X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Darah Beku Selepas Bersalin Punca Ramai Ibu MAUT Dalam Pantang

4 min bacaan
Darah Beku Selepas Bersalin Punca Ramai Ibu MAUT Dalam Pantang

Darah beku boleh mengancam nyawa ibu jika dibiarkan tanpa rawatan yang betul

Patutlah doktor di hospital akan memberikan ubat bagi memecahkan darah beku dalam badan ibu terutama mereka yang bersalin secara caserean.

Sebab itu sebagai anak, anda harus mengenang jasa dan pengorbanan ibu semasa melahirkan anaknya selepas mengandung selama sembilan bulan dalam rahim ibu. 

Sebab itulah, syurga seorang anak itu terletak di bawah telapak kaki ibunya. Jadi anak tidak boleh menderhaka apatah lagi meninggikan suara kepada ibu.

Bayangkan semasa beberapa minggu hamil ibu akan mengalami perubahan yang amat ketara pada tubuhnya di mana dia harus berhadapan dengan cabaran morning sickness. Tak cukup dengan itu, tubuhnya harus menempuhi dengan pelbagai lagi dugaan semasa mengandung seperti hilang selera makan, perubahan hormon cepat letih, mudah rasa mengantuk dan sebagainya.

Waspada darah beku ketika berpantang

darah beku selepas bersalin

Cabaran ibu tidak habis setakat di situ sahaja, kerana mereka berdepan pula dengan masalah darah beku ketika berpantang yang menyebabkan salur darah ateri dalam paru-paru tersumbat.

Lantas dengan itu, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak berkongsi di Facebook berkaitan dengan Pulmonary Embolism ini dan kesannya kepada ibu baru bersalin.

Ikuti perjelasan lengkap dari Dr Muhammad Izzat 

Darah orang mengandung ini Allah jadikan lebih pekat berbanding darah orang biasa dan secara normalnya darah ibu ini lebih mudah nak membeku bagi menyediakan proses bersalin. Jika berlaku pendarahan yang banyak, badan lebih bersedia mengurangkan pendarahan dengan cepat bagi mengaktifkan sistem pembekuan darah.

Hal ini kerana, rahim yang semakin membesar yang mengandungi bayi akan menekan saluran darah utama sekaligus menyebabkan aliran darah menjadi kurang lancar. Bila hal ini terjadi ditambah dengan ibu sifat semulajadi darahnya senang beku maka thrombosis dan darah beku senang terjadi.

Namun begitu, masalah darah beku ini boleh jadi lima kali ganda masa berpantang jika dibandingkan semasa hamil. Ini kerana terdapat perubahan komposisi air lepas bersalin yang mengakibatkan darah menjadi lebih pekat lantas risiko lebih meningkat pada tiga minggu pertama lepas bersalin.

Pada kebiasaannya, darah beku ini terbentuk pada saluran darah di bahagian kaki terlebih dahulu. Apabila ia membeku dengan lebih banyak sekaligus menyebabkan keadaan Deep Vein Thrombosis.

Atas sebab itu jugalah ibu dalam pantang akan mengadu sakit pada betis semasa berjalan. Jika masalah ini tidak diberikan rawatan segera lantas ia akan pecah kepada cebisan kecil pada bila-bila masa lalu  bergerak ke peredaran darah peparu hingga menyebabkan saluran darah peparu tersumbat hingga boleh membawa maut.

Faktor meningkatkan darah beku selepas bersalin

darah beku selepas beranak

  • Ibu pernah mengalami masalah ini pada kehamilan sebelumnya
  • Umur ibu melebihi 36 tahun dan ke atas
  • Obesiti
  • Anak sudah melebihi 3 orang
  • Merokok
  • Urat timbul pada kaki
  • Pre eclampsia
  • Kehamilan kembar
  • Pembedahan czer
  • Kelahiran guna forceps
  • Proses bersalin jadi panjang
  • Tumpah darah
  • Kelahiran pramatang
  • Kelahiran mata atau stillbirth
  • Sebarang prosedur yang dibuat semasa hamil
  • Muntah teruk ketika mengandung
  • Jangkitan kuman yang teruk
  • Ibu tidak bergerak
  • Kurang minum air

Ibu dari kaum Melayu maut lebih tinggi

Menurut Dr Izzat, berdasarkan analisis kebanyakan ibu dari kaum Melayu selalu melarang ibu berpantang dari mengambil air masak terlalu banyak, disuruh banyakkan berehat atau baring saja kerana takut bentan.

Lebih-lebih lagi, ada di antara ibu yang tidak mengambil suntikan mencegah darah beku seperti Enoxaparin/ Clexane kerana bimbang adanya kandungan DNA khinzir. 

Suntikan untuk cegah darah beku selepas bersalin

darah beku semasa pantang

– Walaupun Enoxaparin/Clexane mengandungi DNA khinzir yang sedikit namun pengunaannya telah difatwakan dan dibenarkan untuk tujuan perubaan dan tiada ubat lain setanding dengan ibu ini.

– Suntikan heparin tidak memberikan kesan berkesan seperti Enoxaparin/Clexane terutama ibu yang beratnya melebihi 90kg. Jika mahu juga heparin ini, ia perlu dilakukan dua kali sehari berbanding Enoxaparin/Clexane yang diberi sekali saja sehari.

– Sementara itu, Arixtra/Fondaparinux adalah sangat mahal. Arixtra tidak mempunyai kajian yg cukup untuk penggunaan terhadap ibu hamil kerana ia boleh bahayakan bayi semasa menyusu ibu.

Semoga kita dijauhkan daripada sebarang risiko yang boleh bahayakan nyawa.

Darah Beku Selepas Bersalin Punca Ramai Ibu MAUT Dalam Pantang

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sihat Kini

Baca juga

https://my.theasianparent.comtumpah-darah-selepas-bersalin

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Darah Beku Selepas Bersalin Punca Ramai Ibu MAUT Dalam Pantang
Kongsikan:
  • Kadar Kematian Golongan Ibu Melayu Selepas Bersalin Paling Tinggi Dari Kaum Lain-Pakar

    Kadar Kematian Golongan Ibu Melayu Selepas Bersalin Paling Tinggi Dari Kaum Lain-Pakar

  • 6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!

    6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Kadar Kematian Golongan Ibu Melayu Selepas Bersalin Paling Tinggi Dari Kaum Lain-Pakar

    Kadar Kematian Golongan Ibu Melayu Selepas Bersalin Paling Tinggi Dari Kaum Lain-Pakar

  • 6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!

    6 Jenis Makanan Terbaik Untuk Penghidap Darah Tinggi, Bagus Untuk Turunkan Tekanan Darah!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.