
MEMBANTU KELUARGA UNTUK MEMUPUK KEHAMILAN SIHAT
Pada tahu 2018, sebanyak 105,000 kes kelahiran mati telah dicatatkan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Indonesia. Ini bermakna, setiap hari dalam 286 keluarga telah menerima berita buruk tentang kelahiran bayi mereka yang cukup bulan tidak dapat diselamatkan. Bagaimanapun, satu pertiga daripada kematian itu dapat dielakkan.
Kerana itulah theAsianparent melancarkan Project Sidekicks. Kami ingin mengurangkan kadar kelahiran mati di Asia Tenggara sebanyak 10% dengan meningkatkan kesedaran dalam mengira pergerakan bayi, tidur mengiring ketika hamil, dan pentingnya mempunyai sistem sokongan kepada bakal ibu juga kepada ibu bapa yang pernah mengalami keguguran kandungan.


31,018,185 tendangan dikira melalui Kick Counter, sehingga 12 November, 6.03pmMYT
Mula mengira tendangan bayi semasa perjalanan kehamilan anda.
PESANAN DARIPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KAMI
ARTIKEL
Layari dan kongsi artikel-artikel yang berinformasi dengan topik berkaitan seperti bagaimana untuk memastikan kehamilan yang sihat, memulihkan emosi dan fizikal berikutan keguguran kandungan, cerita-cerita pengalaman ibu mengandung dan banyak lagi.
INFOGRAFIK
Koleksi infografik untuk anda layari dan kongsi, segalanya mengenai tidur mengiring, mengira pergerakan bayi di dalam kandungan, sokongan yang diperlukan semasa hamil, keguguran kandungan serta banyak lagi.









VIDEO
Tonton video berikut untuk nasihat bagaimana memastikan pengalaman hamil yang sihat dengan meningkatkan kesedaran kesihatan mental, mengira tendangan bayi, tidur mengiring dan banyak lagi.
TESTIMONI DARIPADA PROJECT SIDEKICKS
"Kanak-kanak dan pendidikan adalah asas penting dalam apa yang kami lakukan. Jadi kami berbangga untuk menawarkan sokongan kami untuk inisiatif sebegini yang mana berkongsi pengetahuan demi menyelamatkan nyawa. Kempen Sidekicks adalah sangat penting dan kami berharap komuniti global Studycat bersatu dalam menyokong usaha penting ini." - Studycat
"Mengira pergerakan bayi adalah penting sepanjang kehamilan saya. Suatu hari saya rasa pergerakan bayi saya agak kurang, lantas saya terus ke bahagian kecemasan dan mendapati bahawa saya terkena jangkitan dan ia memberi efek kepada bayi dalam kandungan. Kami bernasib baik kerana bertindak secepat mungkin dan bayi saya lahir dengan selamat dan cukup bulan. Sejak itu saya cukup menggalakkan bakal ibu untuk mengira gerak bayi. Saya berterima kasih dengan Project Sidekicks ini kerana dapat meningkatkan kesedaran dalam pentingnya pengiraan gerak bayi demi mengurangkan kelahiran mati." - Sarah Voon
"Agak menyenangkan apabila saya dapati ibu bapa yang pernah mengalami kehilangan bayi dimasukkan dalam pengalaman hamil ini. Dan banyak bantuan disediakan untuk mereka pulih dari tragedi kehilangan." - Rosalind Ang
"Kami memuji akan kepentingan penjagaan yang berkualiti dalam pengurusan kelahiran mati & kesihatan ibu. #ProjectSidekicks adalah inisiatif terbaik untuk mengetengahkan isu kelahiran mati serta stigma sosial yang masih ada." Hazwan Najib, DoctorOnCall




































