi mendapatkan ruang ketika serviks terbuka bagi kelahiran yang betul. Dalam hal ini, plasenta previa terjadi ketika plasenta menutup sebahagian atau sepenuhnya pembukaan servis.

Aktiviti tidak sihat ketika mengandung seperti merokok boleh membuatkan masalah ini menjadi lebih serius.

#4. Kelahiran awal atau pramatang

Tabiat merokok semasa hamil juga boleh menyebabkan risiko kelahiran pramatang. Ini bukan sahaja melibatkan kelahiran awal, namun berlaku disebabkan oleh banyak komplikasi lain terjadi pada bayi.

Kesan pada masa akan datang pada bayi adalah masalah cerebral palsy, masalah pembelajaran, tingkah laku serta ketidakupayaan.

#5. Berlaku kecacatan pada bahagian tubuh bayi

Ibu mengandung yang gemar menghisap rokok turut menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada fizikal setelah dilahirkan. Misalnya bibir sumbing atau lelangit.

Anda juga akan mendapati si manja mengalami masalah jantung yang serius kesan tabiat merokok semasa hamil.

merokok ketika mengandung
Stories Rakan Kongsi
Secure Your Child’s Immunity Now, Starting With Probiotics and Prebiotics
Secure Your Child’s Immunity Now, Starting With Probiotics and Prebiotics
7 Expert tips for parents on instilling moral values in kids
7 Expert tips for parents on instilling moral values in kids
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini

credit to sources

Manakala, janin juga akan mengalami masalah kekurangan bekalan oksiden dan pendedahan toksik sehingga boleh menyebabkan asphyxia (lemas) dan hypoxic ischemic encephalopathy iaitu komplikasi otak yang boleh menyebabkan ‘tarik’ (seizure) serta kegagalan otak untuk berfungsi dengan baik.

Perokok wanita yang mengandung hendaklah mendapatkan nasihat daripada kaunseling di premis kesihatan iaitu:

  • Bimbingan psikologi
  • Rawatan gantian nikotin
  • Rawatan ubat-ubatan 
  • Kaunseling untuk berhenti merokok

Justeru, setiap ibu yang mendapatkan perkhidmatan ini hendaklah melalui proses saringan terlebih dahulu bagi mengenal pasti fakta risiko kesihatan terutamanya tabiat merokok dalam seharian.

Adalah lebih baik jika anda berusaha untuk menghentikan tabiat ini bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik, bebas daripada sebarang masalah penyakit dan anak-anak dapat membesar dengan sihat seperti kanak-kanak yang lain.

Menurut ketua penyelidik dari Universiti Helsinki, Dr Joni Lindbohm, tiada merokok yang selamat, baik diambil beberapa batang atau sekotak sehari. Pilihan yang terbaik ialah jangan merokok langsung.

Sumber: Penulis asal Aimee. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Filipina untuk diterjemah.

Foto: gettyimages

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comlahir-caesar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Project Sidekicks
  • /
  • 5 Sebab Tabiat Merokok Ketika Mengandung Amat Membahayakan Diri Ibu & Janin
Kongsikan:
  • Risau Banyak Sangat Penyakit Baru, Ini 6 Cara Berkesan Nak Elak Anak Tak Mudah Jatuh Sakit

    Risau Banyak Sangat Penyakit Baru, Ini 6 Cara Berkesan Nak Elak Anak Tak Mudah Jatuh Sakit

  • Kesan Bahaya Merokok MASIH SAMA Walaupun Anda Merokok Jauh Dari Anak

    Kesan Bahaya Merokok MASIH SAMA Walaupun Anda Merokok Jauh Dari Anak

  • Risau Banyak Sangat Penyakit Baru, Ini 6 Cara Berkesan Nak Elak Anak Tak Mudah Jatuh Sakit

    Risau Banyak Sangat Penyakit Baru, Ini 6 Cara Berkesan Nak Elak Anak Tak Mudah Jatuh Sakit

  • Kesan Bahaya Merokok MASIH SAMA Walaupun Anda Merokok Jauh Dari Anak

    Kesan Bahaya Merokok MASIH SAMA Walaupun Anda Merokok Jauh Dari Anak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham