TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

8 min bacaan
Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

Tanda kuning bayi turun adalah 1) Warna Kekuningan Berkurang, 2) Bayi Lebih Aktif, 3) Penyusuan Lebih Kerap, 4) Bayi Kerap Buang Air

Jaundis atau demam kuning adalah keadaan biasa yang dialami oleh ramai bayi baru lahir. Kuning bayi ini sering menjadi kebimbangan ibu bapa terutamanya bagi mereka yang baru menimang cahaya mata.

Walaupun demam kuning ini biasanya tidak berbahaya, namun pemahaman tentang keadaan ini amat penting supaya ibu bapa tahu bila perlu bertenang dan bila perlu mendapatkan rawatan.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Kuning Bayi (Jaundis)?
  • Tanda Bayi Demam Kuning
  • Tahap Kuning Bayi: Dari Naik ke Turun
  • Tanda Kuning Bayi Mula Turun
  • Cara Turunkan Kuning Bayi Dengan Cepat
  • Pantang Larang Bayi Jaundice
  • Bila Perlu Dapatkan Rawatan Segera

Apa Itu Kuning Bayi (Jaundis)?

Kuning bayi terjadi apabila terdapat lebihan bilirubin dalam darah. Bilirubin adalah pigmen kuning yang dihasilkan semasa proses pemecahan sel darah merah. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu menyingkirkan bilirubin dengan efisien, menyebabkan kulit dan mata bayi menjadi kekuningan.

Keadaan ini biasa berlaku dalam minggu pertama kelahiran, terutamanya pada bayi pramatang atau yang menyusu badan secara eksklusif.

Tanda Bayi Demam Kuning

Sebelum mengenali tanda kuning bayi turun, ibu ayah perlu tahu dahulu simptom awal bayi mengalami jaundis. Tanda-tanda tersebut termasuk:

  • Kulit dan mata putih bayi kelihatan kekuningan, terutamanya bermula dari muka ke bawah

  • Mengantuk berlebihan atau bayi susah untuk menyusu

  • Kurang buang air kecil dan najis, kerana bilirubin juga dikeluarkan melalui najis

  • Bayi mudah meragam atau lesu

Tahap Kuning Bayi: Dari Naik ke Turun

Biasanya, paras bilirubin akan mula meningkat sekitar hari ke-2 hingga ke-5 selepas bersalin dan akan turun secara berperingkat selepas itu. Proses penurunan kuning ini berbeza bagi setiap bayi, bergantung kepada tahap bilirubin, kesihatan hati bayi, dan keberkesanan rawatan.

Tanda Kuning Bayi Mula Turun

Berikut beberapa tanda kuning bayi mula turun:

1. Warna Kekuningan Mula Berkurang

Apabila paras bilirubin dalam badan bayi semakin menurun, warna kekuningan pada kulit akan beransur-ansur hilang mengikut turutan tertentu. Lazimnya, apabila kuning meningkat, ia bermula dari kepala dan merebak ke bahagian badan lain.

Namun, ketika kuning mula surut, ia akan berkurangan dari bahagian kaki dan tangan terlebih dahulu, diikuti oleh dada, muka dan akhirnya mata. Perubahan ini merupakan salah satu tanda visual utama bahawa bacaan kuning sedang menurun.

2. Bayi Lebih Aktif Dan Responsif

Semasa kuning berada pada tahap tinggi, bayi sering kelihatan lesu dan mengantuk berlebihan. Namun, apabila keadaan semakin pulih, bayi akan menjadi lebih berjaga, peka terhadap persekitaran, dan memberikan tindak balas yang lebih baik apabila disentuh atau diajak berinteraksi. Aktiviti bayi yang semakin meningkat menandakan pemulihan fungsi tubuh yang lebih baik.

3. Penyusuan Jadi Lebih Kerap Dan Berkesan

Tanda kuning bayi turun seterusnya adalah si manja menunjukkan minat yang lebih tinggi terhadap penyusuan. Mereka akan menyusu lebih kerap dan dalam tempoh yang lebih lama.

Peningkatan penyusuan ini sangat penting kerana ia membantu mempercepatkan proses penyingkiran bilirubin melalui najis dan air kencing, sekali gus mempercepatkan pemulihan.

4. Kerap Buang Air Kecil Dan Besar

Salah satu cara bilirubin disingkirkan daripada badan adalah melalui najis. Maka, apabila bayi mula buang air besar dengan lebih kerap dan air kencing menjadi lebih jernih, ini menunjukkan proses penyingkiran bilirubin sedang berlaku dengan baik. Ini juga petanda bahawa sistem pencernaan dan fungsi hati bayi semakin matang dan berfungsi secara normal.

5. Warna Mata Putih Kembali Cerah

Mata putih atau sclera yang sebelum ini kelihatan kekuningan akan kembali kepada warna asal apabila kuning mula turun. Pemerhatian pada mata bayi boleh memberikan petunjuk yang jelas kerana perubahan warna di kawasan ini sering kali menjadi tanda yang paling akhir dan mudah dikenal pasti.

6. Kulit Bayi Kembali Kepada Tona Asal

Perubahan warna kulit bayi daripada kekuningan kepada warna kemerahan atau warna semula jadi bayi menandakan penurunan tahap bilirubin dalam badan.

Ibu bapa boleh memerhati perubahan ini dengan lebih jelas di bawah cahaya semula jadi seperti cahaya pagi, yang boleh membantu mengenal pasti perbezaan tona kulit dengan lebih tepat.

7. Pertambahan Berat Badan & Tumbesaran Sihat 

Bayi yang mengalami kuning (jaundis) selalunya akan mengalami penurunan berat badan dalam beberapa hari pertama selepas dilahirkan. Ini adalah perkara biasa kerana bayi masih menyesuaikan diri dengan dunia luar dan mungkin belum menyusu dengan cukup.

Namun begitu, apabila kuning bayi mula turun dan kesihatannya semakin pulih, salah satu tanda yang paling jelas ialah berat badannya mula meningkat secara konsisten. Biasanya, bayi yang sihat akan mengalami pertambahan berat sekitar 150 hingga 200 gram setiap minggu.

Pertambahan berat ini menunjukkan bahawa:

  • Hati bayi sudah berfungsi dengan lebih baik, membantu menyingkirkan bilirubin (punca kuning)

  • Bayi sedang menyusu dengan cukup, sama ada susu ibu atau susu formula

  • Sistem tubuh bayi mula berfungsi secara normal dan menyokong tumbesaran yang sihat

Cara Turunkan Kuning Bayi Dengan Cepat

Berikut beberapa cara turunkan kuning bayi dengan cepat:

1. Menyusu Lebih Kerap Dapat Membantu Penyingkiran Bilirubin

Bayi yang mengalami jaundis perlu disusukan dengan kerap, sekurang-kurangnya setiap dua hingga tiga jam, termasuk pada waktu malam. Penyusuan yang kerap akan merangsang pergerakan usus bayi dan mempercepatkan pembuangan najis, yang merupakan salah satu cara utama bilirubin disingkirkan daripada badan.

Tambahan pula, susu ibu mempunyai khasiat yang penting dalam menyokong sistem imun dan membantu fungsi hati bayi menjadi lebih efisien.

2. Fototerapi Dapat Memecahkan Bilirubin Dalam Darah

Fototerapi adalah rawatan yang paling lazim digunakan dalam kes kuning bayi yang sederhana hingga tinggi. Dalam rawatan ini, bayi akan diletakkan di bawah lampu khas yang mengeluarkan cahaya biru yang selamat.

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Cahaya ini akan membantu menukar bilirubin kepada bentuk yang lebih mudah disingkirkan oleh tubuh melalui air kencing dan najis. Rawatan ini kebiasaannya dilakukan di hospital, namun dalam sesetengah kes, ia boleh dijalankan di rumah dengan bimbingan pakar kesihatan.

3. Pendedahan Cahaya Matahari Membantu Turunkan Kuning Bayi

Cahaya matahari semula jadi juga boleh membantu proses penurunan bilirubin, terutama jika tahap kuning tidak terlalu tinggi. Bayi boleh dijemur selama lima hingga sepuluh minit pada waktu pagi sebelum jam 10:00 pagi, sama ada di tepi tingkap atau di kawasan yang tidak terlalu terdedah kepada sinaran matahari langsung.

Walaupun kaedah ini bukan pengganti kepada rawatan perubatan, ia boleh menjadi sokongan tambahan dengan syarat dilakukan secara berhati-hati dan terkawal.

4. Elakkan Pemberian Air Masak atau Herba

Ramai ibu bapa yang berniat baik memberi air masak, air anggur, madu atau air herba untuk “cuci kuning” bayi. Namun, ini adalah amalan yang tidak disokong oleh pakar perubatan.

Bayi baru lahir hanya perlu susu ibu atau susu formula, air lain boleh mencairkan paras garam dalam badan dan membahayakan buah pinggang. Malah, ia boleh menyebabkan bayi kenyang dengan air kosong dan kurang menyusu, lalu membuatkan kuning makin lambat turun.

5. Perhatikan Tanda-Tanda Kuning Semakin Serius

Walaupun kebanyakan kuning bayi adalah ringan, penting untuk ibu bapa tahu bila perlu bimbang. Antara tanda bahaya termasuklah:

  • Kuning merebak ke lengan dan kaki

  • Bayi lesu, tidak aktif, atau tidak mahu menyusu

  • Demam atau tangisan nada tinggi

Jika anda melihat tanda-tanda ini, bawa bayi segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

6. Jangan Lewatkan Pemeriksaan Susulan

Selepas keluar dari hospital, doktor selalunya akan menetapkan tarikh untuk pemeriksaan semula paras bilirubin. Ramai ibu bapa rasa “bayi dah okay” dan abaikan temujanji ini.

Sebenarnya, kadar kuning boleh naik mendadak tanpa disedari. Pemeriksaan ini penting untuk memantau keadaan bayi dan menentukan jika rawatan lanjut diperlukan.

7. Dapatkan Nasihat Pakar Laktasi Jika Bayi Kurang Menyusu

Jika bayi anda sukar menyusu atau anda risau susu tidak cukup, dapatkan bantuan daripada pakar laktasi atau jururawat laktasi di klinik kesihatan.

Mereka boleh menilai posisi penyusuan, teknik lekapan dan membantu meningkatkan pengeluaran susu. Bayi yang kurang menyusu atau tidak cekap menyusu berisiko tinggi mengalami kuning berpanjangan kerana kurang buang air besar.

Pantang Larang Bayi Jaundice

Dalam masyarakat kita, ada banyak kepercayaan tentang cara merawat bayi kuning yang tidak disokong oleh bukti perubatan. Antaranya:

  • Memberi bayi air kelapa, daun inai, atau air anggur hitam: ini tidak terbukti secara klinikal dan boleh membahayakan kesihatan bayi.

  • Mengelakkan penyusuan badan kononnya sebab susu ibu menyebabkan kuning, ini tidak benar. Sebaliknya, susu ibu membantu penurunan bilirubin.

Bila Perlu Dapatkan Rawatan Segera

Walaupun kuning biasanya tidak berbahaya, ibu bapa perlu segera membawa bayi ke hospital sekiranya:

  • Bayi kelihatan terlalu mengantuk, tidak mahu menyusu langsung

  • Kekuningan semakin teruk dan merebak ke seluruh badan

  • Bayi mengalami sawan, atau menunjukkan tanda-tanda masalah saraf seperti lemah otot atau mata juling

  • Kuning tidak surut selepas dua minggu

  • Najis bayi berwarna pucat atau air kencing terlalu gelap, ini boleh menandakan masalah hati

Kesimpulannya, kuning bayi adalah satu keadaan yang lazim dan biasanya tidak membahayakan jika dikesan dan dikendalikan dengan betul. Tanda kuning bayi turun termasuklah kulit semakin cerah, bayi lebih aktif, serta penyusuan yang bertambah baik.

Namun begitu, pemantauan rapi oleh ibu bapa dan pihak kesihatan adalah penting untuk memastikan bayi dalam keadaan sihat. Elakkan penggunaan petua turunkan kuning bayi tradisional yang tidak sahih dan sentiasa rujuk kepada pakar kesihatan jika ragu-ragu.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Lampu Jaundice

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: Bayi Kuning/Jaundis Boleh Berterusan Lebih 30 Hari, Begini Panduan Yang Betul Mengatasinya!

Baca juga: Makanan Ibu Untuk Kurangkan Kuning Bayi Secara Semulajadi Dan Pantang Larang Yang Perlu Diikuti

Baca juga: Sesi Tanya Pakar: Pengambilan Susu Kambing Untuk Bayi Kuning/ Jaundice, Adakah Berkesan?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!
Kongsikan:
  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Cara Memulakan Makanan Pejal Bayi Buat Kali Pertama: Panduan Lengkap Agar Si Manja Mendapat Nutrisi Optimum

    Cara Memulakan Makanan Pejal Bayi Buat Kali Pertama: Panduan Lengkap Agar Si Manja Mendapat Nutrisi Optimum

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Cara Memulakan Makanan Pejal Bayi Buat Kali Pertama: Panduan Lengkap Agar Si Manja Mendapat Nutrisi Optimum

    Cara Memulakan Makanan Pejal Bayi Buat Kali Pertama: Panduan Lengkap Agar Si Manja Mendapat Nutrisi Optimum

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham