X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Berat bayi pramatang tak naik-naik walaupun menyusu, apa ibu perlu buat?

5 min bacaan
Berat bayi pramatang tak naik-naik walaupun menyusu, apa ibu perlu buat?

Ibu, anda perlu tahu penyusuan bayi pramatang tak sama seperti bayi yang dilahirkan mengikut jangkaan due date kerana cara menyusukan bayi ini lebih teliti

Jika anda merupakan wanita yang pertama kali memegang gelaran ibu, tentunya segala persiapan dibuat lebih awal.

Namun begitu, anda melahirkan bayi awal dari tarikh jangkaan dan ia menjadi satu kebimbangan tentang cara penyusuan bayi pramatang. 

Cara penyusuan bayi pramatang 

penyusuan bayi, penyusuan bayi pramatang, menyusukan bayi pramatang, cara menyusukan bayi pramatang, bayi pramatang, baby pramatang, anak pramatan, cara menyusukan anak pramatang, penyusuan anak pramatang, pramatang, susukan anak pramatng, susukan bayi pramatang, cara susukan bayi pramatang

Kebiasaannya, bayi pramatang dijaga dalam unit penjagaan rapi untuk membantu pernafasan, kehilangan cecair, suhu badan dan paling penting – pemakanan serta penyusuan.

Hal ini kerana, tumbesaran dan penyusuan bayi pramatang tidak sama seperti bayi lain.

Sebab itu ibu perlu tahu cara penyusuan bayi pramatang seperti teknik menyusu yang betul, cara memudahkan bayi menelan susu dan kawalan pernafasan kerana bayi pramatang belum berkembang sepenuhnya. 

Kenapa penyusuan bayi pramatang penting? 

Dalam kelahiran pramatang. susu ibu akan mengambil alih tugas plasenta untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. 

Hal ini kerana hormon semula jadi akan bantu menghasilkan susu ibu yang mengandungi nutrisi penting seperti vitamin, mineral dan protein yang bagus untuk perkembangan bayi pramatang. 

Bahkan, susu badan juga mengandungi natrium, fosforus, klorida, protein, zat besi, lemak berkalori dan magnesium. Semua zat ini penting untuk perkembangan bayi yang optimum. Ia sekaligus membantu pertumbuhan usus si kecil. 

Kelebihan menyusu bayi pramatang dengan segera: 

  • Susu ibu mempunyai kandungan antibodi, anti radang dan sel hidup yang membantu bayi pramatang mengembangkan sistem imuniti dengan lebih kuat. Hal ini kerana, bila bayi dilahirkan pramatang, risiko jangkitan lebih tinggi. 
  • Susu badan lebih mudah dicerna berbanding formula. Bahkan, ia berfungsi ke arah sistem imun yang lebih baik dan membantu perlindungan usus. 
  • Susu badan juga berfungsi untuk pertumbuhan otak dan tulang bayi. 

Bila sepatutnya menyusu bayi pramatang? 

penyusuan bayi, penyusuan bayi pramatang, menyusukan bayi pramatang, cara menyusukan bayi pramatang, bayi pramatang, baby pramatang, anak pramatan, cara menyusukan anak pramatang, penyusuan anak pramatang, pramatang, susukan anak pramatng, susukan bayi pramatang, cara susukan bayi pramatang

Ia dibahagikan berdasarkan umur atau minggu kelahiran bayi pramatang anda. 

  1. Penyusuan di minggu ke-28: Bayi masih belum tahu respon terhadap cara menghisap puting payudara. Sebab itu penyusuan akan jadi lebih sukar.  
  2. Penyusuan pada minggu ke-30 hingga 32 : Bayi pramatang dapat menelan susu dari payudara anda. Kemudian pada minggu ke-32, si kecil sudah pandai menghisap, menelan dan bernafas. 
  3. Menjelang minggu ke-34: Bayi pramatang dapat menyusu secara normal seperti bayi baru lahir yang lain. Kondisi tubuhnya bertambah baik dan dia dapat menyokong pernafasan ketika menghisap dan menelan susu ibu. 

Cara membantu bayi pramatang menyusu

  • Kangroo care: Teknik kangroo care diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membantu stabilkan kadar denyutan jantung dan oksigen dalam tubuh. Teknik ini juga dapat mempersiapkan untuk penyusuan bayi pramatang dan berperanan dalam tumbesaran otak. Caranya, ibu memeluk tubuh si kecil dan sentuhan kulit ke kulit. Lalu penyusuan bayi dilakukan secara eksklusif. 
  • Sentuhan kulit : Walaupun si kecil menerima sokongan untuk pernafasan, namun ibu masih boleh melakukan sentuhan kulit ke kulit. Apabila bayi selesa, sudah tentu penyusuan akan jadi lebih mudah. 
  • Pam susu badan: Mengikut jadual pam susu badan dengan betul setiap dua jam terutama ketika bayi sedang tidur. Anda perlu pam sekurangnya 750 ke 1000ml susu supaya ia mencukupi untuk bayi pramatang anda. 
  • Gunakan alternatif lain untuk penyusuan bayi: Jika sewaktu menyusu sedikit mencabar. Doktor dan jururawat akan guna kaedah lain untuk penyusuan bayi seperti masukkan susu memalui  intravena dalam urat atau tiub melalui hidung atau mulut.

Namun begitu, lama kelamaan pasti si kecil boleh menyusu secara terus ke payudara anda dan berat badannya juga akan meningkat. 

WHO menyenaraikan berat ideal untuk bayi pramatang seperti : 

  • 32 minggu : 20 gram sehari bersamaan dengan 150 ke 200 gram seminggu
  • 33 ke 36 minggu : 25 gram sehari bersamaan 200 ke 250 gram seminggu 
  • 37 ke 40 minggu : 30 gram sehari bersamaan 250 ke 300 gram seminggu 

Bagaimana cara tambah berat badan bayi pramatang? 

penyusuan bayi, penyusuan bayi pramatang, menyusukan bayi pramatang, cara menyusukan bayi pramatang, bayi pramatang, baby pramatang, anak pramatan, cara menyusukan anak pramatang, penyusuan anak pramatang, pramatang, susukan anak pramatng, susukan bayi pramatang, cara susukan bayi pramatang

Kredit: permata cintaku.com

Walaupun sudah berikan susu ibu pada bayi pramatang, namun anda perasan yang berat si kecil masih tidak naik. Ia seolah menunjukkan susu badan anda itu rendah lemak. 

Namun begitu, tak perlu dirisaukan kerana anda hanya perlu menambah kalori dalam pemakanan seharian sahaja. Begini caranya:

  • Mengurut payudara: Biasanya kandungan lemak dalam susu meningkat pada akhir makanan. Oleh sebab itu, cuba urut payudara supaya merangsang kalenjar susu keluar lalu meningkatkan bekalan susu. Ia bole membantu anda melepaskan lemak dalam susu ibu.
  • Makan di waktu petang: Terdapat kajian membuktikan bahawa susu ibu yang diberi pada waktu petang mempunyai kandungan lemak yang lebih tinggi. Anda boleh pam susu badan supaya dapat disimpan dan diberi pada bayi. 
  • Amalkan makanan penggalak susu ibu seperti milk booster atau amalkan makanan sihat lain supaya kandungan susu bertambah. 

Apa lagi saya patut tahu tentang penyusuan bayi pramatang? 

  • Kekerapan menyusu: Lakukan setiap 60 ke 90 minit. 
  • Berikan susu sebelum tidur: Mungkin anda sedikit penat untuk beri bayi menyusu setiap jam sepanjang masa. Jadi, lebih bagus anda berikan susu sebelum si kecil tidur. Jangan lupa lakukan sentuhan kulit ke kulit. 
  • Elak bayi tidur dalam buaian kerana sentuhan ke kulit adalah cara terbaik untuk tenangkan bayi pramatang dan membantunya membiasakan diri dengan payudara. 

Ingatlah bahawa penyusuan bayi pramatang dengan susu ibu memberi peluang lebih tinggi supaya si kecil berkembang dengan cepat dan positif. 

Jika bekalan susu berkurang, banyakkan ambil milk booster atau penggalak susu badan supaya si kecil dapat khasiat daripadanya. Semoga anda tetap terus bersemangat untuk menyusukan bayi sehingga dua tahun. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Deepshikha Punj. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan 

Baca juga: 

Tahap perkembangan (milestone) bayi pramatang dari umur 0-12 bulan yang wajib ibu bapa tahu

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Berat bayi pramatang tak naik-naik walaupun menyusu, apa ibu perlu buat?
Kongsikan:
  • Turun Darah Tiba-Tiba Mungkin Tanda Kelahiran Pramatang, Ibu Hamil Perlu Peka!

    Turun Darah Tiba-Tiba Mungkin Tanda Kelahiran Pramatang, Ibu Hamil Perlu Peka!

  • Panduan Lengkap Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Kelahiran Bayi Pramatang

    Panduan Lengkap Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Kelahiran Bayi Pramatang

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Turun Darah Tiba-Tiba Mungkin Tanda Kelahiran Pramatang, Ibu Hamil Perlu Peka!

    Turun Darah Tiba-Tiba Mungkin Tanda Kelahiran Pramatang, Ibu Hamil Perlu Peka!

  • Panduan Lengkap Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Kelahiran Bayi Pramatang

    Panduan Lengkap Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Kelahiran Bayi Pramatang

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.