Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).Kehamilan berisiko boleh terjadi tanpa dijangka. Sebagai ibu mengandung atau bagi yang sedang TTC (trying to conceive), anda wajar peka tentang isu ini dan bersiap sedia untuk apa jua kemungkinan. Ini kerana kehamilan berisiko boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu dan bayi jika tidak diberi perhatian dari awal kandungan.