TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

4 min bacaan
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Kehamilan berisiko boleh terjadi tanpa dijangka. Sebagai ibu mengandung atau bagi yang sedang TTC (trying to conceive), anda wajar peka tentang isu ini dan bersiap sedia untuk apa jua kemungkinan. Ini kerana kehamilan berisiko boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bayi jika tidak diberi perhatian dari awal kandungan.

Mendapat berita bahawa anda mengalami kehamilan berisiko boleh mendatangkan kerisauan dan mungkin juga mengakibatkan anda tertekan dengan pelbagai kemungkinan. Ini tidak baik untuk kesejahteraan ibu mengandung. Jika ini situasi anda, salah satu cara terbaik untuk menangani isu ini ialah dengan mendapatkan rundingan Pakar Perubatan Fetal Maternal (MFM).

Memandangkan topik penjagaan ibu dan janin ini agak jarang dibincangkan, kami telah menemubual seorang Pakar Perubatan Fetal Maternal dari Sunway Medical Centre Damansara, Dr. Lim Wan Teng untuk memberikan anda penerangan yang lebih terperinci.

Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Kenali MFM

Menurut Dr. Lim, MFM atau kehamilan berisiko tinggi boleh berlaku disebabkan keadaan si ibu yang berisiko tinggi, ATAU keadaan bayi yang berisiko tinggi. Terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan kehamilan dikategorikan sebagai berisiko tinggi, jadi mari kita fahamkan dengan lebih lanjut. 

Bagaimanakah Kehamilan Berisiko Dikenal Pasti? 

(Senarai ini tidak konklusif, tetapi kami himpunkan kondisi-kondisi yang biasa berlaku untuk kefahaman umum)

Penyakit atau Kondisi Kesihatan Sedia Ada

  • Anda mempunyai kondisi kesihatan sedia ada seperti diabetes, tekanan darah tinggi, ketidaks seimbangan thyroid, barah, dan sebagainya1
  • Jangkitan virus atau bakteria yang berbahaya1
  • Anda mengalami tekanan perasaan, kemurungan, keresahan (anxiety) atau apa sahaja yang mengganggu kesihatan mental anda1
  • Obesiti atau kurang berat badan1
  • Anda pernah mengalami apa-apa kondisi kesihatan yang serius atau kecemasan ketika kehamilan sebelumnya. Contohnya, preeklampsia, plasenta previa, diabetes ketika hamil (GDM) dan sebagainya1

Kondisi Yang Terjadi Ketika Hamil

Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Kehamilan kembar – dua atau lebih1
  • Diabetes ketika hamil (GDM)1
  • Placenta previa (uri rendah) atau placental abruption1 

Usia Si Ibu

  • Kehamilan lewat usia – biasanya kehamilan pertama bagi ibu yang berumur 35 tahun dan ke atas lebih cenderung untuk mengalami komplikasi kehamilan seperti preeklampsia, diabetes ketika hamil (GDM), dan lain-lain1
  • Kehamilan usia remaja – secara umumnya, ibu yang berumur di bawah 17 tahun lebih cenderung untuk mengalami tekanan darah tinggi, kelahiran pramatang dan anemia1

Faktor Gaya Hidup

  • Merokok, meminum minuman beralkohol, mengambil bahan terlarang seperti dadah, dan tidak mendapat nutrisi seimbang yang secukupnya boleh mempengaruhi kesihatan kandungan dan mengundang pelbagai komplikasi pada ibu dan bayi1

Tambah Dr. Lim, kelahiran melalui IVF atau kecelaruan genetik sama ada daripada ibu atau ayah juga boleh menyebabkan sesuatu kehamilan itu berisiko tinggi. Bagi keadaan bayi pula, sekiranya si ibu mempunyai sejarah kehamilan sebelumnya yang melibatkan  ketidaknormalan kromosom, atau imbasan kandungan menunjukkan sebarang ketidaknormalan struktur pada bayi, maka kehamilan itu dikategorikan sebagai berisiko tinggi. 

Andainya anda mengalami mana-mana situasi di atas, atau imbasan kehamilan rutin anda menunjukkan sesuatu yang memerlukan perhatian pakar selain pakar ObGyn anda, sebaik-baiknya anda rujuk kepada Pakar Perubatan Fetal Maternal untuk mengenal pasti isu yang dihadapi dengan tepat untuk memastikan anda dan bayi dalam kandungan dapat menjalani tempoh kehamilan yang selamat dan pastinya, dengan hati yang tenang. 

Apakah Perbezaan Antara Pakar ObGyn dan Pakar Perubatan Fetal Maternal?

Bidang rawatan Pakar Obstetrik dan Ginekologi (ObGyn) meliputi kesihatan wanita – daripada kesihatan umum sistem pembiakan wanita, hinggalah kepada kehamilan dan kelahiran. Pakar ObGyn juga memberikan khidmat nasihat tentang penjagaan sebelum, semasa dan selepas bersalin.2

Pakar Perubatan Fetal Maternal pula merupakan satu cabang obstetrik dan ginekologi yang memfokuskan kepada penjagaan kesihatan ibu dan fetus sebelum, semasa dan untuk jangka masa yang pendek selepas kehamilan. Pendek kata, Pakar Perubatan Fetal Maternal bertanggungjawab memberikan penjagaan maternal untuk semua kondisi kandungan berisiko yang disebut di atas. Mereka bekerja secara rapat dengan pakar obstetrik, neonatal, kanak-kanak dan pakar kesihatan lain untuk memberikan penjagaan komprehensif kepada ibu dan bayi dalam kandungan.2

Dr. Lim berkata, jika anda mengalami kondisi medikal sedia ada, anda boleh berunding dengan Pakar Perubatan Fetal Maternal untuk memeriksa keadaan semasa anda. Ini supaya doktor boleh membantu memastikan kondisi kesihatan anda berada pada tahap optimum sebelum hamil. Doktor akan meneliti ubat-ubatan anda dan jika perlu, menyesuaikan dosnya untuk memastikan semuanya selamat untuk diambil sepanjang kehamilan anda nanti. 

Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

“Ramai yang salah anggap bahawa kehamilan berisiko tinggi bermakna anda tidak boleh meneruskan kehamilan, dan jika mereka hamil kemungkinan doktor akan menasihatkan untuk menggugurkan kandungan,” ujar Dr. Lim. Walau bagaimanapun, kata beliau, dengan pengawasan dan nasihat daripada Pakar Perubatan Fetal Maternal, ibu yang mengalami kehamilan berisiko tinggi juga mampu menikmati kehamilan yang selamat dan lancar.

Bersedia Secukupnya Sebelum Hamil

Mendapatkan penjagaan khusus sebelum, semasa dan selepas kehamilan, terutamanya kehamilan berisiko tinggi amatlah penting untuk memastikan kesejahteraan ibu dan bayi. Pastikan anda juga memilih hospital yang mempunyai khidmat penjagaan fetal maternal yang baik, seperti Sunway Medical Centre Damansara yang menawarkan khidmat perubatan yang lengkap untuk perubatan fetal maternal.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perubatan fetal maternal di Sunway Medical Centre Damansara, sila hubungi +6019-216 8825. 

RUJUKAN:

  1. What are some factors that make a pregnancy high risk? | NICHD 
  2. Maternal Fetal Medicine

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

tonypang

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham