X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Yang Tali Pusatnya Sengaja Lewat Dipotong Ketika Lahir Jarang Sakit, Sistem Imun Kuat

4 min bacaan
Bayi Yang Tali Pusatnya Sengaja Lewat Dipotong Ketika Lahir Jarang Sakit, Sistem Imun Kuat

Delayed Cord Clamping (DCC) antara kaedah yang banyak dicuba oleh ibu bapa zaman kini. Jadi apakah kebaikan dan fungsi tali pusat lewat dipotong?

Pernahkah anda dengar mengenai Delayed Cord Clamping (DCC)? Ia adalah tindakan pemotongan lewat tali pusat pada bayi baru lahir. Jadi apakah fungsi tali pusat lewat dipotong ini? Bahaya atau bakal bawa kebaikan?

Jangan salah faham ya. DCC bukanlah seeperti lotus birth yang bertindak membiarkan tali pusat putus sendiri daripada uri yang mana ia amat berbahaya. 

Jadi kali ini kami kongsikan mengenai perkara ini untuk rujukan ibu-ibu jika anda ingin mengetahui mengenai DCC.

Fungsi tali pusat lewat dipotong, bayi jarang sakit

Fungsi tali pusat

Kredit: alodokter

Menurut kajian, Delayed Cord Clamping (DCC) selama tiga minit mempunyai beberapa kebaikan untuk bayi antaranya termasuklah boleh mencapai berat bayi normal, menngalami kepekatan hemoglobin dengan cepat dan peningkatan zat besi sehingga enam bulan selepas kelahiran.

Bagaimanapun, ada juga kajian menunjukkan ia boleh menyebabkan jaundis kepada bayi. DCC yang biasa dibuat hanyalah sekitar dua hingga tiga minit selepas kelahiran bukanlah seperti lotus birth yang mengambil masa berhari-hari sehingga boleh membahayakan nyawa bayi. 

Menanam tali pusat bayi adalah sunat

Fungsi tali pusat

Kredit: theasianparent

Biasa kita dengar, tali pusat anak yang tertanggal biasanya dalam tempoh seminggu selepas kelahiran akan disimpan. Ada pelbagai kepercayaan termasuklah tali pusat dikumpulkan dalam satu uncang dan dikumpulkan adik-beradik yang lain bertujuan untuk elakkan bergaduh atau jika anak sakit yang sukar sembuh boleh direndam tali pusat tersebut dan bagi minum.

Tali pusat sama seperti uri, sunat ditanam selepas gugur dari bayi. Cuma caranya tidak sama dengan pengendalian membersihkan dan menanam uri. Ia boleh ditanam begitu sahaja. Tali pusat juga sebahagian kotoran yang ada dalam kandungan yang perlu kita buang bukan disimpan.

Ada ibu ayah ni simpan tali pusat dalam satu uncang dan dikumpulkan dengan kesemua baki tali pusat adik-beradik yang lain bertujuan untuk elakkan bergaduh ataupun jika anak sakit yang sukar sembuh boleh direndam tali pusat tersebut dan bagi minum.

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, adalah sunat menanam tali pusat bayi baru dilahirkan sama seperti hukum kuku, rambut dan darah (darah bekam) sebagai penghormatan kepada tubuh badan manusia,

Tali pusat dianggap sebagai sebahagian daripada bahagian tubuh bayi yang baru lahir.

Fungsi tali pusat antara ibu dan bayi

Tali pusat adalah tiub yang mewujudkan hubungan antara plasenta ibu dan perut anak. Perkembangannya berkait rapat dengan perkembangan plasenta atau uri.

Tali pusat memastikan bekalan nutrien dan oksigen sampai kepada bayi dalam kandungan dan ia juga bertanggungjawab untuk membuang karbon dioksida.

Adakah pemotongan tali pusat menyakitkan ibu dan bayi?

Apabila bayi lahir, doktor akan memotong tali pusat ini. Biasanya apa saja yang dipotong akan kedengaran kesakitan kerana melibatkan benda tajam seperti pisau dan gunting.

Tetapi tahukah anda pada tali pusat yang sepanjang kira-kira 50 hingga 60 sentimeter ini tiada saraf jadi ia tidak menyakitkan apabila dipotong.

Malah boleh jadi bayi sebenarnya langusng tidak rasa apabila tali pusat yang menyambungkan bayi dan plasenta dipotong. Jadi usah risau ya ibu-ibu, pemotongan tali pusat ini sedikit pun tidak menyakitkan bayi anda. 

Tanda bayi dalam kandungan terbelit tali pusat

Fungsi tali pusat

Kredit: popmama

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
  • Bayi kurang pergerakan: Jika pergerakan kurang direkodkan selepas 37 minggu kehamilan, boleh jadi ada tali pusat di sekitar leher bayi. Dalam tempoh ini juga sepatutnya, bayi menendang sekitar lima hingga 30 minit.
  • Kadar denyutan jantung tidak normal: Semasa kelahiran kadar denyutan jantung bayi dipantau secara konsisten. Sekiranya terdapat sebarang kelainan pada kadar denyutan jantungnya kemungkinan tanda bayi terlilit tali pusat.
  • Bayi tiba-tiba bergerak kuat kemudian kurang: Jika situasi ini terjadi, kemungkinan bayi sedang berusaha melepaskan lilitan tali pusat dan cuba meringankan tekanan tersebut.
  • Ultrasound: Ultrasound sukar mendedahkan tanda bayi terlilit tali pusat. Walau bagaimanapun, sekitar 70% doktor boleh mengesannya jika terdapat sebarang kemusykilan semasa melakukan imbasan kehamilan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 3 Komplikasi Tali Pusat Bayi Yang Berbahaya Semasa Proses Bersalin

Baca juga: Cara Yang Betul Menjaga Baki Tali Pusat Bayi, Jangan Sampai Kemerah-Merahan Ya Ibu!

Baca juga: Berapa Lama Sebelum Baki Tali Pusat Bayi Akan Tertanggal? Ini Ibu Baru Perlu Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Bayi Yang Tali Pusatnya Sengaja Lewat Dipotong Ketika Lahir Jarang Sakit, Sistem Imun Kuat
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham