Jangan Buat Perkara BAHAYA Ini Ketika Mengurus Tali Pusat Bayi, Ibu Ayah Sila Alert!

Jangan Buat Perkara BAHAYA Ini Ketika Mengurus Tali Pusat Bayi, Ibu Ayah Sila Alert!

Tali pusat bayi yang baru dilahirkan perlu dijaga dengan betul agar mengelakkan sebarang jangkitan. Namun ramai ibu ayah telah melakukan beberapa kesilapan!

Tali pusat atau umbilical cord merupakan saluran kehidupan bagi janin ketika masih berada dalam kandungan. Biasanya bayi yang baru lahir memiliki tali pusat berwarna putih kebiru-biruan.

Setelah bayi keluar dari rahim ibu, doktor akan potong dan sepit tali pusat ini meninggalkan baki atau tunggul sepanjang 2 hingga 3 sentimeter.

Kesilapan dalam menjaga tali pusat bayi baru lahir

tali pusat anak

Dalam hal ini, tunggul tali pusat si manja anda akan mengalami fasa gugur dan tertanggal dengan sendirinya lebih kurang seminggu selepas dilahirkan. Namun bagi kes tertentu, ada bayi memerlukan masa lebih lama sehingga 10 hari sebelum tali pusatnya tertanggal.

Menurut perkongsian salah seorang doktor di media sosial, Ahmad Luqman Bukhari, meskipun ibu ayah mempunyai pengalaman mengurus bayi sebelum ini, ada juga yang terlepas pandang sehingga melakukan perkara bahaya dan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan si manja.

Antara kesilapan tersebut adalah seperti:

#1. Pemakaian lampin

Semasa ingin memakaikan lampin pada bayi, ibu ayah tersilap sehingga menutup bahagian tali pusatnya sekali. Disebabkan itu, apabila si manja kencing atau berak, najis berkenaan akan merebak ke bahagian tali pusat.

Kesannya, akan berlaku jangkitan kuman yang dikenali sebagai umbilical cord infection.

#2. Penyakit 'terlupa'

Ibu ayah yang sibuk dengan jadual seharian mungkin akan mengalami masalah terlupa untuk membersih dan mengeringkan terlebih dahulu bahagian ini selepas mandi atau menukar lampin.

Justeru, ibu ayah jangan pelik sekiranya bayi tiba-tiba jatuh sakit dan mengalami demam kerana kuman suka membiak pada tempat basah serta lembab.

#3. Tidak mencuci tangan terlebih dahulu

Sekali pandang dengan mata kasar, anda mungkin melihat jari dan tapak tangan cukup bersih. Namun rupa-rupanya bahagian tangan inilah yang menjadi tempat kuman berkumpul.

Justeru, ibu ayah dinasihatkan untuk membasuh kedua-dua anggota tangan ini sebelum menyentuh bayi. Kuman mungkin tidak boleh membahayakan anda, tetapi memberikan ancaman sangat bahaya untuk si kecil yang memiliki sistem ketahanan tubuh masih lemah.

#4. Menyapu pelbagai produk

tali pusat bayi credit to sources

Ibu ayah tidak usah gatal tangan untuk menyapu produk seperti bedak, minyak gamat, losen atau apa-apa jenis ubat pada kawasan tali pusat kecuali yang dibekalkan oleh pihak hospital.

Adalah sudah memadai sebenarnya bila anda gunakan kapas bersih atau cotton bud. Kemudian bersihkan sedikit dengan air bersih atau cecair yang dibekalkan oleh hospital ketika ingin mencuci keliling kawasan tali pusat.

#5. Elakkan memaksa tali pusat tanggal

Akhir sekali, ibu ayah janganlah melakukan pemaksaan dengan menarik tali pusat yang kononnya nak paksa untuk ia segera tanggal. Perbuatan sebegini akan menyebabkan anda menyesal tidak sudah sekiranya tiba-tiba berlaku pendarahan (bleeding) pada bahagian ini.

Apa yang ibu ayah perlu lakukan adalah kekal bertenang. Biasanya dalam tempoh tiga hingga 10 hari, ia akan secara automatik tercabut dengan sendiri.

Tanda-tanda berlakunya jangkitan pada tali pusat bayi

Bagi kes-kes yang tertentu, ada juga bayi memerlukan masa sehingga 10 hari sebelum ia tertanggal. Paling membimbangkan bila yang melekat antara tali dan pusat hanya tinggal sehalus rambut.

penjagaan tali pusat bayi credit to sources

Ibu ayah peru memerhatikan tali pusat anak sekiranya berlaku sebarang jangkitan. Ia memang jarang berlaku, tetapi boleh merebak dengan cepat dan mendatangkan masalah kesihatan terhadap bayi. Antaranya ialah:

  • Tali pusat dan bahagian tunggul pusat memiliki bau busuk
  • Keluar cecair kuning seperti nanah
  • Bahagian pusat bayi kelihatan kemerahan dan kelilingnya lebih lembut dari biasa
  • Bayi diserang demam panas
  • Bayi kelihatan lesu dan enggan menyusu

Justeru bagi mengelakkan berlakunya masalah ini, anda perlu membersihkan bahagian pusat setiap kali selepas mandi atau menukar lampin bagi mengekalkan kebersihannya.

Bukan itu sahaja, gunakan beberapa kapas yang bersih dan dibasahkan sedikit dengan air bersih atau cecair dibekalkan oleh hospital. Disebabkan oleh pusat bayi mengambil masa seminggu untuk luruh, maka sepanjang tempoh ini, ibu ayah hendaklah mengelakkan daripada memandikan si manja dengan cara merendam keseluruhan badannya di dalam air.

Gunakan sahaja kaedah mengelap atau mengalirkan air sahaja supaya ia tidak menjejaskan bahagian pusat bayi. Hal ini adalah amat penting bagi mengekalkan keadaan kering pada bahagian ini.

Sumber: Ahmad Luqman, Bengkung Moden

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner