X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ciri-ciri Keguguran & Kehamilan Berisiko Tinggi, Setiap Bakal Ibu WAJIB Baca!

4 min bacaan
Ciri-ciri Keguguran & Kehamilan Berisiko Tinggi, Setiap Bakal Ibu WAJIB Baca!

Keguguran - satu risiko yang pasti datang bersama-sama setiap kehamilan. Mari baca artikel kali ini yang membincangkan apa itu keguguran dan kehamilan berisiko tinggi.

Sememangnya perit apabila dalam keterujaan ibu-ibu mendapat berita gembira kehamilan, tiba-tiba impian berkecai akibat keguguran. Dalam ramai ibu-ibu yang aware risiko keguguran di awal kehamilan ada juga yang tidak berapa peka akan ciri-ciri keguguran.

Jadi untuk mereka yang kali pertama bakal menimbang anak, baca artikel ini terlebih dahulu supaya anda lebih bersedia daripada segi mental dan emosi.

Apakah ciri-ciri keguguran?

ciri-ciri keguguran

Aku nampak dia melambai-lambai ke arahku, tersenyum manja tanpa sebarang kata.

Dia memakai pakaian putih bersih yang indah. Wajahnya bercahaya. Ingin sekali aku mendakapnya.

Aku berlari mendapatkannya. Semakin aku berlari, semakin dia menjauh. Aku nampak ada tangan-tangan yang menarik dan mengheretnya pergi.

“Jangan ambil anakku! Pulangkan! Pulangkan!”

Astaghfirullah…aku bermimpi lagi. Sampai bila aku harus hidup dalam mimpi ngeri ini.

Tiga kali mengalami keguguran cukup membuatku stress dan hilang punca untuk meneruskan kehidupan. Jiwaku kacau. Mindaku sering mempermainku di dalam mimpi-mimpiku.

Mungkinkah ‘dia’ yang aku jumpa di dalam mimpi akan benar-benar wujud di dalam hidupku?

Ciri-ciri keguguran

ciri-ciri keguguran

Menurut kajian, 1 daripada 20 kehamilan berakhir dengan keguguran, dengan kebanyakan usia kandungan sekitar 16 minggu dan ke bawah. Manakala 1 daripada 200 kes adalah keguguran berulang.

Keguguran adalah kehilangan kandungan ketika janin di bawah 20 minggu. Jika lebih daripada tempoh ini, ia dipanggil kelahiran pra matang.

Keguguran berlaku disebabkan beberapa faktor seperti perbezaan gen/kromosom, infeksi pada kandungan, penggumpalan darah dan sebagainya.

60%-70% keguguran terjadi kerana kromosom sperma tidak sesuai dengan kromosom ovum. Hal ini akan menyebabkan kandungan tidak dapat berkembang dengan baik, dan keguguran adalah cara tubuh mengeluarkan kandungan yang tidak sempurna itu.

Seorang ibu berusia 39 tahun dari Yorkshire, Puan Sills, mengalami keguguran sebanyak tujuh kali dalam cubannya untuk mendapatkan anak keempat.

Doktor akhirnya memasang ‘cervical stitch’ atau ‘tracheloplasty’ di sekeliling bukaan rahimnya bagi mengelakkannya terbuka sebelum waktunya dan membantu Puan Sills meneruskan kandungan dengan selamat.

Akhirnya, pada awal April 2013 beliau selamat melahirkan bayi keempatnya walaupun awal tiga bulan.

Kesan-kesan keguguran pada ibu

ciri-ciri keguguran

Tidak dapat dinafikan, mereka yang mengalami keguguran pasti akan mengalami kesan-kesan daripadanya, secara fizikal dan emosi.

Pada kebiasaannya, keguguran yang terjadi dengan sempurna tidak membahayakan kesihatan.

Jika rahim tidak dibersihkan dengan rapi melalui proses D&C, cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri yang masih tertinggal di dalam rahim boleh menyebabkan infeksi pada bahagian peranakan dan seterusnya mengakibatkan keracunan darah.

Toksin itu boleh menyerap ke dalam tubuh dan mengakibatkan komplikasi-komplikasi lain seperti demam panas, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidak seimbangan hormon dan lain-lain.

Oleh itu, ibu yang mengalami keguguran perlu berpantang dan mendapatkan penjagaan teliti walaupun keguguran tidak serumit bersalin.

Kesan emosi

Kehilangan anak melalui keguguran sama juga seperti kehilangan orang tersayang melalui cara yang lain. Seseorang itu akan menempuhi dua frasa kesedihan iaitu tahap awal dan tahap akut.

Tahap awal kesedihan adalah di mana seseorang berada di dalam ‘denial state’ kerana cuba menerima hakikat kehilangan orang disayangi.

Tahap akut pula apabila meningkatnya rasa marah, bersalah, menyalahkan, dan cemburu kesan daripada kehilangan itu.

Dalam kes keguguran, si ibu biasanya akan merasakan satu kejutan yang sangat besar terhadap emosinya kerana apabila seorang wanita mengandung, berlaku perubahan-perubahan fizikal bagi menyediakan si ibu menjalani kehamilan dan kelahiran.

Apabila terjadi keguguran, si ibu masih lagi dalam tahap kesediaan untuk menerima kehadiran bayi. Itu menjelaskan mengapa ramai ibu yang keguguran sukar menenangkan diri dan kembali kepada kehidupan normal.

Kehamilan Berisiko Tinggi

Keguguran sering dikaitkan dengan kehamilan berisiko tinggi. Kehamilan anda dikatakan berisiko tinggi sekiranya anda atau bayi anda mempunyai peningkatan dalam masalah kesihatan.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!

Walaupun bunyinya menakutkan, ia hanyalah cara doktor untuk meletakkan anda dalam keadaan berjaga-jaga dan mendapatkan perhatian khusus.

Kandungan anda dikategorikan sebagai berisiko tinggi sekiranya anda:

  • mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, kanser, darah tinggi, sakit buah pinggang dan epilepsi.
  • berumur kurang daripada 17 tahun atau lebih daripada 35 tahun.
  • mengalami ‘multiple pregnancy’
  • pernah mengalami keguguran lebih daripada tiga kali
  • mengalami jangkitan seperti HIV, hepatitis C, rubella, sifilis dan sebagainya

Apa perlu dilakukan?

Sekiranya anda mengalami kehamilan berisiko tinggi, anda perlu lebih kerap membuat pemeriksaan doktor. Doktor akan mencadangkan anda melakukan ujian-ujian seperti amniocentesis, chorionic villus sampling (CVS), cordocentesis, profail biofizikal dan ujian-ujian makmal yang lain.

Selain itu, anda mungkin perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersenam dan mungkin juga terpaksa berhenti kerja bagi membolehkan anda berehat di rumah.

Walau apa pun, dapatkan nasihat doktor sekiranya anda ingin meneruskan aktiviti anda seperti biasa.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sakit Perut Bahagian Bawah Ketika Hamil, Ketahui Risikonya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Faradibah Sudari

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Ciri-ciri Keguguran & Kehamilan Berisiko Tinggi, Setiap Bakal Ibu WAJIB Baca!
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham