X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Khasiat Buah Anggur Untuk Ibu Hamil & Bayi, Ia Tinggi Antioksida Serta Vitamin A!

4 min bacaan
Khasiat Buah Anggur Untuk Ibu Hamil & Bayi, Ia Tinggi Antioksida Serta Vitamin A!

Anggur untuk ibu hamil mampu memberikan kebaikan nutrien kepada ibu dan janin dalam kandungan. Namun jika ambil terlalu banyak, boleh membahayakan!

Buah anggur merupakan sejenis buah-buahan yang menyediakan nutrien penting seperti vitamin, antioksidan, asid organik, serat, asid folik, pektin dan banyak lagi. Jom ambil tahu manfaat buah anggur untuk ibu hamil. 

Namun begitu wanita hamil hanya digalakkan mengambilnya dalam jumlah yang sederhana kerana anggur mempunyai paras resveratrol yang tinggi yang boleh menjadi toksik jika diambil secara berlebihan.

Baca juga: Khasiat Buah Tembikai Untuk Ibu Hamil, Ia Menjadikan Bayi Bakal Lahir Cantik & Bijak!

Anggur untuk ibu hamil

buah anggur untuk ibu mengandung

credit to sources

  • Karbohidrat: 175 gram (18.1 gram setiap 100 gram anggur)
  • Serat: 28 gram (0.9 gram setiap 100 gram anggur)
  • Magnesium: 350-360 mg (7mg setiap 100 gram anggur)
  • Besi: 27 mg (0.36mg setiap 100 gram anggur)
  • Vitamin A: 770 mcg (3mcg setiap 100 gram anggur)

Selain dari nutrien di atas, buah anggur juga mengandungi nutrien lain seperti berikut yang bagus untuk kesihatan ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

  • Gula glukosa dan fruktosa.
  • Kompleks vitamin dalam kumpulan A, C, K, P, dan B.
  • Asid organik – sitrik, malik, askorbik, tartaric, dan banyak lagi.
  • Antioksidan seperti flavonol, anthocyanin, linalool, geraniol, tanin, dan nerol.
  • Kalsium, besi, kalium, kobalt, mangan, dan unsur-unsur lain.
  • Kulit mengandungi pektin dan serat.
  • Sebatian biologikal aktif seperti fenol

Manfaat makan buah anggur semasa mengandung

makan anggur semasa mengandung

credit to sources

#1. Ciri-ciri anti radang

Ciri-ciri ini dalam anggur boleh membantu mengawal arthritis dan asma yang mungkin memburukan kehamilan.

Dengan makan anggur juga dapat meningkatkan kelembapan dalam paru-paru sekaligus menghalang anda dari asma.

#2. Antioksidan untuk imuniti

Buah anggur ini kaya dengan antioksidan seperti flavonol, anthocyanin, linalool, geraniol, dan tanin. Semua ini membantu meningkatkan imuniti dan mencegah jangkitan.

#3. Magnesium untuk kekejangan otot

Anggur mengandungi sejumlah besar magnesium yang boleh membantu melegakan kekejangan semasa kehamilan.

#4. Serat untuk sembelit

Anggur juga mengandungi serat makanan yang bertindak sebagai julap semulajadi. Di mana ia boleh membantu melegakan masalah sembelit yang biasanya berlaku semasa hamil.

#5. Resveratrol mengawal tahap kolesterol

Anggur merah mengandungi sebatian resveratrol yang boleh membantu mengawal kolesterol semasa mengandung. Enzim ini bertindak bagi meningkatkan prestasi hempedu. Apapun ambil ia dalam bentuk buah berbanding jus kerana lebih baik.

#6. Asid organik

Asid organik yang terdapat pada anggur dapat membantu meneutralkan bakteria dalam rongga mulut. Ia juga menyokong pembentukan dan penyelenggaran kalsium.

Selain itu anggur juga boleh meningkatkan daya ingatan dan penglihatan serta merangsang peredaran otak. Oleh itu, anggur segar atau jus anggur sangat disyorkan jika anda mengalami keletihan, kerosakan saraf atau tekanan.

Manfaat anggur untuk bayi

khasiat buah anggur

credit to sources

Vitamin B yang terkandung dalam anggur juga dapat membantu metabolisme tubuh sekaligus meningkatkan penerimaan bayi terhadap nutrien penting.

Misalnya seperti natrium yang boleh menyokong perkembangan sistem saraf, Vitamin A dan flavonol yang dapat melindungi penglihatan bayi. Sementara folat pula dapat mengurangkan kemungkinan untuk bayi terkena kecacatan tiub saraf.

Keburukan buah anggur semasa hamil

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Dalam pada kebaikannya tadi, anggur juga memiliki beberapa keburukan seperti berikut:

#1. Ketoksikan

Masalah utama pada anggur adalah ia memiliki sejumlah besar resveratrol yang mungkin berbahaya bagi wanita hamil yang hormonnya tidak seimbang. Selain boleh menyebabkan keracunan resveratrol lantas wujudnya komplikasi lain semasa mengandung.

Kebanyakannya dijumpai dalam anggur berkulit gelap seperti hitam dan merah.

#2. Kulit tebal penyebab cirit birit

Anggur hitam dan merah mempunyai kulit tebal yang mungkin sukar dicerna. Ia boleh membawa kepada cirit-birit pada wanita dengan sistem pencernaan yang lemah.

#3. Boleh meningkatkan kadar gula dalam darah

Walaupun gula semulajadi yang hadir dalam anggur rasa sempurna, ia mungkin boleh mengakibatkan peningkatan kadar gula dalam darah.

Justeru, jika anda mengalami salah satu penyakit di bawah ini kemungkinan anda harus mengurangkan pengambilan anggur kerana ia boleh membawa kepada komplikasi yang lebih teruk

  • Diabetes Mellitus
  • Obesiti
  • Alergi
  • Masalah pencernaan

Semoga artikel ini bermanfaat untuk kehamilan anda dan jangan lupa share!

Sumber: Mom Junction 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Khasiat Buah Laici Untuk Ibu Hamil, Ia Mencegah Risiko Bayi Lahir Cacat & Kaya Asid Folik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Khasiat Buah Anggur Untuk Ibu Hamil & Bayi, Ia Tinggi Antioksida Serta Vitamin A!
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham