“Aduh, penatnya hari-hari nak uruskan banyak benda dekat rumah dengan kerja pejabat lagi.”
Adakah anda seorang ibu bekerjaya?
Ibu-ibu pasti mengetahui bahawa memiliki kerjaya dan cuba mengimbangi peranan sebagai seorang ibu pastinya bukan sesuatu perkara yang sangat mudah.
Memang banyak cabarannya kan? Bagaimana untuk uruskan anak, keluarga dan kerjaya lagi. Kadang-kadang sampai tak menang tangan si ibu dibuatnya.
Apabila sudah terlalu sibuk uruskan banyak benda, ibu-ibu bekerja ini mudah berasa penat, letih dan kurang bersemangat dalam menguruskan hal keluarga dan juga kerjaya.
Apabila sudah tiada lagi tenaga, mulalah ibu-ibu rasa lemah dan yang paling teruk sekali, emosi ibu-ibu juga akan mudah terganggu.
5 Tips Untuk Ibu Bekerjaya Kekal Aktif Sepanjang Hari
Jadi, bagaimana caranya untuk ibu yang bekerja ini dapat kekal aktif setiap masa? Kami ada beberapa tips yang kami ingin kongsikan dengan anda agar kekal cergas dan bertenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Barulah anda boleh buat macam-macam kan?
Ibu-ibu, jom lihat tips berikut!
#1 Rancang masa anda
Kredit: iStock
Tidak dinafikan kehidupan sebagai seorang ibu yang bekerja memang sibuk. Oleh sebab itu, adalah amat penting bagi setiap ibu untuk merancang masa mereka dengan baik setiap hari.
Tahukah ibu-ibu semua? Bila anda merancang masa anda, hari anda akan lebih produktif kerana perancangan atau jadual yang rapi membantu anda untuk menguruskan hari anda dengan lebih sistematik.
Jangan risau jika anda tidak dapat mengikut perancangan anda 100% kerana biasalah hidup sebagai seorang ibu. Kejap anak anda nak itulah inilah dengan tuntutan kerja anda lagi.
Pastikan perancangan anda juga fleksibel agar anda dapat memenuhi keperluan perancangan anda, dan yang penting, jangan stres tau para ibu semua!
#2 Kekal aktif dengan bersenam
Kredit: iStock
Bersenam pun boleh buatkan ibu rasa bertenaga tau sepanjang hari. Mungkin ada dalam kalangan ibu-ibu yang menyangkakan bersenam akan membuatkan ibu-ibu lagi bertambah penat.
Sebenarnya, tidak ya ibu-ibu semua! Bersenam mampu memberikan anda lebih banyak tenaga.
Sebagai permulaan, ibu-ibu boleh bersenam dan membuat latihan mudah seperti lompat bintang, tekan tubi dan sebagainya di rumah.
Mulakan dengan 10 minit latihan pada awal pagi dan 10 minit pada waktu malam. Ibu-ibu juga boleh melakukan aktiviti riadah seperti berjoging dan berjalan bersama anak-anak. Bolehlah ibu-ibu curi masa sikit dengan bersenam sambil-sambil bawa anak melakukan aktiviti sihat.
#3 Dapatkan rehat secukupnya
Kredit: iStock
Ibu-ibu yang bekerja memerlukan banyak rehat untuk memastikan anda kekal cergas dan bertenaga. Ini termasuklah tidur yang cukup.
Ini juga boleh menjadi sesuatu yang sukar lagi-lagi apabila anak anda memerlukan perhatian. Tetapi, amat penting untuk anda mendapatkan waktu rehat yang mana anda boleh fokus kepada diri anda sahaja.
Dapatkan waktu tidur yang lebih lama dengan mengurangkan waktu menonton TV anda dan bermain telefon. Beri masa 20 minit kepada diri anda jika boleh pada setiap hari supaya anda boleh relaks dan fokus semula kepada tugas anda.
Barulah anda akan rasa cergas dan lebih tenang.
#4 Minum banyak air
Kredit: iStock
Dalam kesibukan menjaga anak dan membuat tugasan di tempat kerja, kadang-kadang ibu pun sampai tiada masa nak minum air kan?
Tahukah anda bahawa kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan ibu-ibu mudah untuk mendapat sakit kepala dan berasa penat.
Kalau badan ibu-ibu semua berasa penat, cuba ingat balik ibu-ibu semua dah minum air secukupnya atau belum?
Setiap orang dewasa memerlukan 8 gelas air iaitu lebih kurang 2.5 liter jumlah air yang diperlukan. Apatah lagi pada jika ibu-ibu sering melakukan aktiviti yang berat. Pastikan anda meminum air secukupnya tau untuk mengelakkan anda mendapat hidrasi.
#5 Jangan lupa bersarapan
Kredit: iStock
Ini paling penting sekali ya ibu-ibu semua. Ibu-ibulah orang pertama yang pastikan anak-anak dan suami makan dahulu dengan menyiapkan makanan.
Tetapi bila sudah terlalu sibuk, ibu-ibu jugalah yang tak sempat jemah apa-apa makanan di waktu pagi. Sarapan pagi adalah sangat penting bagi memastikan ibu-ibu mendapat tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti harian.
Jadi, anda kena pastikan bahawa anda dapat menikmati hidangan sarapan pagi yang berkhasiat dan lengkap bukan sahaja untuk keluarga anda tetapi untuk ibu-ibu juga.
Ibu-ibu nak kekal aktif sepanjang hari dengan mudah? Cubalah minuman coklat Chek Hup Kokoo 3 in 1 hari ini
Khas untuk ibu-ibu yang sibuk, tidak kiralah di waktu pagi atau petang.
Jika anda nak dapatkan penambah tenaga serta merta, ini dia minuman coklat Kokoo 3 in 1 daripada Chek Hup yang bukan sahaja sedap, malah kaya dengan kebaikan 100% biji koko yang diperam sepenuhnya.
Ini membantu meningkatkan rasa koko sekaligus mengurangkan rasa pahit. Diperkayakan dengan Gula Batu Premium, anda juga boleh menikmati minuman coklat dengan kemanisan semula jadi.
Bukan anda sahaja boleh minum tapi satu keluarga anda pun boleh menikmati secawan minuman coklat yang penuh dengan khasiat dan kebaikan koko asli tanpa sebarang perisa tiruan koko.
Kenapa ibu-ibu bekerja wajib cuba minuman coklat Chek Hup Kokoo 3 in 1 ini?
- Ianya sangat mudah untuk disediakan. Hanya perlu tuang, kacau dan minum!
- Sebagai pelengkap untuk hidangan berkhasiat khas untuk seisi keluarga
- Penambah tenaga agar ibu kekal sihat dan cergas sepanjang hari
Apa tunggu lagi ibu-ibu semua?
Jom dapatkan khasiat koko sebenar hanya dalam satu uncang dan nikmati minuman coklat Chek Hup Kokoo 3 in 1 hari ini.
Nak dapatkan diskaun untuk pembelian produk Kokoo dari Chek Hup?
Klik laman web ini untuk menebus baucar bagi mendapatkan diskaun 20% untuk setiap pembelian produk Kokoo dari Chek Hup eksklusif untuk pembaca theAsianParent! Jom tebus baucar anda sekarang!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!