X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Khasiat Buah Tembikai Untuk Ibu Hamil, Ia Menjadikan Bayi Bakal Lahir Cantik & Bijak!

4 min bacaan
Khasiat Buah Tembikai Untuk Ibu Hamil, Ia Menjadikan Bayi Bakal Lahir Cantik & Bijak!

Selain rasanya yang manis dan warna menarik, khasiat buah tembikai untuk ibu hamil dikatakan mampu mengurangkan morning sickness serta kekejangan kaki

Ketika melalui setiap fasa kehamilan, ibu-ibu disarankan untuk sentiasa menjaga pemakanan seimbang bagi mengekalkan kesihatan diri dan janin dalam kandungan. Selain makanan berat, anda boleh mengambil buah-buahan sebagai snek. Khasiat buah tembikai dikatakan mampu mengelakkan dehidrasi serta alahan teruk.

Sebenarnya sangat rugi jika anda tidak mengamalkan buah tembikai ketika hamil. Kalau tidak hamil pun memang bagus sangat buah ini kerana ia kaya dengan air dan rasanya sedap!

Khasiat buah tembikai untuk ibu mengandung

khasiat tembikai untuk ibu mengandung

credit to sources

Buah semangka atau tembikai adalah sangat menarik perhatian terutamanya pada musim panas. Rasanya yang rangup, juicy dan berair membuatkan siapa sahaja tidak akan menolaknya. Antara khasiat buah tembikai untuk ibu hamil ialah:

#1. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh

Tembikai adalah kaya dengan kandungan vitamin C yang mampu meningkatkan sistem imunisasi ibu mengandung. Bukan itu sahaja, ia dapat mengelakkan ibu diserang selesema atau batuk terutamanya ketika berlaku perubahan cuaca.

#2. Mengelakkan kekurangan air dalam badan (dehidrasi)

Di dalam buah tembikai, 90 peratus adalah terdiri daripada kandungan air. Dengan mengambil beberapa keping buah ini, ia dapat mengelakkan tubuh anda mengalami dehidrasi.

Masalah ini boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap bayi dalam kandungan seperti kontraksi pramatang atau kelahiran awal.

#3. Menyokong pembentukan tulang bayi

Bagi ibu yang tidak tahu, manfaat buah tembikai kaya dengan kalium dapat berfungsi mempertahankan kalsium dalam tubuh badan. Bukan itu sahaja, ia sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dan menguatkan sendi ibu agar sentiasa sihat.

#4. Menjadikan anak yang bakal lahir cantik dan bijak

manfaat buah tembikai

foto: muabellaz

Menurut sabda Rasulullah S.A.W, ”setiap wanita hamil yang makan buah tembikai, maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya.”

Dari Ibnu Abbas R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, ”Semangka (tembikai) adalah makanan, minuman dan raihan (tanaman harum), mencuci pundi kencing, membersihkan perut, memperbanyak air punggung, membantu bercampur, mencerahkan kulit dan mengatasi kelemahan.” (Kitab Ath-Thibbun Nabawi).

Dari Ibnu Abbas berkata, ”Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan. Ia makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambah air tulang belakang, menghindari sejuk dan pembersih kulit.”

Dari Aisyah R.A berkata, ”Nabi S.A.W menyukai makanan-makanan manis dan madu.” (Shahih Bukhari: 5614).

#5. Mengelakkan masalah morning sickness

Dengan makan buah tembikai sebagai sarapan pagi, ia membantu mengurangkan simptom morning sickness. Tidak cukup dengan itu, buah unik ini mengandungi tenaga dan khasiat yang baik untuk tubuh badan terutamanya ibu hamil letih serta lesu.

#6. Tinggi dengan antioksidan dan vitamin A

Khasiat Buah Tembikai Untuk Ibu Hamil, Ia Menjadikan Bayi Bakal Lahir Cantik & Bijak!

credit to sources

Vitamin A yang terkandung dalam buah tembikai dapat membantu menjaga organ penglihatan bayi. Bukan itu sahaja, karotenoid vitamin A didalamnya berperanan sebagai antioksidan melindungi tubuh anda daripada sebarang radikal bebas.

Pengambilan buah tembikai dalam menu diet seharian dapat membuatkan wajah anda kelihatan lebih berseri-seri. Hal ini kerana perubahan hormon akan mendedahkan kulit wajah kepada pigmentasi, masalah jeragat dan jerawat ketika hamil.

#7. Mengelakkan masalah sukar membuang air besar

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Sembelit adalah masalah yang sering dihadapi oleh para ibu sepanjang tempoh kehamilan. Justeru, buah timun cina ini kaya dengan serat dan kandungan air yang banyak bagi  melancarkan proses penghadaman dengan mudah.

Selain itu, pengambilan buah ini dapat melancarkan aliran air kencing dan mengelakkan masalah kencing tidak lawas terutamanya ketika sarat mengandung.

Cara memilih tembikai yang terbaik

Ketika anda keluar untuk mendapatkan buah ini, kebiasaannya ia kelihatan berbeza dari segi bentuk, saiz, keadaan tangkai dan juga ada tompokan kuning.

Sebenarnya ada beberapa cara untuk mendapatkan buah tembikai yang manis dan terbaik, iaitu:

Khasiat Buah Tembikai Untuk Ibu Hamil, Ia Menjadikan Bayi Bakal Lahir Cantik & Bijak!

  • Pilih tembikai berkulit licin. Jika ketika disentuh terasa kasar, ini menandakannya masih muda.
  • Cari tembikai yang fizikalnya kelihatan kecil, tetapi ia berat.
  • Pilih tembikai berbentuk sama kiri dan kanan.
  • Tepuk-tepuk dahulu buah tembikai dengan jari. Pilih yang berbunyi seakan-akan kosong kerana ia petanda sudah masak dan isinya manis.
  • Pilih buah yang pangkalnya gemuk dan hujung berwarna putih kuning air.
  • Akhir sekali, pilih buah dengan jalur putus-putus pada kulitnya. Jangan pilih jalur bersambung.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Jenis Buah-Buahan Terbaik Untuk Ibu Hamil & Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Baca juga:  Boleh ke kalau makan maggi semasa mengandung? Ikuti penjelasan pakar.

Baca juga:  Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Khasiat Buah Tembikai Untuk Ibu Hamil, Ia Menjadikan Bayi Bakal Lahir Cantik & Bijak!
Kongsikan:
  • Buah Tembikai Tingkatkan Imun Badan Bayi & Bagus Untuk Penglihatan Mereka

    Buah Tembikai Tingkatkan Imun Badan Bayi & Bagus Untuk Penglihatan Mereka

  • Selain ‘No’ Ada Cara Lain Untuk Anda Tegah Anak, Cuba 5 Cara Ini!

    Selain ‘No’ Ada Cara Lain Untuk Anda Tegah Anak, Cuba 5 Cara Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Buah Tembikai Tingkatkan Imun Badan Bayi & Bagus Untuk Penglihatan Mereka

    Buah Tembikai Tingkatkan Imun Badan Bayi & Bagus Untuk Penglihatan Mereka

  • Selain ‘No’ Ada Cara Lain Untuk Anda Tegah Anak, Cuba 5 Cara Ini!

    Selain ‘No’ Ada Cara Lain Untuk Anda Tegah Anak, Cuba 5 Cara Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.