X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ini Cara Lekapan Penyusuan Yang Betul, Barulah Bayi Kenyang & Berat Badannya Bertambah!

7 min bacaan
Ini Cara Lekapan Penyusuan Yang Betul, Barulah Bayi Kenyang & Berat Badannya Bertambah!

Pastikan cara lekapan penyusuan yang betul dilakukan bayi anda semasa menyusu. Kalau tidak, bayi akan kelaparan, anda kepenatan, dan susu badan pun mula kurang!

Ibu menyusu badan terutama yang baharu pertama kali menimang cahaya mata perlu tahu cara lekapan penyusuan yang betul ketika menyusu.

Tanpa teknik lekapan yang betul ketika menyusu, ibu akan mengalami puting luka mahupun sakit ketika menyusu.

Namun, ramai ibu menyusu yang tidak sedar lacthing (teknik lekapan pada payudara) yang dilakukan bayi mereka salah. Biasanya, hal ini terjadi pada ibu dengan puting yang rata atau termasuk ke dalam atau payudara terlalu besar.

Dalam artikel ini, anda akan ketahui lebih lanjut tentang:

  • 4 posisi menyusu badan yang tepat
  • Senarai semak cara untuk pastikan bayi melekap dengan tepat pada payudara
  • Bagaimana nak tahu bayi cukup menyusu?
  • Teknik/tips menyusu bayi pramatang dan bayi sakit

Isi Kandungan

  • Teknik lekapan yang betul
  • Checklist bayi melekap betul
  • Berapa lama perlu menyusu?
  • Cara bantu bayi lepaskan payudara
  • Cara ketahui bayi kenyang
  • Tip menyusu bayi pramatang
  • Peralatan penyusuan
  • Senarai konsultasi menyusu

Apakah teknik lekapan atau cara lekapan penyusuan yang betul?

cara lekapan penyusuan yang betul

Ibu menyusu harus memegang bayi dengan rapat agar bayi anda itu bukan saja dapat memasukkan keseluruhan puting ke dalam mulutnya.

Malah, areola (bahagian gelap di puting) anda juga perlulah masuk ke dalam mulutnya. Akan tetapi, jika payudara ibu menyusu sedikit besar, jangan risau jika areola itu tidak masuk sepenuhnya.

Selain itu, pastikan posisi bayi anda selari dengan payudara anda. Angkat payudara dengan tangan dan tawarkan puting payudara ke mulut bayi.

Jangan cubit puting atau payudara anda semata-mata kerana inginnya timbul dan dihisap bayi dengan tepat. Jangan juga memaksa puting masuk ke dalam mulut bayi.

Bawa badan bayi ke arah payudara, bukan sebaliknya. Biar puting payudara menyentuh bibir bayi. Sebaik sahaja dia membuka mulutnya dengan luas seolah-olah ingin makan, barulah anda halakan payudara kepadanya. Puting payudara harus dimasukkan ke bahagian atas mulut bayi agar ia ke arah lelangit. 

Antara posisi menyusu badan yang tepat dan membolehkan bayi membuat lekapan yang betul adalah posisi: 

#1. Cross cradle

Posisi cross cradle membolehkan ibu melihat mulut bayi apabila dia mula melekap pada payudara. Ibu juga boleh mengawal posisi kepala bayi.

Cara ini adalah cara alternatif yang baik untuk:

  • bayi yang menghadapai cabaran untuk melekap pada payudara
  • bayi yang tidak ada latching yang baik dan senang terlepas puting payudara
  • bayi yang kecil dan pramatang

#2. Cradle

Ini adalah posisi menyusu bayi yang paling popular dan kita sering lihat ibu menggunakan posisi menyusu bayi ini sebaik saja anak bersalin.

Caranya senang saja, ibu cuma perlu mendukung bayi, dan memastikan hidung anak bertentangan dengan puting payudara.

Sokong bahagian belakang bayi, kemudian pusingkan badannya supaya dia berada dalam kedudukkan perut ke perut sebelum menyusu.

Anda juga boleh menaikkan payudara dan meletakkan bantal di atas paha untuk mengelak dari menyandar ke depan kerana ini akan menyebabkan sakit punggung.

#3. Football

Letakkan beberapa bantal di bawah lengan dan pegang bayi di atas lengan sambil menyokong kepalanya. Bayi perlu dipegang berdekatan dengan badan seperti memegang sebiji bola sepak. Ibu boleh menunjukkan mulut bayi ke puting susu.

Posisi menyusu bayi ini agak meletihkan, jadi pastikan ibu guna lebih banyak bantal di bawah lengan untuk sokongan.

#4. Side-lying

Satu lagi posisi menyusu bayi yang sangat popular di kalangan ibu menyusu ialah menyusu sambil mengiring. Ramai ibu berpendapat ini posisi yang paling selesa, terutamanya apabila menyusu pada waktu malam.

Tapi hati-hati, jangan sampai tertidur! Posisi ini juga boleh membantu anak menyusu dengan senang. Ibu dan bayi boleh berbaring bersebelahan seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Gunakan bantal untuk menyokong belakang atau letakkan bantal dicelah-celah kaki supaya anda lebih selesa.

Bagaimana nak pastikan lekapan yang betul dibuat bayi?

pengorbanan ibu menyusu

Untuk memastikan bayi anda telah melekap dengan tepat pada payudara anda, sila semak checklist ini:

  • Pastikan badan bayi anda (termasuklah leher, bahu & perutnya) menghadap dan selari ke arah anda. Dagu bayi harus menyentuh payudara
  • Mulut bayi terbuka luas dengan bibirnya sedikit menjuih ke depan
  • Bibir bayi harus meliputi ke semua kawasan areola anda. Jika areola anda besar, mungkin sebahagian besarnya tidak akan masuk ke dalam mulut bayi. Jangan panik. 
  • Bayi anda harus mula menghisap perlahan-lahan dan mendalam
  • Tiada rasa sakit pada puting payudara anda
  • Anda dapat melihat bayi menelan (ini maksudnya ada susu yang keluar dan bayi sedang minum susu badan dengan betul)

Berapa lama bayi perlu minum susu badan?

Jika teknik lekapan betul, bayi biasanya akan menghisap susu badan sehingga mereka puas dan kenyang. Biar bayi sendiri yang melepaskan payudara anda. Hisapan yang elok adalah selama 20 minit hingga 40 minit bagi setiap sesi penyusuan.

Jika bayi anda menghisap lebih lama dari 40 minit, cuba semak semula bagaimana lekapan bayi pada payudara.

Pasti ia dalam keadaan yang salah! Sebab itu susu badan anda akan kurang keluar dan lama kelamaan, anda akan mengalami masalah susu badan berkurang. 

Bagaimana nak bagi bayi melepaskan payudara?

Jika anda perlu melakukan sesuatu dan perlu melepaskan bayi dari payudara sebelum sesi penyusuan lengkap, jangan tarik terus payudara anda. 

Pertama sekali, cuba hentikan hisapan anak dengan menolak dagunya ke bawah atau anda boleh meletakkan jari di antara pipi bayi dan payudara anda. 

Kemudian, tekan payudara perlahan-lahan daripada bayi dan biasanya bayi akan melepaskan payudara anda.  Jika anda masih belum jelas bagaimana teknik lekapan yang betul dan bagaimana ingin memastikan bayi anda melekap dengan tepat pada payudara.

Bagaimana nak tahu bayi cukup menyusu?

Bagaimana anda boleh mengetahui bahawa bayi kecil anda sudah cukup menyusu dan dia tidak kelaparan?

  • Bayi kerap menyusu, 8-12 kali setiap tempoh 24 jam.
  • Bayi kelihatan berpuas hati dan gembira selepas menyusu, melepaskan payudara sendiri. Tangan mereka mungkin berada dalam keadaan menggenggam sebelum diberi susu, apabila mereka sudah kenyang dan cukup menyusu ia akan dalam keadaan lebih relaks dan tapak tangannya terbuka. 
  • Pertambahan berat badan1 adalah seperti yang dijangkakan, kira-kira 155-240 gram seminggu sehingga umur empat bulan.
  • Lihat keadaan bayi ketika menghisap dan menelan susu. Ia akan konsisten dan ibu dapat rasakan keadaan yang konsisten itu. 
  • Najis bayi bertukar kepada kuning dengan tekstur yang longgar dan berbuih menjelang hari kelima. Bayi sepatutnya buang air besar antara 3-4 kali setiap hari pada usia empat hari.
  • Bayi mungkin tidak banyak membuang air kecil pada mulanya tetapi ini meningkat setiap hari. Pada hari kedua bayi sepatutnya sudah perlu ditukar lampin basah sebanyak dua kali selama 24 jam, hari ketiga dan empat cari tiga atau lebih lampin basah setiap 24 jam.
  • Pada masa bayi anda berumur lima hari, lampin basah sepatutnya lebih kerap, biasanya enam atau lebih dalam tempoh 24 jam.
  • Bayi mempunyai mata yang cerah, mulut dan bibir yang lembap dan warna yang baik

Teknik/tips menyusu bayi pramatang dan bayi sakit

Menyusukan bayi yang lahir pramatang atau sakit mungkin merupakan satu cabaran, namun ia bukan mustahil dan sememangnya boleh dilakukan untuk meningkatkan kesihatan, pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.

Walaupun bayi anda tidak dapat menyusu pada mulanya, anda boleh mula memerah susu anda sejurus selepas bersalin.

Apabila dia stabil, dia boleh disuapkan susu itu melalui tiub atau dengan membiarkan dia menghirup susu dari cawan atau botol kecil.

Tidak kira bagaimana susu ibu anda diberikan kepadanya, ia memberikan khasiat yang terbaik kepada anak anda.

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Susu ibu anda boleh disuapkan kepada bayi anda melalui tiub yang melalui hidung atau mulutnya ke dalam perutnya atau dari cawan atau botol kecil.

Laluan penyusuan2 akan bergantung pada tahap pramatang bayi anda dan pada polisi di NICU di hospital. Kadang-kala bayi kecil yang diberi makan dengan botol mungkin mula lebih suka botol berbanding payudara. 

Sesetengah bayi ini kemudiannya enggan menyusu—suatu keadaan yang dipanggil kekeliruan puting atau keutamaan puting. 

Anda juga mungkin boleh memberi susu dari botol atau picagari melalui tiub kecil yang dilekatkan di sebelah puting anda. Dengan kaedah ini, bayi anda akan mula menyusu sebahagiannya dari tiub dan sebahagian lagi dari payudara anda semasa dia melekap pada payudara anda dan menyusu secara aktif.

Peralatan nursing untuk membantu memudahkan penyusuan

  • bantal menyusu
  • krim untuk puting melecet
  • bra menyusu

Senarai beberapa konsultasi menyusu di Malaysia

  • Komuniti Ibu Menyusu
  • Asiah Maharam
  • Eve Love Parenting Center

Semoga perkongsian tentang cara lekapan penyusuan yang betul ini berguna untuk anda! 

  1. Queensland Government (July 14, 2021). Is my baby getting enough milk?
  2. American Academy of Paediatrics (February 11, 2009). Providing Breastmilk for Premature and Ill Newborns. www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/breastfeeding/Pages/Providing-Breastmilk-for-Premature-and-Ill-Newborns.aspx

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Abses Payudara: Bakteria Akibat Mastitis Yang Tak Dirawat, Ibu Jangan Ambil Mudah Bengkak Susu!

Baca juga:  Tidak Digalakkan Campur Susu Dengan Ubat Anak! Ini Sebabnya…

Baca juga: 8 Tanda Bayi Alahan Dengan Susu Formula, Ibu Ayah Harus Lebih Peka Tentang Susu Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan
  • /
  • Ini Cara Lekapan Penyusuan Yang Betul, Barulah Bayi Kenyang & Berat Badannya Bertambah!
Kongsikan:
  • Dilema Ibu Susah Menyusu Anak, "Tolong Berhenti Kata Saya Banyak Buat Salah & Ibu Yang Gagal!"

    Dilema Ibu Susah Menyusu Anak, "Tolong Berhenti Kata Saya Banyak Buat Salah & Ibu Yang Gagal!"

  • Belajar Cara Menyusu Bayi Ketika Pakai Baby Sling, Ibu Ini Kongsi Penyusuan Ekslusifnya Lebih Mudah!

    Belajar Cara Menyusu Bayi Ketika Pakai Baby Sling, Ibu Ini Kongsi Penyusuan Ekslusifnya Lebih Mudah!

  • Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
    Stories Rakan Kongsi

    Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Dilema Ibu Susah Menyusu Anak, "Tolong Berhenti Kata Saya Banyak Buat Salah & Ibu Yang Gagal!"

    Dilema Ibu Susah Menyusu Anak, "Tolong Berhenti Kata Saya Banyak Buat Salah & Ibu Yang Gagal!"

  • Belajar Cara Menyusu Bayi Ketika Pakai Baby Sling, Ibu Ini Kongsi Penyusuan Ekslusifnya Lebih Mudah!

    Belajar Cara Menyusu Bayi Ketika Pakai Baby Sling, Ibu Ini Kongsi Penyusuan Ekslusifnya Lebih Mudah!

  • Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
    Stories Rakan Kongsi

    Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.