Penggunaan pencuci intim digunakan di sekitar bahagian luar bahagian intim bertujuan memberikan keselesaan dan kesegaran berterusan. Ada beberapa pembersih miss v terbaik di pasaran Malaysia yang memberikan ‘feel’ ini disamping beberapa kebaikan lain, malah produk-produk ini juga mudah didapati di kedai dan atas talian.
Bagi wanita, kulit bahagian vulva lebih rapuh berbanding bahagian badan yang lain. Oleh itu, ia mempunyai risiko lebih tinggi terkena alahan dan kerengsaan. Sekiranya ada yang lebih teruk daripada keputihan yang tidak normal dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan, itu boleh menyebabkan faraj gatal!
Kenali Vulva dan Vagina

Adalah penting untuk kita sebagai wanita tahu bahawa vulva dan vagina adalah dua bahagian intim yang berbeza, sekaligus ia memerlukan penjagaan yang berbeza.
Vulva:
Vulva merupakan sebahagian dari kemaluan wanita yang mana terletak di bahagian luar tubuh, merangkumi labia, klitoris, pembukaan vaginal dan pembukaan kepada urethra (lubang di mana urin keluar).
Vagina:
Sementara vagina adalah hanya satu bahagian dari vulva, yang mana vagina merupakan saluran yang menghubungkan servik kepada uterus, atau kata nama lain liang faraj. Ia adalah laluan di mana bayi dan darah haid keluar dari tubuh wanita.
Sering kali kita dengar yang mana wanita menggunakan perkataan ‘vagina’ apabila sebenarnya mereka memaksudkan adalah vulva. Seperti mana yang kita tahu bahawa pakar penyakit puan melarang penggunaan pencuci intim di bahagian vagina, dan ia adalah benar.
Ini kerana apa yang dimaksudkan sebenarnya adalah melarang penggunaan pencuci bahagian intim memasuki liang faraj wanita iaitu vagina kerana vagina atau liang faraj tidak memerlukan produk pencuci dan ia merupakan satu organ tubuh yang mempunyai sifat ‘self-cleaning’, sebaliknya vulva memerlukannya.
Menurut Dr. Kimberly Langdon, OB-GYN, penasihat medikal di Medzino, sebuah syarikat kesihatan secara digital di California, Amerika Syarikat mengatakan vagina yang sihat mempunyai ekologi bakteria yang efektif yang membantunya mengekalkan tahap pH yang tepat.
Ia adalah di antara pH 3.5 ke 4.5, yang mana sedikit asidik. Pada tahap pH ini, vagina wanita boleh mencegah bakteria ‘jahat’ daripada membiak.
Mencuci di bahagian dalam vagina atau menyembur air ke dalam liang faraj boleh mengganggu keseimbangan semula jadi ini, yang mana boleh menyebabkan iritasi, vaginosis bakteria, atau jangkitan yis.
Malah, pakar juga mengatakan yang menyembur air ke dalam vagina meningkatkan risiko untuk menolak masuk STIs ke atas terus ke tiub fallopio dan boleh menyebabkan penyakit radang selvik (PID) yang boleh mengakibatkan kemandulan.
Jadi, adakah vulva memerlukan cucian? Ya! Mencuci vulva sememangnya perlu menjadi rutin cucian harian anda sebagai wanita.
Sebab Pentingnya Cucian Vulva
Ia penting untuk anda mencuci vulva demi menjamin kebersihan bahagian intim sekaligus mengelakkan sebarang jangkitan bakteria yang boleh menyebabkan masalah iritasi dan jangkitan yis.
Vulva merangkumi klitoris, labia, pembukaan vaginal dan pembukaan urethra (saluran kencing), yang mana memerlukan cucian setiap kali selepas membuang air kecil, setelah melakukan hubungan seks, ketika mandi serta terutama sekali sewaktu haid.
Mencuci vulva dengan pembersih Miss V terbaik juga dapat memberikan keselesaan dan kesegaran buat wanita, apatah lagi pabila mengalami masalah keputihan.
Tips Mencuci Vulva Dengan Selamat Menggunakan Pembersih Miss V Terbaik

- Cuci menggunakan air suam, tidak terlalu panas, dan tidak juga terlalu dingin.
- Gunakan produk yang paling mild.
- Elakkan produk yang mengandungi bahan seperti pewangi kerana ia boleh menyebabkan bahagian intim kekeringan dan mengubah tahap pH vagina
- Pilih produk yang diuji secara dermatologi, hypoallergenic, dan bebas pewangi.
Sebelum kita beralih kepada senarai produk pembersih Miss V terbaik di Malaysia, seeloknya anda tahu akan cara bagaimana untuk memilih produk pembersih bahagian intim wanita yang terbaik demi menjaga kesihatan dan kebersihan vulva dengan sempurna.
Memilih Pembersih Miss V Terbaik Di Pasaran
Bagi mendapatkan pembersih miss v terbaik, sebaik-baiknya cari yang mempunyai ciri-ciri berikut:
- pH yang seimbang PH faraj wanita berasid antara 3.8-4.5 pada skala pH. JANGAN sekali-kali menggunakan sabun kerana paras pH sabun sekurang-kurangnya 8 atau lebih!
- Bahan semulajadi Pilih cucian feminin yang baik yang diperbuat daripada bahan semula jadi atau berasaskan tumbuhan. Semak label di botol dan membaca kandungan dengan teliti.
- Elakkan bahan kimia atau sintetik
- Tidak mengandungi wangian Pembersih feminin yang hebat tidak akan mengandungi wangian, kerana wangian sering boleh menyebabkan kerengsaan “di bawah sana"!
- Akhir sekali, elakkan pencuci vagina yang mengandungi gliserin. Gliserin seringkali ditambahkan ke dalam pencuci vagina untuk bertindak sebagai agen pelembap, tetapi ia adalah bahan berasaskan gula yang dapat menimbulkan masalah yis.
10 Produk Pembersih Miss V Terbaik
Berikut adalah senarai 10 pencucian feminin terbaik di Malaysia yang tidak akan mengganggu anda dan juga menjadikan kawasan ‘V’ anda berbau segar.
10 Produk Pembersih Miss V Terbaik
#1 Good Virtues Co Lightening Feminine Hygiene Wash (Pembersih Miss V Terbaik Dalam Mencuci Dan Mencerah)

Good Virtues Co Lightening Feminine Hygiene Wash membersihkan miss v sambil memberikan kesegaran sepanjang hari. Produk ini bersifat organik yang juga membantu mencerahkan kulit di sekitar celahan dan kaya mineral serta antioksidan yang sememangnya bagus untuk penjagaan bahagian intim!
Maklumat produk:
- 100% organik
- Bebas parabens
- Tanpa pewarna sintetik
- Disahkan halal
- pH seimbang
- Bebas alkohol
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Tidak diuji pada haiwan
#2 Lactacyd Feminine Hygiene White Intimate (Pembersih Miss V Terbaik Dalam Mengekal Tahap pH)

The Lactacyd Feminine Wash merupakan produk pembersih bahagian intim pencerahan kulit yang membuatkan peluh dan bakteria yang menggelapkan kulit dapat dijauhkan dengan berkesan!
Kandungan seperti ekstrak susu semula jadi dan asid laktik dalam cuci vagina ini dapat membantu mengekalkan keseimbangan pH di bahagian intim,
Maklumat produk:
- Dermatologi diluluskan
- Kulit lebih cerah dengan penggunaan biasa
- 100% semula jadi
- Bebas paraben
- Bebas alkohol
- Disahkan halal
- Sesuai untuk semua jenis kulit
#3 Betadine Daily Use Feminine Wash (Pembersih Miss V Terbaik Dengan Formula Tri-Care Untuk Masalah Gatal)

Betadine Daily Use Feminine Wash dapat membantu mencegah ketidakselesaan di bahagian intim dengan menyeimbangkan tahap pH. Buat wanita yang ada masalah gatal, bolehlah mencuba produk ini yang menggunakan formula Tri-Care bagi mengatasi masalah tersebut dengan semulajadi.
Maklumat produk:
- Formula lembut dan semula jadi
- Mengurangkan kemerahan
- Bebas dari paraben & pewarna
- Mengandungi antioksidan
- Menghilangkan bakteria & kulat
- Melindungi dari bau dan melekit
#4 Sebamed Feminine Intimate Wash pH 3.8 (Pembersih Miss V Terbaik Untuk Kulit Sensitif)

Bagi yang mempunyai kulit yang lebih sensitif, Sebamed Feminine Intimate Wash pH 3.8 adalah pilihan yang bagus kerana ia bukan hanya membantu mengimbangi flora dalaman, tetapi juga melindungi dari agen berjangkit. Produk ini mempunyai sifat antibakteria yang menghalang kulit dari masalah kegatalan.
Maklumat produk:
- Diperakui oleh pakar
- Semula jadi
- Menenangkan
- Mempunyai sifat antibakteria
- Melindungi keseimbangan kelembapan
- Lembut
#5 Agnesia Natural Feminine Hygiene Wash (Pembersih Miss V Terbaik Dengan Ramuan Herba)

Jenama Agnesia mungkin lebih popular di Malaysia sebagai talkum, namun Agnesia Feminine Wash Natural diformulasikan dengan ramuan herba seperti kacip Fatimah, manjakani dan prebiotik.
Ia dapat melembapkan dan memutihkan kawasan intim dan membantu menjaga keseimbangan vagina serta sesuai untuk semua jenis kulit.
Maklumat produk:
- Diluluskan pakar dermatologi
- Menyeimbangkan pH
- Bebas paraben
- Bebas gliserin
- Sesuai untuk semua jenis kulit
#6 HH Feminine Intimate Fresh Cleansing Soothing Spray (Pembersih Miss V Terbaik Kaedah Spray)

Produk ini lebih mudah digunakan kerana menggunakan kaedah spray, jadi memang pilihan yang terbaik sekiranya dibawa travel. Setiap semburan mempunyai aroma yang menyenangkan dengan campuran minyak pati. Masalah gatal-gatal, radang dan bau haid dapat dielakkan dengan segera!
Maklumat produk:
- Menyeimbangkan pH
- Ekstrak botani organik
- Bebas paraben
- Bebas gliserin
- Hypoallergenic
- Tidak beracun
- Citrus Cool, White Lychee, Black Currant, Woody and Fresh Floral
#7 Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash (Pembersih Miss V Terbaik Membanteras Jangkitan Yis)

Jangkitan yis pasti menjadi masalah dan merupakan ketidakselesaan utama di bahagian intim sesetengah wanita. Atasi dengan penggunaan Cosmederm Soothing Feminine Hygiene Wash, yang sangat sesuai bagi membanteras jangkitan yis dengan kandungan bahan seperti ekstrak chamomile dengan sifat antiseptik dan antikulat.
Maklumat produk:
- Lembut
- Mengimbangkan flora faraj
- Membantu mengekalkan tahap pH 3.5
- Mengurangkan kegatalan
- Mengurangkan pembuangan
- Mengandungi lidah buaya dan minyak pokok teh
#8 APIVITA Intimate Gentle Cleansing Gel (Pembersih Miss V Terbaik Membersih Dan Melindungi Vulva)

APIVITA Intimate Gentle Cleansing Gel merupakan gel bahagian intim yang boleh digunakan setiap hari untuk membersih dan mencegah, khususnya untuk kesihatan intim wanita.
Maklumat produk:
- Ia membersih dan melindungi vulva dengan lembut tanpa mengering, sementara ia melegakan iritasi kulit
- Diperkaya dengan bunga chamomile ditambah air siraman chamomile, allantoin, pantheon dan aloe bioaktif yang melegakan sebarang masalah rengsa
- Propolis mengelak pertumbuhan mikroorganisma patogenik
- Lactic Acid, oligosaccharides semula jadi dan lipoaminoacid semula jadi membantu melindungi flora natural bahagian intim Anita dan menghormati tahap pH di bahagian itu.
- Minyak pati lavender organik menyalurkan rasa kesegaran dan sedikit aroma
- Seleksi materialnya yang raw dan pembangunan produk itu adalah berdasarkan persembahan kulit di atas pakar dan mesra alam
- Setiap bahan raw diperoleh dengan penuh hemat terhadap potensi kebimbangan dalam keselamatan kulit dan impak alam serta bahan berkontroversi adalah tidak termasuk di dalam formulasi mereka
#9 SilkyCare Care Feminine Hygiene Wash Gentle (Pembersih Miss V Terbaik Berpatutan Serta Berkualiti)

Silky Care Feminine Hygiene Wash Gentle memberikan kelegaan dan pelindungan kebersihan buat bahagian intim wanita yang sensitif.
Maklumat produk:
- Diformulasikan dengan kadar pH 3.5
- Dengan Lactic Acid untuk mengekalkan tahap pH semula jadi serta flora kawasan intim
- Bebas sabun
- Mencuci secara lembut tanpa iritasi
- Diperkaya dengan ekstrak bunga chamomile untuk menyegar
- Turut mengandungi ekstrak trio tumbuhan eksklusif – Calendula, Myrrh dan Elder
- Memberikan kelegaan berpanjangan
- Menyubur dan memberikan lembapan secukupnya
- Telah dipersetujui oleh pakar dermatologi
- Mempunyai persijilan Halal
#10 Melvita Intimate Hygiene Gel (Pembersih Miss V Terbaik Terlaris Dalam Rangkaian Produk Melvita)

Organic Intimate Hygiene Gel adalah salah satu produk terlaris di dalam jenama Melvita, terima kasih kepada cadangan ramai wanita yang telah menggunakannya. Ia sesuai untuk kegunaan harian, membersih sementara memberikan perasaan segar dan dilindungi.
Maklumat produk:
- Diformulasikan dengan berasaskan buih lembut tumbuhan
- Menggabungkan kranberi dengan melembut, pelindungan dari bunga raya, dan mallow.
- Gel ini bebas sabun dan bertoleransi dengan baik
- Telah diuji di bawah kawalan ginekologi
- 99% berasaskan bahan semula jadi
- 10% bahan adalah organik
- Ideal untuk wanita mahukan pencuci berasaskan bahan organik
- Mengekalkan kebersihan bahagian intim hari ke hari
- Sesuai untuk semua jenis kulit
Perbandingan Harga
Produk |
Isipadu kandungan |
Harga Pasaran (RM) |
Harga/ml (RM) |
1. Good Virtues Co Lightening Feminine Hygiene Wash |
150ml |
8.50 |
0.06 |
2. Lactacyd Feminine Hygiene White Intimate |
60ml |
11.00 |
0.18 |
3. Betadine Daily Use Feminine Wash |
60ml |
8.99 |
0.15 |
4. Sebamed Feminine Intimate Wash |
50ml |
26.90 |
0.54 |
5. Agnesia Natural Feminine Hygiene Wash |
150ml |
12.90 |
0.09 |
6. HH Feminine Intimate Fresh Cleansing Soothing Spray |
50ml |
56.00 |
1.12 |
7. Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash |
150ml |
9.91 |
0.07 |
8. APIVITA Intimate Gentle Cleansing Gel |
200ml |
86.00 |
0.43 |
9. Silky Care Feminine Hygiene Wash |
100ml |
7.99 |
0.08 |
10. Melvita Intimate Hygiene Gel |
225ml |
100 |
0.44 |
Tips Penjagaan Vagina Sihat Dan Bersih Dari Pakar Sakit Puan

1. Jalani pemeriksaan tubuh secara menyeluruh
Makan sihat, kawal berat tubuh dan bersenam. Tidak hanya ia baik untuk seluruh tubuh anda, malah ia juga baik untuk organ seksual. Sebaliknya, kondisi kronik boleh meletakkan wanita di dalam risiko.
Sebagai contoh, pengendalian diabetes yang teruk boleh meningkatkan kebarangkalian wanita akan dijangkiti jangkitan yis dan jangkitan pada saluran kencing (UTIs).
2. Lakukan saringan
Kekal up-to-date dengan pemeriksaan kesihatan, dan lakukan temujanji bersama pakar penyakit puan untuk rutin penjagaan. Ingat, pemeriksaan berselang untuk pap smear berubah berdasarkan usia dan hasil ujian Pap smear anda. Buat wanita muda, suntikan HPV adalah penting untuk mengelakkan risiko kanser servik.
3. Guna kondom
Umum tahu bagi yang beragama Islam, amalan seks sebelum bernikah adalah dilarang sama sekali. Namun hendaklah anda tahu bahawa penting untuk anda melindungi diri daripada penyakit berjangkit yang berpindah menerusi amalan seksual serta kehamilan yang tidak diinginkan. Jadi penggunaan kondom dengan pasangan adalah perkara penting.
4. Air
Seperti yang telah kami maklumkan di atas bahawa vagina merupakan satu organ yang mempunyai sifat ‘self-cleaning‘, jadi penggunaan bahan kimia yang berat, tisu basah, atau menyembur air ke dalam liang faraj (vagina) boleh mengganggu proses cucian semula jadinya secara normal.
Amalan mencuci vulva atau bahagian luar kemaluan adalah dibenarkan.
Jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, perhatikan juga setiap sabun mandi dan shampu rambut yang anda gunakan ketika mandi. Malah, sabun cuci pakaian, pengering pakaian, dan sesetengah gel pelincir faraj juga boleh menyebabkan iritasi.
5. Gunakan pakaian dalam yang selesa
Pakaian dalam dan fabrik yang selesa turut menyumbang kepada vagina yang sihat. Material kapas adalah pilihan yang terbaik. Ia mempunyai sifat kelembapan untuk membatasi jumlah kelembapan yang dapat mendorong pertumbuhan bakteria.
Menukar pakaian dalam yang basah boleh membantu mengehadkan isu ini juga. Tidak kira jika anda mempunyai pakaian dalam kesukaan anda sendiri, tetapi pastikan ia ditukar setiap hari.
6. Amalan pengambilan makanan anda juga memberi impak pada vagina
Pernahkah seorang doktor memberitahu anda yang mana mengambil lebih yogurt atau probiotik ketika mengambil antibiotik? Ini kerana tubuh anda, dan vagina khususnya, memerlukan bakteria baik di dalamnya untuk kekal kihat dan membasmi sebrang jangkitan.
Makanan yang diperam dengan kandungan probiotik yang tinggi, seperti yogurt atau kimchi, boleh membantu mengelakkan jangkitan yis dan memastikan bioma vagina dalam keadaan seimbang.
7. Tukar tuala wanita lebih kerap
Peraturan amnya adalah tukar tuala wanita setiap 4 ke 8 jam. Ini tidak hanya menjamin kebersihan vagina, malah juga untuk keselesaan anda sewaktu datang bulan. Sebelum buang, pastikan tuala wanita telah dibungkus elok dan dibuang ke tong sanitari.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kepada semua gadis dan wanita – Faraj anda tidak sepatutnya bau seperti bunga
Baca juga: Bahagian Faraj Gatal & Tidak Selesa? Ini Jenis Penyakit Kelamin Yang Anda Perlu Tahu
Baca juga: 5 Jenis Cecair Yang Selalu Keluar Dari Faraj, Apa Maksudnya Dari Segi Kesihatan Anda?