Ibu hamil memerlukan nutrien yang secukupnya bagi memastikan anda dan kandungan dalam keadaan sihat. Sebilangan besar wanita mengambil vitamin ibu mengandung sebagai makanan tambahan yang diperlukan bagi menggalakkan proses perkembangan janin.
Rata-rata ibu hamil yang berada pada trimester pertama terpaksa berdepan alahan teruk, pening kepala, muntah berpanjangan sehingga hilang selera makan. Keadaan ini sekaligus boleh menganggu tubuh dan janin bagi memperoleh nutrisi mencukupi setiap hari.
Jenis vitamin ibu mengandung
credit to sources
Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan.
Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.
Diet bagi wanita mengandung adalah lebih kurang sama seperti orang lain, merangkumi diet yang seimbang dan mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan sumber protein.
Selain itu, terdapat beberapa nutrien lain yang diperlukan oleh ibu hamil seperti:
- Folate/Asid Folik: Menghindarkan kecacatan janin, terutamanya yang melibatkan saluran, otak dan tulang belakang bayi. Wanita hamil memerlukan asid folik sebagai 1000mg sehari.
- Vitamin D diperlukan untuk menguatkan tulang dan gigi bayi. Wanita hamil memerlukan sebanyak 600IU sehari.
- Kalsium dapat menguatkan tulang, gigi dan otot ibu dan anak. Wanita hamil memerlukan kalsium sebanyak 1000mg sehari juga. Ia penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
- Zat besi bagi mengelakkan risiko kelahiran pramatang. Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.
Supplemen untuk ibu hamil yang terbaik
Walaupun anda mengikut diet yang seimbang, sebagai wanita hamili, sebenarnya agak rumit untuk mendapatkan khasiat yang diperlukan dalam jumlah yang sama setiap hari.
Oleh kerana inilah, para wanita hamil disarankan mengambil suplemen vitamin khas buat ibu hamil supaya kandungan anda mendapa nutrien yang secukupnya.
Multivitamin adalah makanan tambahan harian yang mengandungi vitamin spesifik yang diperlukan sepanjang kehamilan.
Mari semak senarai vitamin pranatal untuk ibu hamil yang dipilih berdasarkan undian popular.
Vitamin ibu mengandung #1 Obimin Pre and Post Natal Supplement
25% dari pembaca theAsianparent Malaysia mengundi vitamin ibu hamil Obimin, menjadikannya duduk di tempat teratas dalam senarai vitamin ibu hamil yang penting.
Pil yang dimakan sehari sekali ini merupakan pilihan utama bagi wanita hamil kerana selain mengandungi khasiat vitamin dan mineral utama, ia juga mengandungi nutrien-nutrien penting untuk perkembangan janin.
Supplement ibu mengandung #2 Blackmores Pregnancy Gold
Di tempat kedua undian adalah Blackmores Pregnancy and Breastfeeding Gold sebagai vitamin wanita yang mengandung.
Di samping mengandungi nutien penting semasa mengandung, suplemen ini juga mengandungi DHA yang bagus untuk perkembangan otak, selain kaya dengan iodin dan vitamin D3.
Vitamin ibu mengandung #3 GNC Women’s Prenatal Formula
Selain mengandungi khasiat vitamin penting, GNC Women’s Prenatal Formula membekalkan beta carotene, sejenis antioksidan penting untuk tubuh.
Vitamin ibu hamil #4 Obimin Pluz Complete Antenatal Health Supplement With DHA/EPA
DHA merupakan perbezaan besar yang terdapat di antara Obimin Pluz dan Obimin Pre and Post Natal yang berada di tangga teratas.
DHA merupakan asid lemak yang membantu perkembangan otak dan mata bayi, yang sangat penting apabila anda mencari vitamin ibu hamil terbaik.
Obimin Pluz juga mengandungi Asid Eicosanpentanoic (EPA), untuk fungsi otak maksimum.
Vitamin untuk ibu mengandung #5 Nature’s Plus Source Of Life : Prenatal Vitamin and Natural Supplements
Nature’s Plus Source Of Life : Prenatal Vitamin and Natural Supplements menduduki tangga ke 5 pilihan vitamin ibu hamil. Ia mengandungi nutrien seimbang untuk untuk wanita hamil dengan kandungan selamat dan natural, sesuai untuk vegetarian.
Semoga info yang diberikan bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!