X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ada Stretch Mark Atau Tidak Suami Tetap Sayang, Tapi Ini 7 Jenama Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Anda Cuba

Mendapat stretch mark ketika hamil adalah normal, jadi usah terlalu risau. Pada masa yang sama, anda harus tahu bahawa stretch mark akan kekal namun ada cara untuk kurangkannya. Jalan terbaik adalah dengan mendapatkan krim stretch mark terbaik di pasaran untuk disapukan pada bahagian tubuh semasa sedang hamil.

Apakah cara hilang stretch mark yang terbaik?

Apabila hamil, banyak perubahan yang akan dialami dari segi emosi dan fizikal oleh si ibu. Penambahan berat badan secara mendadak menyebabkan stretch mark, juga dikenali sebagai striae, disebabkan oleh peregangan kulit sama ada melalui kehamilan, kenaikan berat badan secara umum atau bahkan pertumbuhan yang mendadak. 

Stretch mark muncul di beberapa bahagian seperti perut, lengan, pinggul dan paha. Ini adalah perkara normal namun hakikatnya boleh menyebabkan seseorang wanita kurang keyakinan diri.

Lazimnya wanita akan mengalami kegusaran untuk menghilangkan kesan regangan tersebut hanya selepas melahirkan anak.

Cara Hilang Stretch Mark: Apa Itu Stretch Mark?

Ada Stretch Mark Atau Tidak Suami Tetap Sayang, Tapi Ini 7 Jenama Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Anda Cuba

Kredit gambar: Aislac

Menurut pakar, stretch mark adalah tanda lekukan atau garisan berona pada kulit. Ia biasanya berlaku ketika hamil berikutan kulit meregang dan membesar, ia juga adalah disebabkan peningkatan dan pengurangan berat badan.

Apa pun, mari letakkan di dalam minda kita bahawasanya: stretch mark adalah sangat biasa dan satu perkara yang semula jadi sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, adalah sangat difahami jika anda mempunyai satu keinginan besar untuk mencegahnya. Setiap orang punya kemahuan masing-masing dan hak sendiri untuk tubuh mereka.

Terdapat beberapa krim yang tersedia di pasaran yang mampu mengelak tubuh anda daripada menghasilkan stretch mark sepanjang tempoh hamil. Teruskan membaca untuk ketahui lanjut tentang stretch mark sekaligus kami senaraikan krim stretch mark terbaik di Malaysia.

Isi Kandungan

  • Bahan Penting Dalam Krim Stretch Mark
  • Sebab Pentingnya Krim Stretch Mark
  • Cara Hilang Stretch Mark: Pemilihan Krim Stretch Mark Yang Bagus
  • 7 Krim Stretch Mark Terbaik
  • Mama's Choice
  • Pureen Stretch Mark Lotion
  • Palmer's
  • Bio Oil
  • Burt’s Bees Mama Belly Butter
  • Mustela
  • Mederma
  • Perbandingan Harga
  • Cara Hilang Stretch Mark

Cara Hilang Stretch Mark: Apa Yang Perlu Anda Pastikan Ada Di Dałam Krim Stretch Mark?

Ada Stretch Mark Atau Tidak Suami Tetap Sayang, Tapi Ini 7 Jenama Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Anda Cuba

Kredit gambar: The Conversation

Buat keputusan sama ada anda mahukan krim yang mempunyai aroma atau bebas pewangi. Perhatikan setiap bahan kandungan di dalamnya  untuk sebarang bahan yang berpotensi untuk menyebabkan keradangan, terutama sekali jika anda mempunyai masalah alergi dan kulit sensitif. 

Dan ketika hamil serta menyusukan anak, elak produk yang mengandungi retinoid. Pilih satu produk yang mengandungi bahan-bahan seperti berikut:

  • Nut butter (seperti koko, shea, atau jojoba)
  • Vitamin A dan E
  • Asid hyaluronik
  • Minyak kelapa, argan atau rosehip
  • Daun lidah buaya
  • Peptida

Cara Hilang Stretch Mark: Sebab Perlu Gunakan Krim Stretch Mark Sebagai Pencegahan

Ada Stretch Mark Atau Tidak Suami Tetap Sayang, Tapi Ini 7 Jenama Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Anda Cuba

Kredit gambar: Times Of India

Sewaktu hamil, stretch mark boleh terhasil pada bahagian payudara, perut, pinggang, punggung, dan peha. Hakikatnya, sementara tidak terdapat bertan-tan kajian pada kadar keberkesanan akan rawatan topikal, ia mudah untuk mencegah stretch mark berbanding meminimakannya sekali ia terbentuk sepenuhnya.

Anda boleh mula memakai krim stretch mark sebagai langkah pencegahan – untuk hasil yang terbaik, mulakangnya sebagai sahaja anda mendapati yang anda hamil dan teruskan memakainya selepas melahirkan. 

Menggunakan krim stretch mark tidaklah dapat mencegah atau menghapus stretch mark sepenuhnya, tetapi ia boleh membantu untuk menjadikannya kurang kelihatan dan kurang jelas dengan membaik pulih kadar elastik kulit serta melicinkan kulit anda.

Tambah lagi, menggunakan krim stretch mark boleh jadi satu cara yang fantastik untuk anda kekal ambil tahu akan tubuh anda dan berikan diri anda sedikit TLC sepanjang kehamilan.

Cuba masukkan aplikasi krim stretch mark ke dalam rutin penjagaan diri yang memanjakan, yang mana boleh termasuk mengurut diri, pengelupasan, atau mandi buih.

Cara Hilang Stretch Mark: Pemilihan Krim Stretch Mark Yang Bagus

Ada Stretch Mark Atau Tidak Suami Tetap Sayang, Tapi Ini 7 Jenama Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Anda Cuba

Kredit gambar: Freepik.com

Jangan risau ya ibu kerana kesan stretch mark sedia ada ini sebenarnya boleh dipudarkan dengan mudah, namun akan mengambil masa. Jalan terbaik untuk mengatasinya adalah dengan mendapatkan krim stretch mark terbaik di pasaran untuk disapukan pada bahagian tubuh semasa sedang hamil.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum mendapatkan krim stretch mark, antaranya:

  • Kandungan bahan

Wanita hamil perlu berhati-hati dalam pengambilan sebarang jenis ubat bagi mengelakkan risiko pada bayi dalam kandungan. Kandungan krim sebaik-baiknya dari bahan semulajadi atau bahan kimia yang disarankan oleh pihak bertauliah sahaja dan bebas dari paraben.

  • Selesa untuk kulit

Krim yang bagus sudah tentu yang memberikan kelembapan pada kulit si ibu, dan tidak mengeringkan kulit. Pastikan krim stretch mark tersebut tidak memberi rengsa pada kulit yang sensitif.

Cara Hilang Stretch Mark: 7 Krim Stretch Mark Terbaik Di Malaysia

Di sini kami senaraikan beberapa krim stretch mark yang menjadi pilihan di Malaysia.

7 Krim Stretch Mark Terbaik
product image
Mama’s Choice Stretch Mark Cream
Krim Stretch Mark Terbaik Keseluruhan
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Pureen Stretch Mark Lotion (150ml)
Krim Stretch Mark Tebaik Melembap, Menguat Dan Perlindungan Antioksidan Untuk Kulit
more info icon
View Details
Buy now
product image
Palmer's Cocoa Butter Stretch Mark Cream
Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Menganjalkan Kulit
more info icon
View Details
Buy now
product image
Bio Oil
Krim Stretch Mark Terbaik Menghilangkan Parut
more info icon
View Details
Buy from Shopee
product image
Burt Bees Mama Belly Butter
Krim Stretch Mark Terbaik Menenangkan Kulit Sepanjang Kehamilan
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Mustela Stretch Marks Prevention Cream
Krim Stretch Mark Terbaik Pencegahan Awal
more info icon
View Details
Beli di Shopee
product image
Mederma Stretch Mark Therapy
Krim Stretch Mark Terbaik Yang Mengunci Lembapan Pada Kulit
more info icon
View Details
Buy from Shopee

Mama’s Choice Stretch Mark Cream

Cara Hilang Stretch Mark: Krim Stretch Mark Terbaik Keseluruhan

Ada Stretch Mark Atau Tidak Suami Tetap Sayang, Tapi Ini 7 Jenama Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Anda Cuba

Pilihan pertama kami adalah Mama’s Choice Stretch Mark Cream yang bertindak melembapkan kulit yang terkesan akibat stretch mark dan melegakan kegatalan.

Krim ini sesuai digunakan semasa hamil, selepas bersalin dan juga selamat semasa menyusukan si manja. Diyakini untuk memberikan keselesaan pada perut, pinggul dan payudara yang meregang.

Apa yang kami suka:

Kandungan bahan:

  • Campuran bahan semula jadi dari lipobelle soyaglycone
  • Lidah buaya meningkatkan keanjalan kulit dan menjadikan kulit lembut, terhidrat dan kenyal sepanjang hari. 
  • Diperkaya dengan shea butter, minyak zaitun dan minyak jojoba,
  • Kaya dengan antioksidan dan komponen pembinaan kolagen.

Selesa untuk kulit:

  • Melegakan kegatalan
  • Tekstur yang cukup lembut untuk disapu pada bahagian kulit yang paling sensitif

Mama’s Choice Stretch Mark Cream

dari Mama's Choice

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Pureen Stretch Mark Lotion

Cara Hilang Stretch Mark: Krim Stretch Mark Tebaik Melembap, Menguat Dan Perlindungan Antioksidan Untuk Kulit

hilangkan stretch mark

Pureen merupakan salah satu jenama barangan keperluan ibu dan anak yang dipercayai di Malaysia. Pureen Stretch Mark Lotion merupakan krim stretch mark yang dihasilkan dengan TRIPLE ACTION FORMULA membantu mencegah dan mengurangkan tanda regangan.

Apa yang kami suka:

Kandungan bahan:

  • Cocoa butter, shea butter, minyak zaitun dan Rose Hip Seed
  • Kolagen dan Sodium Hyaluronate untuk menguatkan kulit dan meningkatkan keanjalannya.
  • Vitamin E untuk memberi perlindungan antioksidan.

Selesa untuk kulit:

  • Mengandungi minyak untuk melembapkan kulit.
  •  Dapat melegakan kegatalan akibat kekeringan kulit.

Pureen Stretch Mark Lotion (150ml) - RM25.98

dari Pureen

5/5
product imageshop now

Palmer’s Cocoa Butter Massage Lotion for Stretch Marks

Cara Hilang Stretch Mark: Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Menganjalkan Kulit

cara hilangkan stretch mark

Palmer’s Cocoa Butter Formula Massage Lotion membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan penampilan stretch mark.

Krim ini sangat disyorkan untuk stretch mark semasa dan selepas kehamilan atau perubahan berat badan yang mendadak dan boleh digunakan di seluruh tubuh badan.

Yang menariknya, krim ini bukan sahaja mengurangkan stretch mark, namun membetulkan ton dan tekstur kulit.

Apa yang kami suka:

Kandungan bahan:

  • Pure Cocoa Butter dan Shea Butter
  • Minyak semulajadi
  • Kolagen, Elastin, dan Lutein  untuk menjaga kelembapan kulit dan kenyal selama 48 jam membolehkan kulit meregang dengan lebih mudah.
  • Bebas minyak mineral, paraben, phthalates, alergen wangian dan pewarna

Selesa untuk kulit:

  • Losyen ini tidak berminyak.
  • Sesuai untuk kegunaan seluruh badan, sebagai ganti pelembap biasa anda gunakan.

Palmer's Cocoa Butter Stretch Mark Cream - RM34.00

dari Palmer's

4.9/5
product imageshop now

Bio Oil

Cara Hilang Stretch Mark: Krim Stretch Mark Terbaik Menghilangkan Parut

Ada Stretch Mark Atau Tidak Suami Tetap Sayang, Tapi Ini 7 Jenama Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Anda Cuba

Bio-Oil merupakan produk menghilangkan parut yang bukan sahaja sangat popular di negara ini, malahan di serata dunia.

Jenama yang mempunyai makmal penyelidikan ini dikenali sebagai Bio ‑ Oil® di semua negara selain Austria, Republik Czech, Perancis, Jerman, Slovakia dan Switzerland di mana nama Bio-Oil® digunakan dan di Jepun di mana nama Bioil® digunakan.

Apa yang kami suka:

Kandungan bahan:

  • Minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomi
  • Vitamin A dan E
  • Bebas dari bahan kimia dan juga tanpa bahan pengawet

Selesa untuk kulit:

  • Campuran bersama PurCellin Oil™ menjadikan minyaknya tidak melekit dan ringan untuk dipadankan.
  • Mudah menyerap ke dalam kulit.

Bio Oil

dari Bio oil

product imageBuy from Shopee

Burt’s Bees Mama Belly Butter

Cara Hilang Stretch Mark: Krim Stretch Mark Terbaik Menenangkan Kulit Sepanjang Kehamilan

krim stretch mark terbaikKrim ini menjadi pilihan kerana dirumus khas bagi menenangkan kulit sepanjang kehamilan selama 9 bulan, Belly Butter dengan tekstur krim ini akan menjaga ibu yang semakin membesar dengan kelembutan, rapi dan selesa sebelum dan selepas ketibaan si manja.

Penggunaan belly butter ini semasa hamil merupakan satu cara hilang stretch mark yang bagus kerana dapat mencegahnya dari awal!

Apa yang kami suka:

Kandungan bahan:

  • 99% bahan semulajadi
  • Minyak bunga matahari, minyak kelapa, minyak almond, shea butter, minyak jojoba.
  • Vitamin E
  • Tanpa phthalates, parabens, petrolatum, dan SLS

Sesuai untuk kulit:

  • Tidak melekit.
  • Mudah meresap ke dalam kulit.

Burt Bees Mama Belly Butter

dari Burt's Bees Mama Bee

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Mustela Stretch Marks Prevention Cream

Cara Hilang Stretch Mark: Krim Stretch Mark Terbaik Pencegahan Awal

cara pudarkan stretch mark

Produk Mustela ini bertujuan bagi mengelakkan munculnya stretch mark sejak kehamilan lagi. Krim ini tidak mempunyai sebarang wangian dan isi kandungan yang merbahaya untuk kandungan.

Produk ini direka dengan kerjasama pakar perubatan bagi memastikan produk ini selamat untuk penggunaan ibu.

Apa yang kami suka:

Kandungan bahan:

  • Peptida alpukat menguatkan keanjalan kulit dan menjadikan kulit berasa kenyal dan selesa.
  • Galactoarabinan, bahan perawatan stretch mark yang dipatenkan yang diekstrak dari pokok Larch, meningkatkan keanjalan dan membantu kulit menahan regangan.
  • Beeswax dan shea butter memberikan kelembapan dan khasiat yang berkekalan, menjadikan kulit terasa lembut.

Sesuai untuk kulit:

  • Hypoallergenic, sesuai untuk digunakan semasa hamil dan menyusukan bayi.
  • Tidak mempunyai kandungan yang tidak dibolehkan seperti parabens, phthalates, phenoxyethanol, bisphenols A/ S, kafein and alkohol.

Mustela Stretch Marks Prevention Cream

dari Mustela

product imageBeli di Shopee

Mederma Stretch Mark Therapy

Cara Hilang Stretch Mark: Krim Stretch Mark Terbaik Yang Mengunci Lembapan Pada Kulit

Ada Stretch Mark Atau Tidak Suami Tetap Sayang, Tapi Ini 7 Jenama Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Anda Cuba

Mederma® Stretch Marks Therapy mengunci kelembapan untuk membantu mencegah kesan regangan. Krim ini boleh digunakan semasa kehamilan bermula pada trimester kedua sehingga melahirkan malah ketika menyusu badan.

Apa yang kami suka:

Kandungan bahan:

  • Cepailin, sejenis ekstrak proprietari,
  • Asid Hyaluronic 
  • Ekstrak tumbuhan Centella asiatica

Sesuai untuk kulit:

  • Krim ini mudah meresap ke dalam kulit .
  • Meningkatkan kelembapan kulit.

Mederma Stretch Mark Therapy

dari Mederma

product imageBuy from Shopee
product imageBeli di Watsons

Perbandingan Harga Krim Stretch Mark Terbaik

Produk Harga (RM) Isi Kandungan (ml/g) Harga (ml/rm)

Mama’s Choice Stretch Mark Cream

32.57 100 0.32

Pureen Stretch Mark Lotion

28.90 150 0.19

Palmer’s Cocoa Butter Massage Lotion for Stretch Marks

36.14 250 0.14

Bio Oil

58.80 125 0.47

Burt Bees Mama Belly Butter

79 185 0.42

Mustela Stretch Marks Prevention Cream

115.80 250 0.46

Mederma Stretch Mark Therapy

40.85 50 0.81

Cara Hilang Stretch Mark Berikutan Kehamilan

Ada Stretch Mark Atau Tidak Suami Tetap Sayang, Tapi Ini 7 Jenama Krim Stretch Mark Terbaik Untuk Anda Cuba

Kredit gambar: Babycenter

Sememangnya stretch mark adalah satu tanda pada kulit yang agak sukar untuk dibendung tapi usah putus asa kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Di sini kami kongsikan beberapa cara hilang stretch mark yang terjadi berikutan kehamilan.

1. Urut dengan minyak

Mengurut kulit pada bahagian pinggang, perut dan punggung adalah salah satu cara hilang stretch mark selepas hamil. Urutan lembut dapat meningkatkan peredaran darah dan memecahkan tisu parut yang menyebabkan stretch mark.

Cuba gunakan minyak mengurut khas untuk menghilangkan stretch mark, untuk mengurangkan geseran ketikan urutan dan memberikan kulit anda vitamin dan mineral yang ia perlukan untuk merawat sendirinya.

Letakkan sedikit minyak ke atas telapak tangan dan kemudian dengan lembut urut perut anda. Fokus pada satu kawasan untuk dua minit, tambah minyak bila perlu. Selepas dua minit, bergerak ke bahagian lain dengan stretch mark dan ulang proses tersebut.

Untuk ekstra rawatan, anda boleh cuba berendam di dalam air suam panas selama 10 minit atau mandi dengan air suam sebelum anda mengurut untuk melembutkan kulit anda serta membuka pori kulit.

2. Guna krim stretch mark

Krim stretch mark adalah krim khas dalam merawat masalah ini seperti mana yang kami senaraikan di atas, ia adalah satu cara paling mudah untuk merawat stretch mark selepas hamil.

Formulanya yang unik – termasuklah bahan semula jadi seperti avokado peptida, minyak benih bunga matahari, dan beeswax – membantu merawat stretch mark di dalam lapisan paling dalam kulit sementara memastikan lapisan teratas kulit kekal lembut dan gebu.

Sekali pemakaian pada waktu pagi dan sekali pemakaian pada waktu malam memberikan rawatan berterusan untuk stretch mark disebabkan kehamilan.

3. Kekal hidrat 

Dengar agak cliché, tetapi ia adalah satu cara paling mudah! Air yang anda minum memberikan kulit anda dengan hidrasi yang penting untuk kulit agar kekal sihat.

Pabila sel kulit mempunyai kandungan air yang cukup, ia dapat berfungsi dengan betul dan merawat dengan sendirinya dengan lebih berkesan. Ini bermakna yang kulit anda akan jadi lebih baik untuk pulih daripada kesan stretch mark ini. 

Dicadangkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari untuk mengekalkan sel kulit anda kekal sihat dan hidrat sempurna.

4. Pastikan kulit sentiasa cukup lembap

Lembapan adalah salah satu komponen penting akan rutin penjagaan kulit yang sihat. Ia memastikan kulit kekal licin dan berseri, membantu mengekalkan perlindungan untuk lapisan luar kulit dan memelihara kadar elastik kulit.

Sebagai bonus tambahan, ia membantu merawat stretch mark juga.

Pakar kesihatan mencadang untuk memilih produk penjagaan kulit dengan selamat pabila anda menyusukan anak. Sesetengah pelembap mengandungi kandungan yang boleh mencari jalan masuk ke dalam susu badan. Kesan akan kandungan ini ke atas bayi baru latir adalah tidak diketahui, jadi adalah lebih baik untuk elak penggunaan produk penjagaan kulit dengan kandungan merbahaya.

Khususnya, elak retinoid dan produk dengan retinol, retinol-A, atau varian lain akan kompaun ini. Paraben juga adalah tidak selamat. Sentiasa cuba untuk pilih produk penjagaan kulit yang diperbuat daripada bahan semula jadi. 

Gunakan krim melembut yang hipoalergenik, pada waktu pagi dan malam adalah salah satu cara yang mudah dan efektif untuk memastikan kulit anda lembap sempurna.

Krim yang menggunakan bahan-bahan yang kuat seperti ceramide untuk mengubat kulit stretch mark, mengurangkan kegatalan, dan meningkatkan kadar elastik.

5. Bersenam untuk memperbaiki ton kulit dan otot

Senaman boleh jadi menyeronokkan dan kaedah yang efektif untuk merawat stretch mark selepas hamil. Malah senaman ringan, seperti berjalan dan yoga, boleh menguatkan otot pada bahagian pinggang, peha dan perut (kawasan di mana stretch mark selalu muncul).

Malah ia juga menguat otot membantu mengetat kulit yang longgar dan stretch mark serta mempromosi rawatan lebih cepat.

Apa sahaja senaman mampu merawat stretch mark, jadi pilih satu yang anda suka. Terdapat banyak pilihan seperti berenang, berjalan, berlari, angkat berat, yoga dan pilates.

Bergantung kepada tahap fitness anda dan senaman yang anda pilih, kami cadang untuk anda mula dengan sehari seminggu dan secara perlarán meningkat kepada dua, tiga, empati atau malah lima kali seminggu.

6. Pengelupasan kulit sekali seminggu

Kulit anda melakukan satu tugas yang baik dalam merawat dan meremajakan kulit dengan sendirinya. Antara cara hilang stretch mark anda perlu tahu ialah, dengan membuat pengelupasan kulit stretch mark sekali seminggu.

Pengelupasan membantu menghilangkan lapisan atas kulit mati dan mempromosikan tumbesaran dan merawat di dalam lapisan paling dalam kulit di mana stretch mark terbentuk.

Kami cadang gunakan produk semula jadi seperti baking soda atau witch hazel. Kedua-dua produk ini adalah lembut untuk kulit anda, jadi ia tidak akan menyebabkan kekeringan, kegatalan, atau keradangan.

Waktu terbaik untuk pengelupasan adalah pada waktu pagi selepas kulit anda mempunyai masa untuk menyempurnkana proses reparatifnya secara semula jadi.

Pilih satu hari seminggu untuk membantu merawat stretch mark disebabkan kehamilan dengan membuat pengelupasan kulit pada perut, pinggang, peha, dan punggung.

Semoga bermanfaat.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Khasiat Buah Anggur Untuk Ibu Hamil & Bayi, Ia Tinggi Antioksida Serta Vitamin A!

Baca juga: Krim Stretch Marks Yang Mana Selamat & Sesuai Untuk Ibu Mengandung?

Baca juga: Manfaat Minyak Zaitun Untuk Diamalkan Ketika Hamil

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Contributor

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Mahukan Ruang Belajar Anak Jadi Lebih Tersusun? Pilih Salah Satu Rak Buku Terbaik Ini Untuk Susun Koleksi Buku Anak Anda!

    Mahukan Ruang Belajar Anak Jadi Lebih Tersusun? Pilih Salah Satu Rak Buku Terbaik Ini Untuk Susun Koleksi Buku Anak Anda!

  • Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

    Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

  • Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

    Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

  • Mahukan Ruang Belajar Anak Jadi Lebih Tersusun? Pilih Salah Satu Rak Buku Terbaik Ini Untuk Susun Koleksi Buku Anak Anda!

    Mahukan Ruang Belajar Anak Jadi Lebih Tersusun? Pilih Salah Satu Rak Buku Terbaik Ini Untuk Susun Koleksi Buku Anak Anda!

  • Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

    Pelan Simpanan Terbaik Untuk Anak, 5 Insurans Pendidikan Ini Menjamin Masa Depan Cemerlang Si Kecil

  • Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

    Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.