X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kepentingan Tidur Mengiring Bagi Wanita Hamil, Ini Nasihat Daripada Doktor

5 min bacaan
Kepentingan Tidur Mengiring Bagi Wanita Hamil, Ini Nasihat Daripada Doktor

Bagi mengelak sebarang kebimbangan ibu semasa mengandung, tidur ibu hamil ini mestilah mengiring di sebelah kiri seperti saranan doktor perubatan.

Apabila masuk sahaja di pertengahan trimester ketiga biasanya tidur ibu hamil akan selalu terganggu kerana pelbagai faktor seperti merasakan pergerakan bayi, sukar melelapkan mata, perlu bangun untuk membuang air kecil yang berulang kali dan lain-lain.

Disebabkan itu, tidur ibu hamil disarankan di sebelah kiri kerana ia beralasankan dengan sesuatu yang baik bagi kandungan. Di mana, ia dapat membantu keselamatan bayi yang dikandungkan dan berpotensi mencegah kelahiran mati atau kita panggil sebagai stillbirth.

Bukti yang dijumpai oleh New Zealand Led International menunjukkan bahawa wanita hamil dapat mengurangkan risiko kelahiran janin meninggal dengan tidur secara mengiring terutama pada tiga bulan terakhir kehamilan.

Lebih mengejutkan pada tahun 2018, kadar kelahiran mati di Malaysia adalah kira-kira 5.5 kelahiran bayi meninggal bersamaan seribu kelahiran.

Kadar ini merujuk kepada kematian kelahiran setelah 28 minggu kehamilan atau lebih dari minggu tersebut.

Bagi membincangkan kepentingan tidur ibu hamil secara mengiring lebih mendalam, kami ingin berbincang dengan Konsultan Obstetrik dan Gynaecologist, Dr Nicholas Lim mengenai bagaimana ini dapat membantu kehamilan anda dan beberapa fakta mengenainya yang boleh dipraktiskan bersama.

Soalan: Mengapa tidur secara mengiring penting, terutama dari segi pencegahan kelahiran mati?

tidur ibu hamil

Jawapan: Pemampatan saluran darah aorta dan vena kava oleh uterus gravid. Keadaan ini boleh berlaku kepada ibu mengandung yang baring atau tidur terlentang dan biasanya berlaku di peringkat semester ketiga kehamilan. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan sindrom hipotensif terlentang.

Mampatan saluran ini akan menghalang aliran darah ke bahagian rahim dan seterusnya kepada bayi.

Pengurangan bekalan darah yang berpanjangan ke rahim dan bayi boleh menghalang pertumbuhan bayi sehingga menyebabkan sekatan pertumbuhan intrauterin atau lebih teruk lagi kelahiran mati.

Soalan: Apa yang akan berlaku jika ada ibu yang secara tidak sengaja tidur terlentang? Apakah tips yang boleh bantu mereka tidur mengiring ke kiri?

Jawapan: Jangan panik atau pun risau. Ia tidak mendatangkan bahaya kepada ibu mahupun bayi anda. Apa yang ibu boleh buat adalah selaraskan semula kedudukan tidur secara mengiring dalam 15 darjah untuk sedikit condong.

Selain itu, boleh juga dapatkan bantal lembut kecil sambil melilit ke pinggul sebelum anda tidur.

Ibu juga boleh meminta suami meletakkan bantal dengan lembut di bawah pinggul bagi membantu memiringkan badan jika mendapati tidur secara terlentang.

Sebagai alternatif, anda boleh membeli bantal kehamilan berbentuk C tapi berhati-hati ia boleh mengambil banyak ruang di atas katil.

Soalan: Boleh tak ibu tidur secara meniarap semasa awal kehamilan?

tidur ibu hamil

Jawapan: Posisi tidur ini selamat sebelum 20 minggu kehamilan kerana perut belum menunjukkan lagi saiz yang besar. Tapi, jika perut semakin membesar tidur dalam posisi ini adalah tidak digalakkan.

Soalan: Di sebelah mana ibu hamil mesti tidur? Apakah perbezaan antara tidur sebelah kiri atau sebelah kanan?

Jawapan: Secara tradisinya, ibu disarankan untuk tidur di sebelah kirinya. Namun, tidur secara berterusan di satu kedudukan sahaja boleh menyebabkan ibu rasa tidak selesa malah menyakitkan pula.

Namun, tidur di sebelah kiri bantu melegakan tekanan pada vena cava kemudian vessel akan mengembalikan darah ke jantung.

Ini kerana sekiranya darah yang kembali ke jantung terganggu, maka bekalan darah segar ke rahim dan bayi juga akan berkurang. Jika mampatan ini berlaku, ia juga dapat mengurangkan aliran darah ke kepala dan boleh menyebabkan pening.

Soalan: Bilakah trimester yang memerlukan ibu hamil mula tidur secara mengiring dan mengapa? 

posisi tidur

Jawapan: Ibu perlu tidur mengiring ke sisi semasa usia 20 minggu kehamilan. Tempoh paling penting adalah semasa menghampiri hari bersalin.

Oleh itu, saya akan menasihati ibu untuk menjalani proses bersalin dengan berada di posisi mengiring jika tidak dalam keadaan tegak atau duduk. Ini sekaligus dapat meningkatkan bekalan darah ke arah bayi.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ibu juga direkomendasikan untuk mengambil pelbagai posisi lain seperti duduk di atas bola gym, berjalan-jalan, jalan itik, ketuk ketampi dan lain-lain.

Soalan: Berapa jam tidur yang harus diambil oleh wanita hamil? Apakah nasihat yang boleh doktor berikan jika ada ibu yang mengalami masalah tidur?

Jawapan: Semasa awal kehamilan, tahap tenaga ibu mengandung adalah rendah. Dia berasa letih secara berkala dan tidak biasa bagi sebilangan ibu untuk tidur sehingga 12 jam sehari.

Namun, semasa kehamilan berlangsung di pertengahan, ibu akan mula rasa lebih bertenaga dan aktif.

Saya mencadangkan supaya anda mendapatkan sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam tidur sehari dan tidur dalam 30 minit jika rasa letih.

Bagi ibu yang mengalami kesukaran untuk tidur, saya sarankan untuk anda mengamalkan ritual sebelum tidur di dalam bilik tapi bukan untuk menonton tv atau bermain telefon bimbit.

Selain ibu harus elakkan minuman berkaffein dan makanan pedas semasa menjelangnya waktu tidur atau semasa petang.

Ambil minuman suam sebelum tidr, memakai pakaian yang longgar, menjaga suhu bilik dan pasang lampu redup supaya badan cepat letih lalu rasa mengantuk.

Soalan: Bagaimana bantal kehamilan boleh membantu ibu hamil tidur mengiring ke sisi?

Jawapan: Dengan bantal ini dapat memberi ibu sokongan yang diperlukan untuk mendorong tidur di sebelah sisi tanpa memberi tekanan yang tidak diperlukan pada bawah punggung, sendi pinggul dan pelvis.

Sekiranya tidak ada bantal seperti itu, letakkan bantal kecil di belakang pinggul dan bantal lembut di antara lutut bagi membantu meluruskan tulang belakang tanpa memberi tekanan yang terlalu banyak pada tulang belakang dan pinggul.

Semoga bermanfaat.

Kepentingan Tidur Mengiring Bagi Wanita Hamil, Ini Nasihat Daripada Doktor

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comjanin-aktif-bergerak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Kepentingan Tidur Mengiring Bagi Wanita Hamil, Ini Nasihat Daripada Doktor
Kongsikan:
  • Posisi Tidur Yang Selamat Mengikut Trimester Kehamilan, Mencegah Kelahiran Bayi Mati

    Posisi Tidur Yang Selamat Mengikut Trimester Kehamilan, Mencegah Kelahiran Bayi Mati

  • Kerap Sakit Pinggang & Punggung Masa Tidur, Ini Posisi Tidur Ibu Hamil Paling TEPAT

    Kerap Sakit Pinggang & Punggung Masa Tidur, Ini Posisi Tidur Ibu Hamil Paling TEPAT

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Posisi Tidur Yang Selamat Mengikut Trimester Kehamilan, Mencegah Kelahiran Bayi Mati

    Posisi Tidur Yang Selamat Mengikut Trimester Kehamilan, Mencegah Kelahiran Bayi Mati

  • Kerap Sakit Pinggang & Punggung Masa Tidur, Ini Posisi Tidur Ibu Hamil Paling TEPAT

    Kerap Sakit Pinggang & Punggung Masa Tidur, Ini Posisi Tidur Ibu Hamil Paling TEPAT

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.