TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

8 min bacaan
Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

Ketika awal kehamilan, anda mungkin akan perasan keputihan jadi lebih banyak. Ia disebabkan oleh peningkatan hormon estrogen dalam badan

Keputihan merupakan salah satu perubahan fisiologi yang lazim dialami oleh wanita. Namun, apabila jumlahnya bertambah secara mendadak terutamanya pada awal kitaran haid lewat, ia sering menimbulkan persoalan: Adakah keputihan banyak tanda hamil?

Perubahan hormon semasa awal kehamilan sememangnya boleh mempengaruhi jumlah dan tekstur keputihan.

Isi Kandungan

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil?
  • Kenapa Cecair Putih Keluar Dari Faraj?
  • Keputihan Sihat vs Tidak Sihat
  • Cecair Putih Keluar Dari Faraj Tanda Hamil
  • Jenis Cecair Keluar Dari Faraj Tanda Hamil
  • Simptom Selain Cecair Putih Keluar Dari Faraj Tanda Hamil
  • Tip Penjagaan Cecair Putih Keluar Dari Faraj Tanda Hamil
  • Bila Perlu Jumpa Doktor?

Keputihan Banyak Tanda Hamil?

Adakah keputihan tanda hamil? Kenapa cecair putih keluar dari faraj?

Keputihan adalah cairan semula jadi yang keluar dari faraj wanita. Ia terdiri daripada kombinasi air, bakteria baik, sel-sel mati dan lendiran dari serviks. Namun jangan risau, keputihan ini adalah perkara normal.

Ia membantu membersihkan faraj, mengekalkan kelembapan dan melindungi bahagian intim daripada jangkitan.

Kebanyakan wanita akan mengalami keputihan sepanjang kitaran haid mereka. Kadang-kadang ia keluar banyak, kadang-kadang sikit, bergantung pada tahap hormon, tekanan, gaya hidup dan keadaan kesihatan anda.

Adakah Keputihan Banyak Tanda Hamil?

Soalan paling popular: “Saya keluar keputihan pekat berwarna putih susu, banyak pula tu. Adakah saya mengandung?”

Jawapannya: Ya, keputihan banyak mungkin tanda hamil. Keputihan yang lebih banyak dari biasa, terutama berwarna putih susu, tanpa bau, tidak gatal dan berlaku sebelum tarikh haid sebenar, boleh menjadi tanda awal kehamilan.

Selepas persenyawaan berlaku, tubuh wanita akan mula menghasilkan hormon progesteron dengan lebih aktif. Hormon inilah yang memainkan peranan penting dalam menyediakan rahim untuk menerima janin dan menyebabkan perubahan pada serviks. Akibatnya, cecair putih (disebut juga leukorrhea) mula dikeluarkan dalam kuantiti lebih banyak.

Namun, perlu diingat tidak semua keputihan tanda hamil. Ia juga boleh disebabkan oleh perubahan hormon biasa, stres, pemakanan, pengambilan ubat atau jangkitan. Oleh itu, keputihan perlu dinilai bersama simptom lain.

Kenapa Cecair Putih Keluar Dari Faraj?

Cecair putih keluar dari faraj kerana beberapa faktor semula jadi atau pun sebab tertentu seperti berikut:

1. Perubahan Hormon Wanita

Ketika ovulasi atau menjelang haid, tubuh menghasilkan hormon estrogen dan progesteron yang boleh merangsang pengeluaran lendiran.

2. Tanda Awal Kehamilan

Apabila berlaku persenyawaan, tubuh mula menyediakan diri untuk mengandung, dan lendiran putih pekat mula muncul sebagai perlindungan pada serviks.

3. Pengambilan Ubat Atau Pil Perancang

 Sesetengah ubat, terutama yang melibatkan hormon, boleh mengubah corak keputihan.

4. Stres Atau Letih Berlebihan

 Bila tubuh stres, hormon terganggu dan ini juga boleh menyebabkan keputihan berubah.

5. Kurang Penjagaan Bahagian Intim

Sisa sabun, pencuci wanita yang terlalu kuat atau tidak sesuai boleh menyebabkan faraj mengeluarkan lendiran untuk menyeimbangkan semula pH.

Keputihan Sihat vs Tidak Sihat

Tak semua keputihan itu normal atau sihat. Penting untuk wanita tahu membezakan keputihan sihat dan tidak sihat.

Keputihan Sihat (Normal)

  • Warna: Putih jernih, putih susu, atau sedikit kekuningan apabila kering

  • Tekstur: Lendir cair atau sedikit pekat

  • Bau: Tiada bau atau bau lembut semula jadi

  • Rasa: Tidak gatal, tidak pedih, tidak menyebabkan ketidakselesaan

Keputihan Tidak Sihat (Perlu Berjaga-Jaga)

  • Warna: Hijau, kelabu, kuning pekat

  • Tekstur: Berketul-ketul seperti susu basi

  • Bau: Busuk, hanyir, atau menyengat

  • Rasa: Gatal, panas, pedih, sakit ketika kencing atau bersama suami

Keputihan tidak sihat boleh disebabkan oleh jangkitan seperti jangkitan kulat (Candida), bakteria vaginosis, penyakit kelamin (STD) dan lain-lain. Jika ini berlaku, anda perlu jumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan.

Cecair Putih Keluar Dari Faraj Tanda Hamil

Keputihan tanda hamil biasanya berbeza sedikit daripada keputihan biasa. Ini antara ciri keputihan tanda hamil:

  1. Berwarna Putih Susu Atau Jernih

  2. Tidak Berbau

  3. Tidak Menyebabkan Gatal

  4. Tekstur Lebih Pekat Daripada Biasa

  5. Mula Keluar Lebih Banyak Selepas Waktu Ovulasi

Cecair putih keluar dari faraj ini terjadi kerana perubahan hormon semasa awal kehamilan yang membantu menebalkan lapisan dinding rahim. Ia juga bertindak sebagai penghalang bakteria daripada masuk ke dalam rahim, melindungi janin yang sedang membesar.

Stories Rakan Kongsi
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Jadilah Superwoman! Ini 5 Cara untuk Ibu Bekerja Kekal Aktif Setiap Masa
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!

Biasanya keputihan tanda hamil ini boleh dirasai sekitar 1 minggu selepas persenyawaan. Ada wanita yang tak perasan langsung, ada juga yang terkejut sebab tiba-tiba keputihan keluar banyak dan melekit.

Jenis Cecair Keluar Dari Faraj Tanda Hamil

Berikut beberapa jenis cecair keluar dari faraj tanda hamil yang perlu anda perhatikan:

1. Putih Susu Dan Pekat

Jenis ini paling umum sebagai tanda hamil. Ia berlaku kerana pengaruh hormon progesteron dan biasanya tak disedari oleh wanita kerana ia tidak mengganggu.

2. Jernih Dan Licin (Seperti Putih Telur Mentah)

Walaupun ini lebih sinonim dengan waktu ovulasi, ia juga boleh berterusan selepas persenyawaan. Cecair seperti ini memudahkan pergerakan sperma dan selepas berjaya hamil, ia membantu menyokong kehamilan.

3. Lendir Bercampur Tompok Darah (Spotting)

Ini disebut sebagai ‘implantation bleeding’, dan biasanya berlaku 6-12 hari selepas persenyawaan. Warnanya merah jambu atau coklat muda, bukan merah terang seperti haid. Biasanya hanya keluar sedikit dan tidak berterusan.

4. Keputihan Berair

Sesetengah wanita mengalami keputihan berair yang lebih cair, tetapi tetap tidak berbau dan tidak menyebabkan ketidakselesaan. Ini juga normal semasa awal kehamilan.

Simptom Selain Cecair Putih Keluar Dari Faraj Tanda Hamil

Selain daripada keputihan, ada juga beberapa tanda lain yang boleh menunjukkan anda hamil:

1. Lewat Haid

Ini merupakan tanda paling jelas dan sering menjadi isyarat awal kehamilan. Sekiranya kitaran haid anda teratur dan tiba-tiba tidak datang seperti biasa, kemungkinan besar persenyawaan telah berlaku.

2. Payudara Sensitif Dan Menegang

Perubahan hormon menyebabkan payudara terasa lebih sensitif, menegang, dan kadang kala menyakitkan. Bahagian aerola juga mungkin menjadi lebih gelap, menandakan tubuh sedang bersedia untuk kehamilan.

3. Kerap Buang Air Kecil

Peningkatan hormon hCG dan aliran darah ke kawasan pelvis menyebabkan buah pinggang bekerja lebih aktif, menjadikan wanita hamil sering merasa ingin membuang air kecil, termasuk pada waktu malam.

4. Loya Dan Muntah

Simptom ini dikenali sebagai morning sickness, tetapi boleh berlaku pada bila-bila masa. Ia biasanya bermula seawal minggu ke-4 kehamilan, berpunca daripada perubahan hormon yang drastik.

5. Rasa Penat Luar Biasa

Ramai wanita berasa sangat letih walaupun tidak melakukan aktiviti berat. Hormon progesteron yang meningkat memainkan peranan dalam menyebabkan rasa mengantuk dan kurang tenaga.

6. Perubahan Emosi Dan Mood Swing

Perubahan hormon awal kehamilan boleh menyebabkan emosi menjadi tidak stabil. Anda mungkin lebih mudah rasa terharu, marah, atau sedih tanpa sebab yang jelas.

7. Kekejangan Bawah Perut

Sesetengah wanita mengalami kekejangan ringan mirip senggugut ketika embrio mula melekat pada dinding rahim. Selagi tidak disertai dengan pendarahan berat, ia dianggap normal.

8. Deria Bau Dan Rasa Lebih Sensitif

Perubahan hormon boleh menyebabkan deria bau menjadi lebih tajam. Bau yang biasa tidak mengganggu sebelum ini boleh menyebabkan rasa loya, dan selera makan juga mungkin berubah.

Tip Penjagaan Cecair Putih Keluar Dari Faraj Tanda Hamil

Berikut beberapa tip penjagaan cecair putih keluar dari faraj tanda hamil:

1. Jaga Kebersihan Bahagian Intim

Cuci faraj dengan air bersih setiap hari, terutamanya selepas buang air kecil dan besar. Elakkan penggunaan sabun wangi atau pencuci intim yang mengandungi bahan kimia keras kerana ia boleh mengganggu keseimbangan pH semula jadi.

2. Pakai Seluar Dalam Selesa

Pilih seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas kerana ia menyerap kelembapan dengan baik dan membenarkan pengudaraan. Ini dapat mengurangkan risiko jangkitan kulat atau bakteria.

3. Tukar Seluar Dalam Jika Lembap

Jika keputihan banyak dan menyebabkan seluar dalam lembap, tukar dengan segera untuk elakkan faraj menjadi lembap terlalu lama. Keadaan ini boleh menyebabkan iritasi atau jangkitan.

4. Elakkan Seluar Ketat

Seluar yang ketat boleh menyebabkan kawasan intim menjadi panas dan lembap, sekali gus mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan kulat. Pilih pakaian yang longgar dan selesa, terutama ketika hamil.

5. Keringkan Vagina Dengan Betul

Setelah mandi atau mencuci, pastikan kawasan faraj dikeringkan dengan tuala bersih sebelum memakai pakaian. Ini penting untuk mengelakkan kelembapan yang boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria.

6. Minum Air Secukupnya

Pengambilan air yang cukup membantu badan menyingkirkan toksin dan mengekalkan kesihatan sistem reproduktif. Ia juga membantu menstabilkan hormon yang mungkin mempengaruhi keputihan.

7. Elakkan Pantyliner Sepanjang Hari

Jika perlu guna pantyliner, pilih yang tanpa pewangi dan tukar dengan kerap. Jangan gunakan sepanjang hari kerana ia boleh menjadikan kawasan faraj terlalu lembap dan tertutup.

8. Pemakanan Sihat Dan Seimbang

Pemakanan yang baik dapat menguatkan sistem imun badan dan membantu mengawal pengeluaran keputihan secara semula jadi. Elakkan makanan manis atau berminyak berlebihan.

Bila Perlu Jumpa Doktor?

Jika anda perasan keputihan banyak yang:

  • Berbau busuk

  • Berwarna pelik (hijau, kelabu, berdarah)

  • Menyebabkan gatal atau pedih

  • Disertai dengan sakit di bahagian bawah perut atau semasa kencing

Maka segera berjumpa dengan doktor. Ini mungkin petanda jangkitan yang perlu dirawat.

Namun, jika keputihan anda keluar dengan warna putih susu, tidak berbau dan tiada rasa tak selesa, dan anda sedang dalam fasa TTC (trying to conceive) besar kemungkinan ia adalah tanda awal kehamilan. Lakukan ujian kehamilan selepas 7-10 hari daripada tarikh ovulasi untuk kepastian.

Keputihan boleh jadi tanda hamil, tapi ia juga boleh berlaku kerana banyak sebab lain. Apa yang penting ialah kenal pasti tanda-tanda lain, amalkan penjagaan kebersihan diri, dan jangan takut untuk mendapatkan nasihat doktor jika ada keraguan. 

Semoga artikel ini bermanfaat.

American Fibroid Centers, NHS UK

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga:  9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal

Baca juga:  Adakah Keluar Keputihan Tanda Awal Kehamilan? Ini Cara Yang Tepat Untuk Mengesannya

Baca juga:  Keputihan Berketul Keluar Dari Faraj? Ini Punca & Cara Penjagaan Mudah Perlu Wanita Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak
Kongsikan:
  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham