TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

8 min bacaan
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

Tahukah anda bahawa skin barrier yang lemah boleh menyebabkan kulit bayi mudah terkena ruam, kering dan sensitif terhadap persekitaran? Penjagaan yang betul sangat penting untuk melindungi dan menguatkan lapisan kulit halus si manja.

Kulit bayi yang baru lahir sangat lembut, halus dan sensitif. Namun, di sebalik kelembutan itu, tersimpan satu struktur penting yang berfungsi sebagai benteng pertama pertahanan tubuh iaitu skin barrier atau penghalang kulit.

Penghalang ini berperanan melindungi tubuh daripada kehilangan air, ancaman bakteria, iritasi, dan alergen dari persekitaran.

Apabila penghalang kulit ini lemah atau tidak berfungsi dengan baik, pelbagai komplikasi boleh berlaku, bukan sahaja dalam jangka pendek, tetapi juga jangka panjang.

Apa Itu Skin Barrier?

Skin barrier atau lapisan pelindung kulit adalah lapisan paling luar pada kulit yang bertindak sebagai “benteng keselamatan” kulit bayi.

Ia terdiri daripada sel-sel kulit dan lipid (lemak semula jadi) yang berfungsi melindungi kulit daripada bahaya luar dan mengekalkan kelembapan semula jadi dalam kulit.

Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

Berikut kepentingan skin barrier yang perlu setiap ibu bapa tahu:

  • Melindungi daripada kehilangan kelembapan: Kulit bayi mudah hilang air, dan tanpa skin barrier yang kuat, kulit mereka boleh menjadi terlalu kering dan kasar

  • Melindungi daripada bakteria, kotoran dan pencemaran: Skin barrier berfungsi sebagai penghalang daripada bakteria, virus, habuk, dan kotoran persekitaran yang boleh menyebabkan jangkitan atau keradangan

  • Mengurangkan risiko iritasi, alahan dan keradangan: Lapisan ini membantu mengelakkan bahan kimia, pewangi atau alergen daripada masuk ke dalam kulit dan mencetuskan reaksi alergi atau ruam.

Untuk bayi, kulit mereka memerlukan masa sehingga 12 bulan (atau lebih) untuk matang dan menjadi pelindung yang kuat. Dalam tempoh ini, kulit mereka sangat mudah rosak dan jika tidak dirawat dari awal, kesannya boleh berpanjangan hingga ke peringkat usia kanak-kanak atau dewasa.

Kesan Jangka Panjang Skin Barrier Bayi Lemah

skin barrier lemah

Berikut beberapa kesan jangka panjang jika skin barrier bayi lemah:

1. Risiko Penyakit Kulit Kronik (Seperti Ekzema Atopik)

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang mempunyai skin barrier lemah cenderung mengalami atopic dermatitis atau ekzema atopik pada usia awal. Penyakit ini tidak hanya menyebabkan kulit menjadi kering, gatal dan meradang, tetapi juga boleh menjadi kronik hingga ke usia dewasa.

Lebih membimbangkan, ekzema kronik sering memerlukan rawatan berterusan dengan krim steroid atau imunosupresif yang boleh membawa kesan sampingan jangka panjang.

2. Kecenderungan Alahan (Allergic March)

Skin barrier lemah boleh menyebabkan alergen dari persekitaran (seperti debunga, tungau habuk atau makanan) menembusi kulit dan mencetuskan tindak balas imun. Ini meningkatkan risiko bayi mengalami allergic march iaitu perkembangan progresif daripada ekzema kepada alahan makanan, asma dan rinitis alergi.

Dalam erti kata lain, masalah kulit yang kelihatan “ringan” boleh menjadi pintu masuk kepada penyakit imunologi yang lebih serius kelak.

3. Risiko Infeksi Kulit dan Sistemik

Apabila penghalang kulit rosak, mikroorganisma seperti bakteria Staphylococcus aureus mudah menjajah kulit bayi. Ini boleh menyebabkan jangkitan kulit seperti impetigo atau bahkan jangkitan sistemik dalam kes yang teruk. Bayi dengan ekzema juga lebih mudah dijangkiti virus seperti herpes (eczema herpeticum) yang boleh mengancam nyawa.

4. Gangguan Tidur Dan Keselesaan Bayi

Gatal dan kerengsaan kulit akibat skin barrier lemah sering menyebabkan bayi resah dan sukar tidur malam. Kurang tidur bukan sahaja memberi tekanan kepada bayi, tetapi juga kepada ibu bapa. Gangguan tidur berpanjangan boleh menjejaskan perkembangan emosi, kognitif dan tumbesaran bayi.

5. Kesan Psikologi Jangka Panjang

Bayi yang membesar dengan penyakit kulit kronik seperti ekzema cenderung menghadapi cabaran psikososial seperti kurang keyakinan diri, rasa malu atau tekanan emosi. Kanak-kanak mungkin mengalami buli atau diskriminasi di sekolah akibat keadaan kulit mereka.

Skin Barrier Lemah Juga Meningkatkan Alahan Makanan

Satu kajian besar di United Kingdom yang dikenali sebagai Enquiring About Tolerance (EAT) Study mendapati bahawa penghalang kulit yang rosak membolehkan pendedahan awal kepada alergen melalui kulit, menyebabkan peningkatan ketara dalam alahan makanan pada kanak-kanak.

Sementara itu, kajian dalam Journal of Allergy and Clinical Immunology melaporkan bahawa intervensi awal dalam menjaga kelembapan kulit bayi dengan emolien berkualiti tinggi dapat mengurangkan risiko ekzema sehingga 50%.

Punca Skin Barrier Bayi Menjadi Lemah

Berikut beberapa punca skin barrier bayi menjadi lemah:

1. Kelahiran Pramatang

Bayi pramatang belum mempunyai stratum corneum yang cukup kuat, menjadikan mereka lebih terdedah kepada kehilangan air dan jangkitan.

2. Kerap Mandikan Bayi Dengan Sabun

Sabun beralkali dan berbuih tinggi boleh mengganggu keseimbangan pH kulit bayi.

3. Penggunaan Produk Penjagaan Kulit Tidak Sesuai

Bahan kimia tertentu dalam losyen, minyak atau tisu basah boleh menyebabkan iritasi dan melemahkan struktur kulit.

4. Cuaca Kering Dan Sejuk

Udara yang kering mengurangkan kelembapan semula jadi kulit bayi.

5. Genetik Dan Sejarah Keluarga Ekzema

Bayi yang mempunyai kecenderungan genetik lebih mudah mengalami kerosakan penghalang kulit.

Tanda-Tanda Skin Barrier Bayi Lemah Atau Terjejas

cara kuatkan skin barrier bayi, skin barrier bayi, kulit bayi sihat

Berikut beberapa tanda skin barrier bayi lemah atau terjejas:

1. Kulit Kering Dan Bersisik

Kulit bayi yang normal sepatutnya lembap dan lembut, tetapi apabila skin barrier lemah, kulit mudah kehilangan kelembapan. Ini menyebabkan kulit bayi menjadi kering, mengelupas, dan bersisik, terutama pada kawasan yang sering terdedah seperti tangan, kaki, dan pipi.

2. Kemerahan Dan Iritasi

Kulit yang terjejas akan menunjukkan tanda kemerahan dan mudah gatal akibat keradangan. Bayi juga mudah merasa tidak selesa kerana kulit mereka mudah teriritasi oleh faktor luaran seperti pencuci yang keras, suhu panas, atau pakaian yang kasar.

3. Ruam Atau Ekzema Berulang

Kulit yang tidak cukup kuat tidak dapat menangkis bahan alergen atau bahan perengsa. Ini boleh menyebabkan ruam yang berulang kali muncul dan ekzema yang berlarutan, membuatkan kulit bayi sentiasa dalam keadaan tidak sihat dan mudah meradang.

4. Kulit Sensitif Dan Mudah Tercedera

Skin barrier yang lemah menjadikan kulit bayi sangat sensitif. Luka kecil seperti calar atau goresan mudah terjadi dan biasanya mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Parut dan perubahan warna kulit juga lebih mudah berlaku kerana kulit tidak cukup kuat untuk pulih dengan sempurna.

5. Kulit Mudah Terinfeksi

Apabila lapisan pelindung kulit tidak berfungsi dengan baik, bakteria dan virus mudah memasuki kulit. Ini meningkatkan risiko jangkitan kulit yang berulang dan boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius jika tidak dirawat dengan betul.

6. Bahagian Muka Lebih Terjejas

Sering kali ibu bapa terlupa untuk menyapu pelembap atau krim pelindung pada kulit muka bayi. Akibatnya, kulit muka bayi yang halus dan nipis menjadi mudah kering, merah, dan sensitif. Ini menjadikan muka bayi lebih terdedah kepada masalah kulit berbanding bahagian badan lain.

Apa Yang Ibu Bapa Boleh Lakukan?

Untuk mengelakkan skin barrier bayi menjadi lemah atau terjejas, ibu bapa perlu mengambil langkah penjagaan yang betul seperti:

1. Gunakan Pelembap Secara Konsisten

Sapukan pelembap atau krim yang sesuai pada kulit bayi setiap hari, terutamanya selepas mandi. Jangan lupa untuk memberi perhatian khusus pada wajah bayi yang sering terlepas pandang, kerana kulit muka juga mudah kering dan sensitif.

Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

2. Pilih Produk Penjagaan Kulit Yang Lembut

Gunakan pencuci dan pelembap yang bebas sabun, bahan kimia keras, dan pewangi tiruan supaya tidak merengsakan kulit bayi yang halus dan sensitif.

3. Elak Mandikan Dengan Air Panas

Mandikan bayi dengan air suam sahaja kerana air panas boleh menghilangkan minyak semula jadi kulit dan menyebabkan kulit menjadi kering dan mudah teriritasi.

4. Jaga Kebersihan dan Keselesaan Kulit Bayi

Pastikan pakaian bayi bersih dan diperbuat daripada kain yang lembut untuk mengelakkan geseran yang boleh merosakkan skin barrier. Tukar lampin secara kerap untuk mengelakkan ruam lampin.

5. Pantau Tanda-Tanda Awal Masalah Kulit

Sentiasa perhatikan perubahan pada kulit bayi seperti kemerahan, kekeringan, atau ruam. Bertindak segera dengan memberi rawatan atau berjumpa doktor pakar kulit jika perlu supaya masalah tidak menjadi lebih serius.

Bahan Penting Untuk Merawat Dan Menguatkan Skin Barrier Bayi

Merawat dan menguatkan skin barrier bayi sangat penting kerana kulit bayi sangat halus, nipis, dan mudah terdedah kepada iritasi, kekeringan, atau jangkitan.

Berikut adalah senarai bahan penting yang selamat dan berkesan untuk menjaga skin barrier bayi:

  • Ceramid: Membantu membina semula lapisan pelindung semula jadi kulit, mengurangkan kehilangan kelembapan dan mencegah iritasi

  • Ekstrak Beras (Rice Extract): Kaya dengan antioksidan yang menenangkan kulit sensitif dan membantu memperbaiki keadaan kulit yang meradang.

  • Minyak Bunga Matahari (Sunflower Oil): Melembapkan kulit dengan lembut tanpa menyebabkan iritasi, sesuai untuk kulit bayi yang halus.

  • Vitamin E: Mempercepatkan proses pemulihan kulit, mengurangkan kemerahan dan keradangan.

  • Formulasi Hypoallergenic: Produk yang tidak mengandungi pewangi tiruan, paraben, atau alkohol sangat sesuai untuk kulit bayi yang sensitif kerana ia mengurangkan risiko alahan dan iritasi.

Mama’s Choice Baby Daily Face Cream Pilihan Terbaik

Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

Bila bercakap tentang penjagaan kulit bayi, ramai ibu bapa hanya fokus pada bahagian badan, tetapi wajah si manja juga memerlukan perhatian khusus terutamanya dalam 12 bulan pertama yang penting untuk perkembangan skin barrier.

Di sinilah peranan Mama’s Choice Baby Daily Nourishing Face Cream, krim muka bayi yang bukan sahaja lembut dan selamat, malah berkesan untuk memperbaiki kulit sensitif bayi.

Ia adalah pilihan terbaik yang memenuhi semua kriteria ini kerana lembut, selamat digunakan seawal usia bayi, serta diperkaya dengan Ceramide dan Shea Butter untuk membantu membaiki dan menguatkan lapisan perlindungan kulit bayi setiap hari.

Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

Mama’s Choice Baby Daily Nourishing Face Cream tidak mengandungi paraben, alkohol dan toksin. Hipoalergenik menjadikannya selamat untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif.

Ia kaya dengan bahan semulajadi yang aktif seperti bunga matahari yang dapat memberi perlindungan kepada kulit, aloe vera organik yang dapat memberi ketenangan dan melembutkan kulit, ceramide untuk menghalang kehilangan kelembapan dan sweet almond untuk merawat kulit kering.

Ia diyakini halal dan diuji secara dermatologi. Cara penggunaan:

  1. Cuci muka baby dengan air suam
  2. Sapu krim secukupnya pada muka
  3. Kemudian urut perlahan-lahan ikut gerakan bulat
  4. Gunakan dua kali sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit dan hasil yang optimum.
  5. Anda dinasihat guna Mama’s Choice Baby Daily Nourishing Face Cream secara konsisten untuk hasil terbaik.

Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

Untuk maklumat lanjut atau membuat pembelian produk ini, anda boleh layari Shopee dan Lazada.

Kesimpulannya menjaga skin barrier bayi bukanlah satu pilihan, ia adalah satu keperluan. Kulit bayi yang halus dan sensitif memerlukan perlindungan yang betul sejak awal.

Dengan memilih bahan penjagaan yang sesuai dan lembut, anda bukan sahaja melindungi si manja daripada masalah kulit, malah membantu perkembangan kulit yang sihat dan kuat untuk jangka masa panjang.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham